Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 17, 2012

YOUTH LEADER'S CAMP 2012 - Suara Hati Seorang Pemimpin Belia


George Lawadin @ Bellyok @ Brother Bell - Tim Kerasulan Belia Keuskupan, Sandakan.

Youth Leader's Camp (YLC) 2012 adalah antara anjuran yang terbaik pernah saya ikuti selama ini. YLC 2012 sangat kaya dengan input rohani, pembinaan tim dan kepimpinan.




Esther Albert  - Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau
Saya datang di kem ini, unpreprared dan banyak struggles serta gangguan. Tapi saya mesti attend kem ini kerana saya dapat rasa ada yang ingin disampaikan oleh Tuhan kepada saya. Ternyata benar sekali, saya secara berterusan disentuh Roh Kudus lewat semua aktiviti - aktiviti dalam kem ini.

Kenyataan 'Kitalah pembina Kerajaan Allah' ini bukan sesuatu yang asing bagi saya, akan tetapi mungkin selama ini dia kurang umph!. Ini kali ia memberi kesan yang sangat mendalam sekali dihati saya. Saya dikuatkan untuk terus berjalan dalam pelayanan ini dan saya mendapat pengetahuan baru melalui sesi -sesi Saudara Theodolfo dan Uncle Francis Tan. Input sebeginilah yang saya perlukan sebab saya seorang thinker dan planner. Saya bersyukur kepada Tuhan atas apa yang telah saya lalui dalam kem ini. My way forward is to implement my Personal Development Plan (PDP.


Darcy Jamih - Tim Kerasulan Belia Katolik, St Paul, Ulu Dusun, Sandakan

I met great leaders from other parishes. They taught me how to lead and how to walk together as a team.

I have learned various ways of praying. Another thing that I've learned is Praise and Worship. I will try to be brave in leading Praise and Worship in my own place.

For me LEADERSHIP is not about how far we walk with our team to the path that we decide alone. It is how far we can walk TOGETHER with our team and go through that road.

YES!, I am ready but I hope, I can be a good leader to others. Before that I should learn to lead myself and it takes time.



Noami Francis - Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana membuka jalan untuk saya menyertai YLC walaupun dalam kesibukan bekerja. Saya merasakan kasih Tuhan bekerja melalui persahabatan antara belia-belia daripada paroki yang berbeza-beza. YLC ini memberi harapan kepada saya untuk berubah dan keluar dari kepompong yang lama dan bersedia menjadi 'Rama - Rama' yang lebih cantik iaitu seorang pemimpin belia yang berkomited, berpengetahuan dan mempunyai skil kepimpinan yang berkesan. Saya mempelajari satu formula yang penting iaitu: "TAKUT AKAN ALLAH".... Amen!


Gilard Palipus dan Sloane Styne Joseph - Tim Kerasulan belia Paroki St Martin, Telupid

Gilard Palipus:
Saya dapat mempelajari cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Saya juga mempelajari cara-cara baru untuk berdoa. Bagaimana akan saya aplikasikan pembelajaran ini?
"TURUN PADANG!"

Sloane Styne Joseph:
Pengalaman yang penting saya perolehi dari YLC ini adalah mendalami lagi maksud kepimpinan dalam pelayanan. Pengalaman ini telah memberi saya inspirasi dan input yang berguna untuk diri saya dan juga untuk pelayanan saya. Satu persoalan yang saya dapat iaitu "Am I ready?", Saya akan menyatakan dengan semangat yang berkobar untuk melayani Tuhan:
"I AM READY!"


Arnoldus Hendirkus - Tim Kerasulan Belia St Dominc, Lahad Datu

Sepanjang saya mengikuti kem ini, saya dapat:

1. Tujuan Pelayanan saya yang jelas.
2. Lebih mengenali dan menyayang diri saya.
3. Keyakinan yang teguh.
4. Berdamai dengan Tuhan dan diri saya.
5. Mengetahui maksud 'LEADERSHIP'.
6. Lebih ramai kawan - kawan.






Andreas Kenuka - Tim Kerasulan Belia Katolik St Mark/Peter, Sandakan
 Saya dapat belajar cara-cara kepimpinan dan sesi-sesi yang disampaikan boleh mengubah hidup saya untuk lebih dekat dengan Tuhan dan sesama. Saya juga belajar berdoa dengan betul dan belajar untuk mendalami doa-doa yang ingin kita bawa.



Michelle Cornelius - Tim Penganjur YLC 2012 & Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan
I have realized that God called me to be one of His servant and take the challenge to be a leader among His people. If it is not me, who, then will take up that challenge? I'm so grateful for all the opportunities that HE gave and it is truly a gift for me. I am able to see now that nothing can turn down God's plan.

I will take Jesus as my role model to be a great leader. HE had shown me how wonderful it is to take His call and say, "YES! I AM READY!".


Roynner Patrick Assang, Claire Andrew, Amado Degullacion, Marcel Jamuin, Elmer Adonis - Tim Penganjur Youth Leader's Camp 2012 & Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary Sandakan

 Roynner Patrick Assang:
Saya dapat mempelajari bagaimana untuk mempercayai ahli tim saya untuk melakukan sesuatu aktiviti. Saya juga faham apa itu pelayanan. Sesi yang benar-benar memberi impak kepada saya adalah Team Building kerana saya betul-betul ingin mempelajari tentang tim dan bagaimana mengendalikan tim dan pada masa yang sama menjadi pemimpin yang baik.
 Claire Andrew:
Pengalaman penting yang saya perolehi dari YLC adalah membuat kerja amal dalam pelayanan belia, penyesuaian diri dengan para belia yang lain, membina hubungan antara sesama. Perkara baru yang saya pelajari dalam YLC adalah Personal Development Plan dan Doa Taize.
 Amado Degullacion:

Saya dapat mengongsikan idea, masalah, cadangan dengan belia dari paroki lain. Ini merupakan pengalaman saya yang hebat iaitu berkumpul bersama dengan semua pemimpin - pemimpin belia Diosis Sandakan.
Marcel Jamuin:

Dalam sesi Personal Development Plan (PDP), saya dapat merancang sesuatu yang saya ingin dan perlu buat dalam masa satu tahun. Berdasarkan PDP, saya juga boleh membuat tema peribadi dan mengaitkannya dengan ayat - ayat dari Alkitab. Saya akan mengaplikasikan pembelajaran saya dengan menulis matlamat saya dan membacanya kembali setiap dua bulan dan membuat renungan peribadi.
 Elmer Adonis:

Tuhan perlukan saya untuk menjadi tangan dan kakinya. Saya perlu keluar dari zon nyaman dan pergi ke suatu tempat yang 'tidak selesa' (Melakukan penjangkauan). Antara sesi-sesi yang disampaikan sesi - sesi berikut telah memberikan impak terhadap diri saya:
1. Keseimbangan - Jangan mengantikan Yesus dengan 'Mamon'.
2. Personal Development Plan (PDP - Dapat memperbaiki kelemahan diri.
3. Leadership: Jesus' Spirituality - REACH OUT!

YOUTH LEADER'S CAMP 2012

"Am I Ready to offer myself to you, Jesus"
Hari Ketiga 'Youth Leader's Camp' dimulakan dengan Doa Pagi - Divine Office (Ibadat Harian) yang dipimpin oleh Sr. Rusiah Garuk.



Selepas sarapan pagi peserta dihidupkan dengan Time of Life dan RECAP yang dikendalikan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan. RECAP adalah sesi dimana para peserta diingatkan semula mengenai program-program yang dijalankan pada hari kelmarin. RECAP disampaikan secara lakonan.

"I'm Singing in the rain, just singing in the rain. What a glorious feeling. I'm Ha Ha happy again! Ari Chi Cha, Ari Chi Cha, Ari Chi Cha Cha...."

Personal Development Plan (PDP) sudah pun diperkenalkan kepada para peserta dari hari kedua dan sedikit sebanyak telah dipraktikkan dengan menyediakan PDP mereka masing-masing. Sesi ini sangat baik kerana ia mengalakkan peserta untuk melihat kembali peribadi mereka sebagai yang melayani, melihat aspek-aspek dalam hidup yang perlu dibentuk dan diperbaiki, membawa harapan dan impian mereka dalam renungan serta doa, mengongsikan perjalanan mereka kepada teman-teman seperjuangan, dan lebih mengenali kehendak sebenar hati sebagai seorang yang melayani.

Roselinah sekali lagi membawa para peserta untuk buat perkongsian dalam kumpulan kecil mengenai matlamat hidup yang mereka telah tetapkan didalam PDP mereka dan pengalaman semasa menyediakan PDP masing-masing.

Soalan - soalan perkongsian:
1. Apakah pengalaman saya melihat matlamat yang saya tetaplan tahun ini?
2. Apakah yang mengembirakan saya?
3. Apakah masih terdapat halangan?
4. Apakah yang dapat membantu saya?


Selesai perkongsian, tiba masanya para peserta menyerahkan PDP mereka dihadapan altar, sebagai tanda penyerahan kepada Tuhan agar PDP ini dapat dilaksanakan atas berkat Tuhan. 

Dalam keadan hening Roselinah menjemput para peserta untuk menyuarakan satu perkataan yang mengambarkan matlamat atau perasaan mereka.


"Am I Ready to offer and commit to my Personal Development Plan this year?" Soalan yang mencabar peribadi setiap peserta yang hadir. Ini adalah kerana cabaran yang paling sengit adalah diri - sendiri. Sememangnya PDP hanya satu cara untuk membantu namun pelaksanaannya adalah dari diri peserta itu sendiri.

"Iman tanpa perbuatan adalah mati!" Yakobus 2:17

Penyerahan PDP dihadapan altar dilakukan mengikut paroki dengan iringan lagu "Ku masuk ruang Maha Kudus". Sementara peserta mendoakan PDP mereka, peserta - peserta dari paroki lain akan turut bersama berdoa dan mendoakan mereka.

Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan

Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau

Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid
"Into your hands I commit again, With all I am, for you, Lord..." 

Gambar kenangan bersama Roselinah Francis - "You are beautiful and we keep you in our hearts."


Cenderakenangan kepada Sr. Rusiah Garuk, Roselinah Francis dan Sr Marysia Malating
Tea break - bersantai sambil mengeratkan silaturahim antara sesama



Youth Leader's Camp 2012 hari ketiga ini diteruskan dengan perkongsian dari Saudara Theodolfo Rosalia Jr. Beliau seorang yang bergiat aktif dalam pelayanan dan pernah melayani sebagai belia sejak tahun 1980an dan masih berjalan seiringan dengan belia - belia sehingga kini.

"Tidaklah demikian diantara kamu. Barangsiapa ingin menjadi besar diantara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu, dan barangsiapa ingin menjadi yang terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semua. Kerana Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawaNya menjadi tebusan bagi banyak orang." Markus 10:43-45


"Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.' Yoh 3:16

Yesus merupakan 'Jambatan' diantara manusia dengan Allah Bapa disyurga. Dia merupakan jalan ke arah Allah Bapa (Yoh 14 : 1-6). Yesus selalu pergi dimana adanya orang ramai (Lk 9:6) dan berjumpa dengan mereka. Yesus selalu merantau dari satu tempat ke tempat yang lain. Yesus membina hubungan dengan orang ramai tanpa syarat. Ini dapat diilustrasikan dalam cerita dimana Yesus bertemu dengan wanita Samaria (Yoh 4:1 - 46). Yesus juga selalu mengambil masa untuk Bapanya. Melalui berdoa, Yesus sentiasa membaharui kefahaman tentang tujuan Ia datang ke dunia, rancangan dia dan kebolehan yang ada padaNya.

Sama seperti Yesus, para pemimpin juga adalah 'Jambatan' diantara belia dengan Yesus. Seorang pemimpin belia harus pergi dimana belia - belia berkumpul, berjumpa, berkongsi dan mendengar pengalaman hidup mereka dan seterusnya membina hubungan dan mengongsikan persahabatan kita dengan mereka tanpa memberikan syarat. Sebagai pemimpin kita tidak boleh melakukan pelayanan atas dasar tenaga dan kekuatan manusiawi kita semata - mata. Kita perlukan Yesus dan berdoa adalah cara terbaik untuk berhubung dengan Yesus agar pelayanan itu dilaksanakan seturut kehendakNya.

Small group sharing

Pada sebelah petang Youth Leader's Camp di hari yang ketiga diteruskan dengan Team Building 2 yang dikendalikan oleh Saudara Arturo @ Rikkie. Team Building kali ini lebih mencabar apabila semua perserta terpaksa mejalankan aktiviti tersebut dengan mata tertutup.

Dua belia dipilih menjadi ketua dan ketua ini perlu mencari seramai kawan yang boleh untuk membentuk segi tiga.
Proses penbentukan segi tiga mengambil masa yang panjang bergantung kepada kecekapan si ketua. Bermacam - macam karenah yang boleh dilihat dalam aktiviti ini. Ada yang tidak tahan, ada yang menunggu sahaja, ada yang mengambil inisiatif untuk mencari teman lain dan ada yang bertanya. Namun aktiviti bertukar rupa apabila Rikkie membuat arahan untuk semua peserta bergabung dan membentuk segi tiga yang besar. Disinilah wujudnya ramai yang ingin menjadi ketua dan masing - masing memberi arahan kepada teman - teman yang lain, semuanya berusaha membentuk segi tiga. Akhirnya tidak berjaya juga.

Segi tiga yang tidak terbentuk.
'Act It Out' - Satu lagi aktiviti yang mencabar para peserta. Arahan akan diberikan dan setiap kumpulan perlu melakonkan 'arahan' tersebut.
 
Sesi perkongsian bagi Team Building 2.
"What makes a good Leader?" Begitulah tajuk sesi yang disampaikan sekali lagi oleh Saudara Theodolfo Rosalia Jr. Dalam sesi ini beliau telah mengongsikan mengenai karunia. Setiap pemimpin telah diberikan karunia - karunia yang berbeza - beza dan seorang pemimpin yang baik adalah seorang yang menggunakan karuanianya itu dalam pelayanannya. Karunia adalah anugerah Tuhan. Tidak ada jumlah latihan atau pengalaman yang boleh disamakan. Ianya tidak boleh dituntut dan di beli. Ia diberi dari kemurahan Tuhan.

“Demikianlah kita mempunyai karunia yang berlain-lainan menurut kasih karunia yang dianugerahkan kepada kita: Jika karunia itu adalah untuk bernubuat baiklah kita melakukannya sesuai dengan iman kita. Jika karunia untuk melayani, baiklah kita melayani; jika karunia untuk mengajar, baiklah kita mengajar; jika karunia untuk menasihati, baiklah kita menasihati. Siapa yang membagi-bagikan sesuatu, hendaklah ia melakukannya dengan hati yang iklas; siapa yang memberi pimpinan, hendaklah ia melakukannya dengan rajin; siapa yang menunjukkan kemurahan, hendaklah ia melakukannya dengan sukacita” Rom 12 : 6-8

Saudara Theodolfo juga telah mengongsikan perbezaan antara kerja dan pelayanan. Apabila pemimpin belia memperlakukan pelayanan itu sebagai kerja, pelayanan itu tidak ada sukacita, pelayanan itu adalah terpaksa, pelayanan itu adalah penat dan pelayanan itu hanya tertumpu pada kejayaan semata - mata. Maka apabila keadaan tidak seperti yang diinginkan, mereka akan kecewa dan berhenti melayani.

Sekiranya pelayanan itu dijadikan pelayanan yang lahir dari hati kerana Tuhan Yesus, pelayanan itu ada sukacita, kekuatan, pemimpin lebih berkomited dan kesetiaan adalah segalanya.

"Tuhan tidak ingin kita merasa terikat kepada sesuatu kerja, tetapi Dia ingin agar kita merasa gembira dan setia kepada-Nya dalam sesuatu pelayanan."
Pada akhir sesi, Saudara Theodolfo memberikan kesimpulan menjadi pemimpin yang baik:

1.Kepimpinan yang baik dicapai apabila kepimpinan itu dapat membekalkan generasi akan datang dengan kebijaksanaan, pengetahuan, sumber kerohanian untuk melayani generasi mereka.
 
2.Kepimpinan bukanlah tentang KUASA atau MENGUASAI.

3.Kepimpinan adalah inspirasi, BUKAN mendominasi orang.
4.KEPIMPINAN adalah membantu orang lain untuk mencapai iman dan visi Kristus dalam jiwa mereka, mengetahui cinta kasih , keampunan dan belas kasih Yesus.

5.Salah satu anugerah yang terbaik pemimpin dapat berikan kepada orang lain adalah Harapan, kita tidak dapat memberi iman atau kasih.

6.Melayani untuk memuliakan Tuhan: 
 
Matt. 5:16 “Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di surga”

Gambar kenangan bersama Saudara Theodolfo Rosalia Jr.
Airene Anne, Koordinator Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan menyampaikan cenderakenangan kepada Saudara Theodolfo Rosalia Jr.

Sesi dijalankan dalam Kapela Katedral St Mary, Sandakan
 
Sesi terahkir bagi Youth Leader's Camp pada malam hari ketiga ini adalah "Prayer and Silence - Why Important?" yang disampaikan oleh Sr Lilian Unsoh, Pembantu Penasihat Rohani bagi Tim Kerasulan Belia Keuskupan, Sandakan.

Dalam sesi ini Sr Lilian memberi penekanan terhadap kepentingan untuk berdoa dan hening. Hanya melalui doa dalam keadaan yang hening membantu kita untuk lebih mendengar suara Tuhan dan merasakan kehadiranNya. Ia juga membantu kita untuk berehat seketika dari kesibukan dan kebisingan hidup harian. Yesus sendiri bersama rasul-rasulnya pergi mencari tempat yang sunyi untuk berehat (Markus 6:31).
 

Sebagai yang melayani, terutama sekali pemimpin - pemimpin belia, kita perlu diperbaharui dan disegarkan. Seperti yang disampaikan oleh Saudara Theodolfo, doa membantu kita mendengar bisikan Tuhan, kehendakNya dalam pelayanan kita dan semestinya kita tidak boleh melakukan misi Tuhan dengan tenaga manusiawi kita. Kita perlukan bantuan dari Dia yang memanggil dan mengutus kita untuk melayani.

Yesus sendiri mengajar kita untuk berdoa kerana doa Yesus bertahan dalam misinya. Dalam Markus 14:32-42, Yesus menunjukkan kemanusiaannya. Saat inilah Yesus berdoa sebagai seorang manusia. Sememangnya sukar untuk dibayangi keadaan Yesus disaat - saat kematiannya. Namun Dia telah memberikan contoh yang baik buat kita semua.


Sesi ini diakhiri dengan Adorasi.


To be continued...

Wednesday, February 15, 2012

YOUTH LEADER'S CAMP 2012 - Suara Hati Seorang Pemimpin Belia



Harl Joanie Migu Joseph - Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

 Kita datang dari arah yang berbeza. Oleh itu kita sentiasa "harus sedia" menerima cabaran yang bakal ditempuhi. Menjadi seorang ketua yang memimpin adalah satu cabaran. Oleh itu bekerjasama antara umat yang lain harus dibentuk agar cabaran itu menjadi mudah.




Varrelene Julian & Jerome Emiliani M. Calingacio - Tim Rakan Belia, Remaja (TRBR), dibawah naungan Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan

Varrelene Julian:
Apa yang saya dapat renungkan sejak hari pertama menyertai YLC adalah, saya percaya Tuhan memang sudah ada rancanganNya tersendiri memanggil saya untuk menyertai YLC supaya saya dapat belajar how to become a good leader in the church dan other places. Now I know to become a good leader mesti yakin pada diri sendiri dan percaya pada satu dengan yang lain. Umur bukan menjadi satu penghalang bagi saya untuk melayani dan menjadi seorang pemimpin yang baik sebab apa yang paling penting adalah our SPIRIT to serve the Lord. 
 Jerome Emiliani:
Sebagai seorang TRBR yang berjawatan saya akan bawa apa yang saya pelajari dari YLC kepada tim TRBR yang lain dan mencuba menjadi pemimpin belia yang baik.


Emilda Albert - Tim Kerasulan Belia Paroki St Martin, Telupid 
Selain daripada dapat memahami kriteria-kriteria sebagai seorang pemimpin belia yang baik, saya juga dapat lebih mengenali ahli-ahli tim paroki saya sendiri. Rasa dihargai dan menghargai sesama menjadi semakin terserlah. Saya menyedari bahawa untuk menjadi satu tim yang baik memerlukan hubungan yang baik bukan sahaja dengan Tuhan Yesus tetapi juga dengan setiap ahli tim. Selain daripada itu keteguhan iman, fizikal yang sihat, pengetehuan yang cukup, kemahiran dan bakat perlu di aplikasi dalam pelayanan.


Suzana Johanes - Tim Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity, Tawau
Saya akan mengubah cara saya melayani digereja sebagai umat mahupun seorang pemimpin, dari seorang yang hanya melayani kerana terpaksa dan sekadar tanggungjawab, kepada seorang pelayan gereja yang betul-betul memandang keperluan umat dan masyarakat dan cuba memberi yang terbaik dan memenuhi ciri-ciri pelayanan Kristus.

新春聯歡晚會

( 山打根訊 )  2012壬辰年新春聯歡晚會圓滿成功舉行。

2月5日(日),晚上7時,一年一度的新春聯歡晚會開鑼了 ! 首先由「建國醒獅團」呈獻夜光獅表演,精湛驚險的演出讓在場頻頻叫好,掌聲連連。

 當晚還有一位特別嘉賓---董前智神父,也出席了晚宴。本堂司鐸Fr. Thomas Makajil致詞時說,每年的新春聯歡晚會讓教友們聚集一起分享喜悅,甚至也有其他語文組的教友參與非常好;Fr. Thomas也以字正腔圓的華語致詞,他還是當晚才學起來的呢!

華協主席儀鳴兄弟致詞歡迎所有出席支持的教友,及感謝多年來支持華協所有活動的兄弟姐妹們;並表揚華協顧問陳興勛兄弟多年來對華協的關心及支持。陳儀鳴兄弟代表華協致送紀念品予陳興勛兄弟,以「德澤縈懷     嘉惠永銘」表達華協委員會對陳興勛兄弟最真摰的感謝及祝福。

聖母軍聲勢浩大的「老、中、青、少」團員以舞蹈“大團圓”向教友們拜年,紅彤彤的服裝洋溢著喜氣洋洋,頓時氣氛熱鬧了起來。婦女組高貴大方的服裝表演更讓眾人連聲叫好,掌聲、口哨聲不斷……,15位姐妹+3位助陣的兄弟,以西服、洋裝及旗袍走台步,優雅、華麗、高貴、雍容等等的詞彙,實在不足以形容當晚的這15位媽媽身上。當晚五位評審選出“最佳組合”三組,邀請Fr. Phillip上台致送花束予優勝者。

巫文組及菲律賓組的兄弟姐妹各呈獻特色的舞蹈娛賓,主日學學生們呈獻兩首新年歌曲。由曾子欣及葉麗婷組軍的「閃亮女孩」載歌載舞,為晚會增添熱鬧氣氛。

 幸運抽獎邀得主教主持及頒獎,總共10桌幸運兒獲得禮物。

晚會在主教、神父、修女、堂區牧靈委員會成員、華協理事及修生在台上,與教友們舉杯歡呼:“飲勝”,主教最後結束祈禱及降福,成功於9時30分圓滿落幕。

 文:廖琳琳


















CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent