Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 23, 2016

Pergi dan jadilah Saksi Kristus!

Artikel oleh Rogena Roger
Gambar oleh Eman


Sandakan: Seramai 71 orang calon penguatan telah menerima Minyak Urapan Krisma dalam upacara Misa Kudus Penerimaan Sakramen Penguatan yang bertempat di gereja St. Mark pada 19 November 2016. Misa kudus yang diselebran oleh Yang Mulia Uskup Julius Dusin Gitom ini bermula pada jam 10 pagi dan telah dihadiri seramai lebih kurang 300 umat. 
Dalam 71 calon yang menghadiri upacara Misa Kudus Penerimaan  Sakramen Penguatan ini, 43 calon adalah dr Gereja St Paul Ulu Dusun, manakala selebihnya adalah dari Gereja St.Mark.
Sewaktu homili, Bapa Uskup mengungkapkan rasa syukur kerana turut serta dalam Misa Kudus Penguatan ini dan beliau memberi penegasan kepada para calon penguatan dan juga kepada para umat yang hadir bahawa saat ini merupakan satu kesempatan untuk merenung bagaimana sakramen itu benar-benar dapat membantu kita sebagai umat Kristian. Beliau menjelaskan bahawa sakramen ini bukanlah semata-mata satu upacara yang harus dilalui oleh setiap umat Kristian, tetapi ianya suatu tanda untuk terus ikut serta dalam misi penginjilan agar dapat memberi kesaksian tentang iman kita. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa Sakramen Penguatan ialah suatu transisi ke arah pendewasaan kita di dalam iman. Beliau mengatakan bahawa kita seharusnya mempunyai hubungan yang mendalam dengan Kristus agar kita boleh memberi kesaksian kepada orang lain. Bapa Uskup mengakhiri homilinya dengan berharap agar para calon akan terus menyertai segala aktiviti yang dijalankan di dalam gereja, mempunyai rasa tanggungjawab, semangat kekitaan dan semoga semua calon dapat terus berjalan bersama sebagai satu keluarga.
Dalam ucapan penutup, Bapa Uskup mengucapkan tahniah kepada semua Ibu bapa, para pembimbing dan semua yang terlibat kerana telah mendorong, menyokong serta berjaya membimbing mereka sehingga menerima sakramen penguatan. Beliau juga menekankan bahawa dengan sokongan dan kerjasama antara komuniti-komuniti yg terlibat, barulah gereja dapat berkembang dengan baik. 
Selepas misa kudus berakhir, semua umat yang hadir dijemput ke dewan untuk bersama-sama dalam jamuan kesyukuran serta penyampaian sijil bagi semua penerima Sakramen Penguatan.

Ziarah Seluruh Sabah ~ Katedral St. Mary (hari pertama)

oleh Helen John

Sempena dengan Tahun Jubli Belas Kasihan, Katedral St. Mary Sandakan telah menganjurkan aktiviti ziarah untuk masuk ke pintu belas kasihan di gereja tempatan seluruh Sabah. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada umat yang tinggal di sekitar katedral, paroki Beluran, Zon Nangoh, Bukit Garam, Kunak dan Tawau. Ziarah ini berlangsung selama empat hari bermula pada  14 – 17 November 2016  dan diketuai oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan dibantu oleh Rev. Fr. Philip Muji, Diakon Christopher Ireneus, FSIC Sr. M. Lilian Unsoh, FSIC Sr. M. Martina James dan Pengerusi Majlis Pastoral Encik Pilis Malim.
Matlamat ziarah ini diadakan adalah untuk menggalakkan umat berziarah memohon belas kasihan dan pengampunan Tuhan serta untuk memperbaharui iman .
Pada hari pertama ziarah, para peserta berkumpul seawal 6 pagi di perkarangan gereja St. Joseph untuk mendengar taklimat dan berdoa bersama sebelum memulakan perjalanan. Destinasi  pertama ziarah adalah ke Gereja St. Dominic, Lahad Dato. Setibanya di sana, Rev. Fr. Simon Kontou selaku paderi paroki mengalu–alukan kehadiran para penziarah disamping menyediakan jamuan ringan.
Perjalanan diteruskan untuk melawat ke Gereja St. Peter, Kunak. Mr. Cornelius Jomol selaku pengerusi majlis pastoral dan beberapa orang kerasulan wanita katolik (Kwk) mengalu – alukan kedatangan para penziarah. Mereka turut menyediakan makan tengahari khas untuk peserta ziarah.
Selesai makan tengahari, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan Kuhara Court untuk menyimpan barang–barang sebelum menghadiri misa petang di Gereja Holy Trinity, Tawau yang diupacarakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom  dibantu oleh Rev. Fr. Philip Muji dan Diakon Christopher Ireneus. Dalam homili, bapa uskup mengingatkan  para peserta ziarah tentang apakah fokus utama semasa berziarah? Jangan berziarah semata-mata untuk mengharapkan mukjizat tetapi fokuskanlah ziarah kita pada Tuhan. Ziarah ini merupakan suatu kesempatan untuk kita mendekatkan diri pada Tuhan serta memperbaharui cinta kasih kita kepadanya dan sesama kita.
Selepas makan malam, para peserta ziarah kembali ke tempat penginapan untuk merehatkan diri masing- masing .

Tuesday, November 22, 2016

儿童弥撒

文:Sharon Yong
图:John Wong,  HTC Parish Soccom Tawau

(斗湖讯)斗湖圣三天主堂主日学与儿童圣道礼仪于2016年11月13日早上7时举行了一台儿童弥撒。儿童弥撒以一首《先寻求天主的国》为开始。主日学及儿童圣道礼仪学生参与当日弥撒的歌咏团,领经员,读经员,答唱咏,收奉献及奉献礼品。主日学与儿童圣道礼仪每年举行一次儿童弥撒的主要宗旨是培养儿童的信仰和礼仪生活,使儿童能有份参与及更深入的认识感恩祭的意义。
弥撒最后以一首礼成咏 《 人类生命的道路》 作为结束。

Monday, November 21, 2016

SANDAKAN DIOCESE CLOSES YEAR OF MERCY

Reported by DaliusLL 
Sandakan: Almost one year ago, Rev. Bishop Julius Dusin Gitom solemnised the opening of the designated Holy Door of Extraordinary Jubilee Year of Mercy 2016 for St. Mary‘s Cathedral of Sandakan Diocese. On Saturday, 19th November marked its official closing of the Extraordinary Jubilee Year of Mercy 2016. A crowd of approximately 2,000 faithful participated in the procession by walking through the Holy Door of Mercy at 5.00pm. Thereafter, the closing culminated with a Mass at 6.00pm which coincided with the Solemnity of Christ the King.
The Mass was concelebrated by the Reverends and Deacon: Fr Sunny Chung, Fr Stanley Matakim and Deacon Christopher Ireneus. They officially concluded the Holy Year with the closing of the Holy Door in the cathedral. Before the Mass began, the prelate joyfully announced the historical event of the appointment of our Malaysian bishop, His grace Anthony Soter Fernandez, Emeritus Archbishop of Kuala Lumpur, for being incardinated to the bishop of the Diocese of Rome which carries the title of a Cardinal.
In his homily, the prelate recalled that one year ago, the Holy Father proclaimed the Year of Mercy amidst so much cruelty happening around the world: discrimination, hatred, even to the extent of killing people in the name of God. Despite all of these, the Holy Father reminded us through the extraordinary Jubilee Year of Mercy that there is still hope in this world through God; our God of hope, love and mercy. The church wants to proclaim that we still have our God: the God of compassion and mercy to hold on and God who cares for all of His creations. He affirmed that it is right for each one of us to proclaim Christ as our king, the king of the universe as the solemnity of the mass implied.
At the same note, he reminded the faithful that the cross is not just a symbol, an ornament or a decoration in one’s life. We tend to forget that Jesus has willingly sacrificed his life and died on the cross to save us. The cross meant to tell us that by mere human strength and power, we cannot save ourselves, but through Jesus we can reach God and are saved. Jesus has said “to become His follower, one must take up his or her cross in their daily lives”. As we witness so many people carrying heavy crosses in the world, they in fact, need our attention to lighten their burden and suffering. The prelate called upon everyone to pray so that we will be able to carry the burden of the cross in our daily lives; to have the strength to help and lighten one another’s cross and continue to have the grace as well as the courage to share God’s mercy to others.
After the Mass, the faithful was invited to a potluck fellowship in the parish hall.

Thursday, November 17, 2016

Sesi Dialog Bersama Kerasulan Belia Paroki Sandakan

Sandakan – Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) telah meneruskan pertemuan mereka bersama Kerasulan Belia Paroki (KBP) di Keuskupan Sandakan. Dialog pada kali ini diadakan di paroki St. Mary, Sandakan pada 8hb November yang lalu. Perjumpaan ini dihadiri oleh Tim KBP sendiri dan beberapa orang belia yang berpotensi untuk menjadi ahli Tim KBP pada masa akan datang. Selain itu, turut hadir bersama adalah Sr. Lilian Unsoh. fsic selaku Pembantu Penasihat Rohani bagi tim KBP paroki Sandakan.


Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertemu, melihat keperluan dan mendengar pengalaman mereka terutama sekali di dalam pelayanan sebagai pemimpin belia Paroki.

Perjumpaan bermula kira-kira jam 8 malam dimulai dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Sr. Lilian di ikuti dengan perkongsian mengenai kegembiraan dan cabaran mereka semasa melayani sebagai tim KBP.



Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri. Walaupun pengalaman mereka berbeza namun satu perkara yang mereka semua alami iaitu persahabatan dan berjalan bersama meskipun dikalangan mereka ini berlainan kaum. 

Selain itu, ada di antara mereka yang dapat belajar banyak pengalaman baru. Contohnya seperti, dapat berpeluang untuk menjadi penganjur buat pertama kalinya untuk program belia di gereja, menjadi berani dan lebih berfikiran terbuka serta merasa disayangi dan diterima dalam tim. “Feel the love of God through the others that is blessing” kata seorang  daripada mereka.



Namun, mereka juga menghadapi cabaran semasa melayani. Kebanyakan mereka mempunyai kesukaran dalam membahagikan masa. Di mana mereka perlu berikan masa untuk keluarga, kerja dan diri sendiri. 

Selain itu, ada dikalangan mereka yang kurang keyakinan dalam diri dan sentiasa perlukan motivasi untuk terus kuat. 

Ada pula antara mereka yang mempunyai kesukaran untuk mengikuti program atau mesyuarat kerana tidak mempunyai kenderaan. Mujurlah ada rakan-rakan yang memahami, selalu bermurah hati untuk menghantar mereka pulang. 

Adakalanya fokus pelayanan itu tidak berdasarkan kepada Yesus kerana menjadi kebiasaan untuk melayani maka pelayanan itu lebih dirasakan sebagai satu kerja yang perlu diselesaikan.

Perkara yang paling mencabar bagi mereka adalah salah faham terutama sekali komunikasi. Sememangnya ini merupakan cabaran yang sering kali di hadapi oleh para pemimpin walau dimana pun pelayanan mereka. 

Walaubagaimana pun, setiap cabaran itu boleh ditangani, diselesaikan dan diperbaiki dengan cara yang baik. Yang penting ruang dan masa diperuntukan untuk berdialog agar setiap orang dapat didengari dan diterima tanpa dihakimi agar persefahaman dapat dicapai.


(Bergambar bersama Tim KBP, Sister Lilian dan Komisi KBK)

Komisi KBK Sandakan akan meneruskan sesi pertemuan dan dialog bersama KBP Our Lady Of Fatima, Beluran pada tanggal 11 November 2016.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent