Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2011

LAWATAN AHLI MAJLIS PASTORAL PAROKI KE BASIS DAN STASI LUAR




Tawau : Minggu Advent bermula dengan satu semangat untuk mempersiapkan diri akan kedatangan Yesus Kristus Tuhan Raja dan Penyelamat Dunia. Sempena minggu ini, beberapa Ahli Majlis Pastoral Paroki ( MPP ) melakukan lawatan kerohanian ke beberapa tempat luar paroki ( stasi luar ) antara lain tujuan adalah untuk;
  • meluangkan masa bersama para umat yang jarang mendapat peluang untuk datang berkumpul bersama pada misa minggu di pusat paroki Holy Trinity.
  • memantau keadaan sebenar suasana dan persekitaran hidup umat yang tidak berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan umat lain di paroki
  • menilai keperluan akan pembangunan rohani secara peribadi dan juga keperluan tempat untuk menjalankan ibadat sabda yang lebih sesuai
  • mengambil kesempatan bagi para umat mengenali para ahli MPP yang baru dilantik bagi sesi 2011- 2013
  • lebih memahami situasi keperluan para umat di peringkat akar umbi sempena proses penggubalan misi dan visi keuskupan

Setakat ini ahli MPP telah melakukan sebanyak enam lawatan ke stasi luar termasuk di kawasan pedalaman.
Berpartisipasi dalam perayaan Ibadat Sabda di bawah rumah
Lawatan ini diadakan bersama dengan lawatan ke stasi luar para EMC untuk merayakan bersama Ibadat Sabda bagi mereka yang tidak berpeluang untuk hadir ke perayaan Ekarisiti pada hari minggu.
Chapel Yesus Maria Yoseph, Bt 5 Jalan Apas
Tempat merayakan Ibadat Sabda diadakan di tempat serba kekurangan contohnya dilakukan di bawah rumah, di khemah, dibawah pokok dan juga di chapel kecil dan sempit yang telah dibina.
Francis Kamuntah (kiri) dan Gabriel Nunang (kanan) dalam perayaan Ibadat Sabda
Walaupun keadaan sedemikian, namum semangat kerohanian dikalangan para umat amat mendalam. Jelas kelihatan, semangat perpaduan dan kerjasama memang wujud di kalangan umat setempat.
Perkongsian oleh Ricardo Dragon, ahli MPP 
Tidak dinafikan masih terdapat banyak yang perlu di terangkan atau didedahkan kepada mereka akan liturgi perjalanan Ibadat Sabda namun dipercayai bahawa kesungguhan mereka menunjukkan bahawa iman itu telah tertanam didalam hati mereka.
Perkongsian oleh Mario Domingo, Pengerusi MPP
Kesempatan ini turut diambil oleh Pengersui MPP, Mario Domingo untuk memberikan semangat dan dorongan dan terus mengimani Kristus disamping menjalankan kehidupan dengan penuh kesyukuran walaupun dalam kedaan yang sederhana.

Secara keseluruhan para umat yang dilawati meluahkan rasa terima kasih diatas kesudian para MPP untuk datang dan melihat situasi mereka. Lawatan ini memberikan semangat untuk terus melayani sesama walaupun berjauhan dengan paroki pusat.
Selain daripada para MPP, lawatan ini turut disertai oleh para sister Gembala Baik dengan projek mereka tersendiri iaitu pemberian buku untuk diwarnai sempena musim Adven. 
Sr Barbara rgs menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak
Kerasulan Wanita Katolik turut memberikan hadiah berbentuk makanan kepada semua kanak-kanak di stasi luar.

Rombongan yang diketuai Pengerusi MPP Mario Domingo disertai Ricardo Dragon( Kordinator Pastoral Outreach ), Francis Kamuntah ( Kordinator bagi EMCs statsi luar ),  Gabriel Nunang ( EMC dan juga Pengerusi baru Komuniti Pastoral Indonsia ), Petrus Bernadus, Sr. Barbara RGS, Sr. Lidwina RGS, Alisen Neri ( Pelayan Gembala Baik ) Aaron Darryl Domingo dan  Julita Kantod dari CFLM juga SOCCOM Tawau.
Pembinaan Holy Family of Nazareth Luasong hampir siap dibina
Basis atau stasi luar yang dilawati meliputi Holy Family of Nazareth Luasong, Yesus Maria dan Yosep Bt. 5 Apas , St. Jude Bt. 5 Sin Onn, Bt 12 Andrasy, St. Fransis Bt 8 Apas, Brantian, dan St. Stephen Tass.

JCK – SOCCOM Tawau

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent