Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 10, 2014

Berbahagialah orang yang suci hatinya, kerana mereka akan melihat Allah ~ YLC IV

DS / st
Gambar - Javy Jimmy
TELUPID : 'Youth Leader's Camp' yang keempat akan diadakan pada 25hb Febuari sehingga 1hb Mac 2015 bertempat di St. Martin, Telupid. Selepas berkumpul buat beberapa kali untuk bermesyuarat, tim pelaksana telah memutuskan untuk mengambil petikan injil Matius 5:8, "Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah" sebagai tema untuk YLC IV yang akan datang. 



Objektif bagi YLC IV adalah :-
  1. Mengajak pemimpin belia untuk "berhenti sejenak" agar dapat merenung kembali diri sendiri sebagai seorang belia yang melayani.
  2. Untuk mencari, belajar dan disegarkan iman setiap peribadi dibaharui melalui perkongsian injil (Yesus) yang merupakan dasar kepada iman kita.
  3. Membina dan memperkukuhkan persahabatan diantara pemimpin-pemimpin belia di keempat - empat paroki di Keuskupan Sandakan.
Mesyuarat yang pertama telah diadakan pada 26hb September bertempat di Gereja St. Martin, Telupid dan semasa mesyuarat pertama ia adalah lebih kepada pembahagian tugasan kepada ahli penganjur yang lain. Mesyuarat yang kedua, ketiga, keempat dan kelima telah diadakan pada 28hb Oktober, 4hb November, 17hb November dan 25hb November. Mesyuarat-mesyuarat tersebut lebih menfokuskan kepada perbincangan untuk menyiapkan program, pengurusan tempat dan penyediaan logistik. Mesyuarat yang akan datang, akan diadakan pada 6hb Disember, disusuli dengan perjumpaan bersama paderi paroki, Rev. Fr Jasery dan ahli-ahli Majlis Pastoral Paroki, St Martin, Telupid.

"Kesatuan adalah kekuatan. Apabila ada kerja berpasukan dan kerjasama, perkara yang baik dapat dicapai." - Mattie Stepanek

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent