Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 10, 2015

BENGKEL PENULISAN DAN FOTOGRAFI, ST. MARTIN, TELUPID

Teks oleh Evangelita dan Angeline
Foto oleh Bell dan Rogena R Sining
TELUPID – Seramai 10 peserta telah menyertai bengkel penulisan dan fotografi pada 31hb Januari dan 1hb Februari di Asrama Pride, Gereja St. Martin, Telupid. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan, Sandakan (SOCCOM).
Tujuan utama bengkel ini adalah bagi memberi asas kepada peserta yang berminat dalam bidang penulisan dan fotografi selain ingin melahirkan lebih ramai yang mahu berkecimpung dalam bidang ini dalam membantu penginjilan.
Walaupun hujan berterusan, peserta yang mewakili komuniti paroki sangat tekun mengikuti penjelasan teknik asas penulisan yang disampaikan oleh Sdri Monica Loh yang juga Pengerusi SOCCOM Keuskupan.

Menurutnya, seorang pemberita perlu mempunyai keinginan untuk mengetahui kejadian yang berlaku di sekeliling selain mempunyai minat dalam bidang ini. Seterusnya beliau menekankan bahawa menjadi pemberita yang membuat liputan berita gereja, seseorang perlu mempunyai  pengetahuan asas dalam aspek-aspek  teologi, insani, rohani dan pastoral.
Sdra George Bell menyentuh tentang etika mengambil gambar terutamanya di dalam gereja di mana jurufoto harus menghormati tempat-tempat suci. Kamera, samada SRL atau compact mempunyai setting mode yang tersedia dan terbaik. Maka jurufoto hanya sekadar perlu memiliki minat agar dapat melayani dalam aspek penginjilan melalui jurusan fotografi.
Pada akhir sesi, peserta diberi latihan penulisan  dan fotografi untuk menilai kefahaman mereka dalam teknik asas kedua-dua bidang ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent