Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 18, 2010

Seminar Penggunaan Buku Siri Katekatikal Malaysia

Katedral St Mary, Sandakan


Sandakan: Seramai lebih kurang 35 peserta dari  Katedral St Mary, Sandakan telah menyertai Seminar Penggunaan Buku Siri Katekatikal Malaysia (SKM). Seminar ini merupakan anjuran Komiti Katekatikal Katedral St Mary yang dipengerusikan oleh Sr Liliana Gubod, fsic. Penceramah jemputan ialah Sr Veronica Kandaung, fsic merangkap Pengarah Pejabat Katekatikal dan Peyelaras Komisi Katekatikal Keuskupan Sandakan.

 Sr Liliana Gubod, fsic

Sewaktu Pentakhtaan Alkitab, Dikon David Aloysius Garaman ada menyatakan dalam khutbahnya mengenai misi penginjilan melalui pelayanan Kateketikal.
 
Dikon David Aloysius Garaman

"Ministri Kateketikal ialah ministri yang terpenting dalam Gereja Katolik kerana kita adalah pembimbing Sabda Tuhan kepada orang lain. Kita banyak mengajar kepada orang lain mengenai siapakah Yesus Kristus. Saya percaya ramai di antara kita yang sentiasa dicabar dan tercabar disebabkan pelayanan ini. Ingatlah bahawa Yesus lebih dahulu telah melihat dan memahami perjuangan kita dalam ministri ini. Di dalam ministri inilah Sabda Tuhan lebih banyak dipromosikan kerana itulah tulang belakang bagi keimanan seseorang. Kita tahu bahawa tiada nama lain selain nama Yesus yang kita ingin sampaikan kepada semua orang dan kerana nama itu jugalah kita dicabar dan tercabar oleh dunia. Namun, seperkara yang harus kita ingat bahawa cabaranlah yang mematangkan iman. Oleh itu, marilah kita teruskan berdoa agar Tuhan akan sentiasa memberikan kita kekuatan melalui bantuan Roh Kudusnya agar nama Yesus dapat didengar dan nama Tuhan dapat dipermuliakan lagi dalam ministri kita ini." 

Sepanjang seminar yang berlangsung pada Sabtu, 8hb hingga Ahad, 9hb Mei 2010 para peserta telah didedahkan dengan pelbagai input iaitu erti istilah-istilah dalam kateketikal, cara-cara penggunaan Buku SKM dan kaedah mempersiapkan Katekesis. Seminar tersebut diperkukuhkan pula dengan satu bengkel di mana para peserta berpeluang menyediakan contoh rancangan katekesis mingguan dengan format yang betul serta menyiapkan kertas kerja bagi suatu seminar berkatekesis.


Tema Minggu Kateketikal bagi tahun ini ialah "Ibubapa adalah Katekis yang Utama" (Parent are Primary Catechists). Pada akhir seminar, Sr Veronica sempat memberikan 'kerja rumah' untuk para peserta di mana mereka diminta untuk menyiapkan satu kertas kerja yang lengkap bagi menganjurkan satu seminar pada tahun ini dengan tema tersebut.

Sebelum itu, pada 5hb Mei yang lalu, Paderi Paroki, Rev Fr Thomas Makajil bersama para perwakilan dari Majlis Pastoral Paroki dan semua komiti yang ada di Katedral St Mary telah dijemput oleh Komiti Katekatikal Paroki Katedral St Mary untuk melihat susunan carta organisasi yang betul bagi pembentukan Komiti Katekatikal Pusat dan Sub-sub Komiti Katekatikal di St Mary, Sandakan.
 Francis Tan

Francis Tan, Setiausaha Eksekutif Keuskupan Sandakan telah menerangkan secara ringkas tentang Buku Panduan Umum untuk Katekesis (General Directory for Catechesis).


 Sr Veronica Kandaung, fsic dan Fr Thomas Makajil

Kemudian, Sr Veronica menerangkan secara terperinci mengenai Carta Organisasi Katekatikal dan diperjelaskan lagi oleh Fr Thomas.

Berikut ialah bentuk carta tersebut:





oleh DSsj


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent