SANDAKAN : YouthPrepLink (YPL) merupakan satu program yang diinisiatifkan oleh Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) pada tahun 2005. Kini ia dikendalikan sepenuhnya oleh Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan (KBK). Program YPL bertujuan untuk menyediakan para belia bagi menghadapi dan menangani realiti hidup; budaya dan sosial yang dialami dalam masyarkat apabila mereka berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan.
Seramai 30 orang graduan dari program YPL Batch 1 hingga Batch 4 telah menyertai program 'REUNION' pada 5hb hingga 7hb Disember 2015 bertempat di Bangunan Fr. Mulders, Sandakan. Tujuan 'REUNION' ini adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan dalam cinta kasih Kristus. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengimbas kembali dan menilai perkembangan setiap peribadi selepas program YPL terdahulu dan ia juga untuk memperbaharui serta meneguhkan iman dalam hubungan dengan Yesus.
Saudari Evelyn Doikin dan Elysa Finie Sundang wakil dari YouthPrepCentre, Kota Kinabalu turut serta bersama sepanjang 'REUNION' ini diadakan.
Saudari Evelyn Doikin dan Elysa Finie Sundang wakil dari YouthPrepCentre, Kota Kinabalu turut serta bersama sepanjang 'REUNION' ini diadakan.
Program 'REUNION' pada 5hb Disember 2014 dimulai dengan penerangan dan tujuan 'REUNION' ini diadakan oleh koordinator program, Fiona Degulaccion dari Batch 4. Program disusuli dengan doa sebagai tanda kesyukuran bermulanya pertemuan tersebut. Pada sebelah malamnya, sesi perkongsian telah dijalankan dan ia bertujuan untuk mengetahui perasaan dan harapan setiap peserta terhadap 'REUNION' ini.
Senaman Pagi - Zumba |
Hari kedua lebih berfokus kepada perkongsian mengenai perkembangan diri masing-masing dan juga mengeratkan hubungan diantara graduan dari Batch 1 hingga Batch 4. Perkongsian seumpama ini membawa kepada kematangan peribadi, menyedarkan diri tentang kelemahan dan bertekad mahu membaiki diri ke arah jalan yang benar.
Pada sebelah malam, para peserta telah diminta untuk membuat persembahan bertemakan nama kumpulan mereka iaitu, Cinta Kasih, Iman, Keadilan dan Harapan. Persembahan yang diolah dalam masa yang singkat amat menarik dan amat bermakna. Kreativiti kumpulan serta kerjasama berpasukan memaparkan kesatuan ahli-ahli dalam kumpulan. Sikap sedemikian hendaklah diserapkan dalam apa juga pelayanan dalam gereja.
Sesi malam itu berakhir, dengan sesi perdamaian dengan harapan semua peserta memperoleh damai sejahtera yang sesungguhnya di kalangan sesama. Pra-syarat untuk menciptakan perdamaian sesama hendaklah kita terlebih dahulu memiliki damai sejahtera di hati.

Pada hari terakhir, 7hb Disember, para graduan menghadiri Misa Kudus, Minggu Kedua Adven yang bertemakan, 'Persiapkanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya.' Kita hendaklah mengambil kesempatan Adven ini untuk memperbaiki diri dari segi perubahan, pembaharuan dan komitment semula.
Sesi akhir 'REUNION' ini adalah perkongsian tentang buah-buah yang mereka perolehi sepanjang program ini diadakan. Pada kesimpulannya mereka terdorong dan tergerak untuk terus melayani di dalam gereja dengan lebih sungguh. Yesus yang ada dalam kita hendaklah dikongsi bersama agar kita sama-sama dapat menikmati keindahan khabarNya. Semoga kita sebagai pengikut Kristus, menjadi garam dan terang kepada orang lain di sekeliling kita setiap masa. Puji Tuhan!
No comments:
Post a Comment