Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 15, 2019

SALIB BELIA DAN IKON BONDA MARIA MENGUNJUNGI SELURUH PAROKI ST DOMINIC, LAHAD DATU


Lahad Datu - Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah memulakan perjalanan mengunjungi setiap paroki di Sabah pada 3 Mac 2019 dan Paroki St. Dominic, Lahad Datu telah menjadi destinasi pertama bagi kunjungan luarbiasa ini. Perjalanan Salib dan Ikon ini merupakan satu medium bagi membawa dan mengkhabarkan khabar gembira kepada umat di seluruh Sabah berkenaan Sabah Youth Day 5 (SYD5) yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada Ogos 2020 di Limbahau/Papar.

Penerimaan Salib dan Ikon ini telah diadakan di outstasi St. Peter, Kunak yang telah dihantar dan diiringi oleh umat dan belia dari Paroki Holy Trinity, Tawau.

Salib dan Ikon telah dibawa mengelilingi outstasi di sekitar Lahad Datu selama 2 minggu iaitu pada 3-16 Mac 2019. Outstasi yang terpilih ialah St. Peter (Kunak), Divine Mercy (Sapang), St. Angeline (Madai), St. Nicholas (Kg. Tampenau), Our Lady of Pillar (Silam), St. Francis of Assisi (Pontian Fico), St. Anthony (Bt. 18), St. Gabriel (Tungku) dan KPUP Felda. 

St Angeline, Madai

Divine Mercy, Sapang

St Nicholas, Tampinau

Penghantar Salib dari luarstasi Felda ke Pusat Paroki, St Dominic, Lahad Datu

St Anthony, Batu 18

Pontian Fico

St Gabriel, Tungku
Pada 16hb Mac 2019, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah tiba di Gereja St. Dominic yang telah disambut bersama-sama dengan umat paroki dan belia dan disusuli dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr. Simon Kontou. 


Selesai sahaja Misa Kudus, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria diiring ke pentas terbuka bagi memulakan Malam Pujian dan Penyembahan yang dikendalikan oleh Persekutuan Doa Paroki St. Dominic. Malam tersebut bukan sahaja disertai oleh para belia, tetapi juga umat paroki dari segala lapisan umur. 




Selama seminggu, semua umat telah diberi peluang untuk meluangkan waktu bersama Salib dan Ikon dengan menghadiri sesi-sesi yang telah dijadualkan. Semasa sesi bersama Neocathecumenal Way, belia telah diajak untuk merenung, mengenalpasti dan mengakui Salib kehidupan masing-masing. Manakala sesi yang bertajuk “Leadership” bersama Komiti-Komiti Gereja yang dipimpin oleh Seminarian Andy Borine Tingadon telah memberikan ruang bagi ahli-ahli komiti yang hadir untuk merenung kembali pelayanan mereka dalam gereja. Sesi ini juga telah mengajar umat yang hadir tentang cara untuk menjadi pemimpin yang baik dengan berlandaskan ajaran Gereja. 

Sesi bersama ahli-ahli KKD pula telah diadakan selama 2 hari dan dipimpin oleh Sr. Clarice Jomitin (FSIC). Sesi ini telah membawa umat yang hadir merenung dengan lebih mendalam tentang tema SYD5 dan pengorbanan Yesus yang mati diatas kayu salib. 

Doa Taize
Semasa Malam Pujian dan Penyembahan, pimpinan Persekutuan Doa Paroki, mengajak semua yang hadir untuk memuliakan nama Tuhan dalam Pujian dan Penyembahan, di ikuti dengan bacaan Injil dan perkongsian. Seminarian Andy Borine Tingadon sekali lagi telah memimpin sesi pada malam terakhir Salib dan Ikon berada di Lahad Datu dengan penghorma terakhir. Beliau telah membawa para belia untuk merenung kembali perjalanan persiapan penerimaan Salib dan Ikon sehingga ke hari terakhir. 

Sepanjang Salib dan Ikon berada di paroki ini, banyak perkongsian yang telah diterima dari umat paroki terutamanya dari kalangan belia. Ramai para belia yang dapat merasakan diri mereka dikuatkan dalam iman. Mereka juga benar-benar dapat merasai sendiri cintakasih dan kehadiran Yesus bersama-sama mereka sepanjang keberadaan Salib Belia sehingga mereka berasa berat hati untuk melepaskan Salib kerana berasa terlalu sayang. Kehadiran Salib ini juga telah membawa ramai belia yang telah lama tidak bergiat aktif untuk kembali melayani dan telah menarik belia baru untuk menjinakkan diri dalam belia dan juga dalam pelayanan. Besar harapan daripada belia-belia St. Dominic Lahad Datu agar umat di paroki yang lain juga turut merasakan keajaiban kuasa Tuhan semasa bersama Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ini. 

Berikut adalah gambar - gambar penghantaran Salib Belia dan Ikon Bonda Maria ke Katedral St Mary, Sandakan.







Semoga semua orang yang bertemu dengan Yesus dan Bonda Maria akan mengalami pengalaman yang luarbiasa seperti kami yang tetap dan selamanya merindui - Nya.
With Love, Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu

Saturday, April 13, 2019

JELAJAH SYD 5 PAROKI ST MARTIN TELUPID


PERAYAAN HARI BELIA SEDUNIA PERINGKAT PAROKI 2019


SEJARAH WORLD YOUTH DAY SEHINGGA TAHUN 2011 - WYD MADRID




Wednesday, April 10, 2019

TEMASYA BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN - PERTEMUAN DENGAN TIM PENGANJUR LOKAL TBK 2019



Sandakan - Ada 124 hari lagi sebelum Temasya Belia Keuskupan (TBK) Sandakan dan Tim Penganjur Utama (MOT) sedang berusaha melakukan segala persiapan menuju program pada bulan Ogos 2019 nanti. Pada 9 April 2019, Tim Penganjur Utama telah mengadakan pertemuan dengan Tim Penganjur Lokal (LOT) yang terdiri daripada belia - belia Paroki St Mary, Sandakan dan diketuai oleh Saudara Justine Marcus. Antara yang dibincangkan adalah pengenalan kepada TBK, struktur organisasi, program dan tugasan. Di akhir pertemuan, masing - masing menyatakan rasa sukacita dan 'excited' untuk berjalan bersama dalam persiapan menuju TBK ini. Semoga melalui kerjasama ini, TBK dapat dianjurkan dengan jayanya dan dapat menghasilkan buah - buah yang berkelimpahan.




Tuesday, April 9, 2019

LAWATAN MUHIBAH KERASULAN WANITA KATOLIK PAROKI SANDAKAN BERSAMA DENGAN 9 BASIS KELUARGA BESAR KATOLIK INDONESIA (KBKI)

Oleh: Paula Dennis


Kerasulan Wanita Katolik Paroki telah mengadakan program “Lawatan Muhibah” bersama dengan wanita-wanita daripada 9 basis Keluarga Besar Katolik Indonesia (KBKI). Program ini telah diadakan pada 31 Mac 2019 yang bertempat di dewan serbaguna Gereja St. Mark batu 12, Sandakan.
Basis-basis yang terlibat adalah Basis Maria Ratu Damai (Bt. 8), Basis Maria Imacullata (Bt. 11), Basis Maria Bintang Timur (Bt. 12), Basis Salib Suci (Bt. 12), Basis Materdolorosa (Bt. 14), Basis Maria Bintang Laut (Bt. 16), Basis Reihnya Rosary (Bt. 16), Basis Kristus Raja (Comsa) dan Basis St. Gabriel (Bt. 20).
Program dimulakan pada jam 11:00 pagi dengan ketibaan para tetamu jemputan dan wanita daripada setiap basis. Dalam ucapan Encik Pilis Malim selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Sandakan, beliau amat menyokong program seperti ini diadakan dan menegaskan betapa pentingnya kesatuan dalam setiap pelayanan yang ditubuhkan agar berjalan sejajar dengan visi dan misi gereja. Beliau juga menyatakan kepuasan hati apabila melihat ahli-ahli KWK terdiri daripada pelbagai kaum dan menjadi satu komuniti melakukan apa jua aktiviti yang diadakan. Harapan beliau agar kesatuan seperti ini akan dapat diteruskan dalam KWK.
Encik Dimeh Koyopo selaku Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark dalam ucapan, menyatakan beliau sangat berbangga dengan penglibatan KWK yang mana selama ini sentiasa ada untuk membantu dalam apa jua aktiviti gereja yang dijalankan. Bukan sahaja dari segi penglibatan dalam hal-hal penyediaan makanan malahan juga penglibatan dalam pelayanan kerohanian. Beliau juga memuji akan tindakan KWK yang cuba untuk menjangkau wanita-wanita dari seluruh pelusuk terutama sekali wanita-wanita dari basis KBKI. Bagi beliau ini adalah satu kemajuan dalam pelayanan KWK yang mana selama ini hanya dilihat sebagai membantu dalam aktiviti seperti memasak sahaja. Kali ini, KWK telah mengambil selangkah ke hadapan selaras dengan Visi gereja iaitu menjadi satu  “Komuniti berpusatkan Kristus melayani sesama dengan Kasih”. Ini membuktikan dengan berlangsungnya program lawatan muhibah dengan kehadiran dan sokongan wanita-wanita daripada basis-basis dilihat dapat menyatukan pelbagai kaum. Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan KWK selama ini yang dapat meringankan dan membantu dalam kelancaran setiap aktiviti yang diadakan. Selesai ucapan, Encik Dimeh merasmikan program lawatan muhibah ini disusuli doa pembukaan serta doa makan.
Program diteruskan dengan sesi penerangan tentang Objektif dan Garis Panduan Kerasulan Wanita Katolik oleh Puan Cecelia Polo D’Souza, Ketua Penyelaras KWK peringkat Paroki dan Keuskupan. Dalam sesi, beliau turut memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Penyelaras (AJP) peringkat Paroki kepada tetamu yang hadir. Kemudian, beliau menerangkan satu persatu garis panduan KWK dan objektif KWK. Beliau mengalu-alukan wanita-wanita daripada semua basis untuk menyertai KWK berjalan bersama dan melakukan aktiviti gereja selaras dengan Visi dan Misi gereja. “To Journey Together with other Church Groups”. Mengakhiri sesi, beliau menjemput semua yang hadir untuk menyanyikan lagu “Bahasa Cinta”.
Dalam sesi perkongsian daripada Sr. Regina Kimung selaku Ahli Kehormat KWK Keuskupan Sandakan yang bertajuk “Peranan Wanita Dalam Gereja”, menyatakan betapa besarnya peranan wanita bukan sahaja di rumah tetapi juga di dalam gereja. Seperti yang dilihat pada masa kini wanita telah dianggap setaraf dengan kaum lelaki. Berlainan dengan masa dahulu yang mana peranan wanita tidak diiktiraf sama sekali. Namun, perubahan masa membuatkan peranan wanita semakin diterima dimata umum. Dimana wanita sekarang mempunyai pangkat yang sama dengan kaum lelaki. Begitu juga  pelayanan  di dalam gereja, wanita dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua komuniti dan bersama-sama bersatu dengan komuniti yang lain melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam pelayanan. Dalam sesi ini, Puan Yosefina dari Basis Maria Ratu Damai mengongsikan pengalaman beliau sepanjang menyertai KWK. Sesi Sr. Regina diakhiri dengan nyanyian lagu bertajuk “Persembahan Ku”.
Di akhir program ini, gabungan wanita basis telah membuat persembahan koir dalam bahasa suku Lamaholot bertajuk “Ina Maria” yang bermaksud Bonda Maria. Seterusnya, persembahan koir dari KWK Paroki yang bertajuk “We Are Women Of Faith”. Program diakhiri dengan doa penutup oleh Sr. Regina Kimung dan bergambar beramai-ramai.

Sunday, April 7, 2019

Sacred Music (Musicam sacram) Seminar


By Evelyn Jock-Lagan

The St Mary’s Cathedral of the Diocese of Sandakan conducted its very first faith formation seminar on Sacred Music from 5-6 April 2019. The previous one was held way back in 1999, about 20 years ago. 190 choir members from the various choir groups, as well as interested individuals of St. Mary’s Cathedral, St. Joseph’s Church and St. Mark’s church, attended the seminar. Our guest speaker is none other than Mr Neil Mah, Secretary of the Liturgical Committee of the Archdiocese of Kota Kinabalu and Member of the Liturgical Music Committee of the Episcopal Regional Liturgical Commission of Malaysia, Singapore and Brunei.
What is Sacred Music? Sacred means that which is set apart, special!  Musicam Sacram is music which exists solely for use within the Church and Her Sacred Liturgies. Music in the catholic church is not about entertainment but that it is a prayer. The Church belongs to God. The 1-1/2 day seminar introduced the participants to the mystery of the saving works of God, in topics as follows: Why celebrate Sunday?; The role of Music and Singing according to the GIRM, Catechism of the Catholic Church and Sacrosanctum Concilium; Criteria in the Choice of Liturgical Music, Singing of Psalm and the Dynamics of Singing in a Choir. 
The participants were also made aware of their precious role and the importance of sacred and liturgical music to create active and intense participation of the congregation during worship. God’s blessings are overflowing. We can become a people of praise and thanksgiving. Music, too, is a vehicle in which God’s glory is revealed. It expresses beauty, joy and life as well as being a symbol of unity between the people and God and also among themselves as a worshipping community. We need to renew in the way we worship God so that we discover God, again, afresh.
There are no proper instructions on the use of liturgical music in the Cathedral. It is timely that the use of sacred music during liturgical services is being reviewed. There are no written guidelines for reference and further more the liturgical music featuring Gregorian chant or polyphony has never been practiced. Most of the participants in the seminar were born in the Millenial age and as such, never been exposed to sacred music and its importance in the Catholic Church. The church congregation has become passive participants, hence, there is an urgent need for the revival of the use of sacred music and liturgical chant and that it be incalcated in our church. As St Augustine said, “To sing is to pray twice”.

Wednesday, April 3, 2019

MARILAH DAN LIHATLAH ~ JADILAH SAUDARA FRANSISKUS


PERTEMUAN TIM KOMISI KBK ~ AKU DIPERKUATKAN OLEHNYA ~


Mini Pusat Retret St Philip, Kunak

Pemandangan yang indah sesuai untuk rekoleksi
Kunak - Ahli tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan bertemu lagi pada 29 - 31 Mac 2019 di Mini Pusat Retret St Philip, Kunak. Pertemuan terakhir KBK adalah pada bulan Disember tahun 2018. Pertemuan ini dimulakan dengan rekoleksi dan diakhiri dengan mesyuarat.

Rekoleksi merupakan satu ruang yang penting bagi ahli tim KBK untuk 'mengisi semula tangki minyak yang sudah hampir habis' dengan suntikan semangat dan kesegaran iman. Kebanyakkan ahli KBK terdiri daripada mereka yang berkerjaya dan berkeluarga. Namun  mereka melayani secara sukarela dalam pelayanan belia di paroki masing - masing tanpa apa - apa bayaran. Cabaran utama bagi mereka adalah dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Namun pengorbanan mereka amat luarbiasa hanya kerana ingin mendampingi belia - belia hari ini agar dapat dibentuk menjadi pemimpin generasi orang muda akan datang.

Rekoleksi dimulakan dengan pertanyaan khabar 'How are you?' dan diakhiri dengan peneguhan iman melalui artikel - artikel berkenaan dengan Hari Belia Sedunia, Panama 2019 serta berdoa antara sesama. Dalam sesi peneguhan, masing - masing memilih artikel yang menyentuh hati dan membawanya dalam renungan selama 30 - 40 minit. 







Selepas merenung, ahli tim berkumpul semula untuk berkongsi dan dalam pengongsian, rata - rata merasakan seolah - olah Bapa Suci Fransiskus sedang menujukan mesejnya kepada setiap mereka. 

"Menyatakan "Ya" kepada Tuhan bermakna bersiap untuk menerima kehidupan sebagaimana adanya, bahkan dengan kerapuhan, kesederhanaan dan konflik serta segala gangguan." - Bapa Suci Fransikus

Rekoleksi sehari selesai dan semua ahli Tim KBK merayakan persahabatan dengan fellowship yang sederhana di sebelah malam.


Pertemuan diteruskan dengan mesyuarat KBK yang ke-27 dan antara agenda yang dibincangkan adalah MCCSD 3, SYD 5 dan Temasya Belia Keuskupan Sandakan 2019. Semoga apa sahaja yang diperbincangkan dan dirancang itu semuanya tertuju kepada pembangunan iman para belia dan kemuliaan nama-Nya. Mesyuarat KBK seterusnya akan diadakan pada bulan Mei 2019 yang lebih menfokuskan kepada acara Temasya Belia Keuskupan Sandakan yang akan diadakan pada 12 sehingga 13 Ogos 2019 di Paroki St Mary, Sandakan.


Two are better than one, because they have a good return for their work; If one falls down, his friend can help him up. But pity the man who falls and has no one to help him up! Ecclesiastes 4:9-10

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent