Berita oleh Esther Ekok
Gambar oleh Helda Japanis
Sandakan : Seramai 50 ahli telah menghadiri Majlis Kesyukuran Ulang Tahun ke-14 penubuhan Komuniti Katolik St. Cecelia Choir Group (SCCG) pada 25hb Januari di Dewan St. Mary, Sandakan. Kumpulan koir tersebut ditubuhkan pada tahun 2001.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Sr. Appollonia fsic dan Sr. Veronica fsic. Dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi SCCG, saudara Sundry Saimon Ekok, merakamkan terima kasih kepada Bapa Uskup Julius, para paderi dan religius atas bimbingan selama ini. Beliau berharap agar SCCG dapat mempertingkatkan komitmen setiap ahli koir dan kualiti nyanyian yang mantap. Lagu dan musik liturgi dapat membantu umat merenungkan dan berkontemplasi pada misteri iman yang dirayakan, sehingga mereka merasa didukung dalam berdoa dan menemui Tuhan.

Semua ahli keluarga SCCG telah berkongsi kegembiraan mereka sempena Ulangtahun Ke-14 dan Hari Keluarga SCCG. Antara acara menarik adalah pemotongan kek, persembahan koir, acara bertukar-tukar hadiah, pertandingan karaoke, acara permainan dan line dance.
No comments:
Post a Comment