Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 13, 2015

Hari Hidup Bakti Sedunia Dirayakan di Katedral St Mary, Sandakan

Artikel oleh : Helen John
Gambar : Bell dan Helen
Sandakan : Katedral St. Mary merayakan Hari Panggilan Hidup Bakti Sedunia pada Ahad, 8hb Februari 2015. Misa telah dirayakan oleh Fr. Sunny Chung dan dihadiri lebih dari 2,000 umat. Turut hadir ialah religius dari Montfort Brothers, Sister Gembala Baik, dan Fransiscan Sisters of Immaculate Conception(fsic).
Hidup Bakti merupakan hidup yang dipersembahkan kepada Allah dengan kesetiaan mengikuti dan melaksanakan nasihat-nasihat Injil dalam ketaatan, kemurnian dan kemiskinan. Hidup Bakti merupakan tanda nyata dari kesempurnaan hidup Kristiani yang ditawarkan Allah kepada seluruh umat beriman.

Sering kali kita tertipu oleh kehidupan melalui realiti yang palsu. Kehidupan realiti di dunia ini ada kesakitan, kesedihan, kesengsaraan dan kegembiraan.
Brother Stephen Tee sg
Melalui pembacaan pertama, kisah kehidupan seorang Ayub yang telah dicobai dengan berbagai cobaan namun beliau tetap setia pada Tuhan. Akhirnya dalam kisah Ayub kita melihat bagaimana Tuhan mengembalikan semua kebahagiaan yang pernah Ayub miliki melalui pengharapannya pada Tuhan.

Sister Lilian Unsoh fsic
Melalui pembacaan kedua, Fr. Sunny mengongsikan bahawa terdapat keluarga atau kawan-kawan yang begitu setia dan taat kepada Gereja tetapi oleh kerana hanya satu pengalaman pahit yang melanda kehidupan akhirnya hilang kepercayaan pada Tuhan sehingga menjauhi Gereja.

Pewartaan injil mengatakan “Ia menyembuhkan banyak orang yang menderita bermacam-macam penyakit”(Mrk. 1:29-39). Pewartaan injil ini menunjukkan mukjizat yang dilakukan oleh Yesus sebagai tanda ajakan kepada semua umat untuk sentiasa hidup beriman.
Dari kiri ke kanan : Brother Stephen Tee sg, Sr Lilian Unsoh fsic, Sr Maria Dipal rgs, Sr Appollonia fsic, Sr Lidwina rgs, Sr Veronica fsic, Brother Joseph sg
Oleh sebab itu, sesuai dengan apa yang dirayakan sempena Panggilan Hidup Bakti, Fr. Sunny mengajak semua umat untuk mendoakan semua religius yang mahu menyahut panggilan mereka untuk membawa Injil pada kehidupan. Beliau menambah supaya berdoa khasnya semua yang membawa pewartaan Injil agar membawa Yesus kepada mereka yang masih lagi mencari-Nya kerana tanggungjawab ini merupakan penyertaan kita. Kita seharusnya berterima kasih pada hari ini dan semoga para religius sentiasa mendapat inspirasi dari Kristus, kekal kepada anugerah panggilan Tuhan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent