Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 20, 2015

堂區一連串的節目

(山打根訊) 為慶祝聖瑪莉主教座堂建堂132週年,堂區于8月14日至16日,一連三天舉辦各項活動,並特別安排了玫瑰經大會(Rosary Rally)讓各堂區小組帶領教友們積極地參與盛會。

8月14日晚上7.30,“泰澤祈禱”為堂慶慶祝揭開序幕。
8月15日早上6.00,“玫瑰經大會”開幕彌撒後,即由各語文小組12小時不間斷誦唸玫瑰經至傍晚。中文組一馬當先,負責誦唸首時段(早上6.45時至早上7.45時)的玫瑰經。

當天傍晚6時,眾教友齊聚于活動中心進行為聖母加冕,隨後四位男教友抬著聖母像遊行至聖母洞前,爾後聖母像慢慢被升起至聖母洞內,隨即開始聖母升天彌撒。

教友們踴躍參與以華巫英三語進行的露天彌撒。精心布置的祭台,聖母洞前人頭洶湧、使得當晚的氣氛熱鬧且莊嚴。彌撒由主教主祭,三位神父和執事也齊聚一堂,一起慶祝聖母升天的大日子。

8月16日早上8.30時,當天只有一台三語彌撒。彌撒後是一系列的活動如各小組的照片展覽、攀登聖母山比賽及Marian填色和畫畫比賽等,食堂也有售賣食物,好不熱鬧。

8月同時也是鍾勝利神父晉鐸5周年。因此當晚的堂慶煲樂聚餐,也同時慶祝鍾神父晉鐸周年。所有出席的教友于當天傍晚6.30時攜帶拿手好菜,齊集活動中心,觀賞由各小組精心准備的才藝表演並享用美味佳肴。

當晚的節目有服裝表演、歌舞、默劇表演和彩票抽獎,同時也頒發各項比賽獎項。中文組兩位代表:前華協顧問陳興勛兄弟榮獲“團體長期服務獎”及盧姵伶姐妹榮獲“瑪莉服務獎”。而華協青年團則以一出精彩的默劇表演贏得了當晚才藝表演的冠軍寶座。

132周年堂慶暨第三屆玫瑰經大會在教會各小組領導人及教友的通力合作下順利完成。而眾人也在參與一系列的活動中獲益良多。冀望藉此讓大家深思並體驗天主的無限恩寵,讓我們都能在信德和愛德中更進一步。阿肋路亞!

文:楊玉娟
圖:黄士南,戴维邦,陈仪鸣


























Wednesday, August 19, 2015

Perkongsian daripada Vannessa Julian, Peserta Retret Tahunan OFS dari Katedral St Mary, Sandakan

Shalom dan salam damai!
Saya berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada Tuhan Yesus kerana di beri peluang untuk berkongsi pengalaman pertama saya menyertai retret tahunan Order Fransiskan Sekular (OFS ).
Pada mulanya, saya tidak mengerti akan panggilan Tuhan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga OFS. Namun, apabila saya di fahamkan bahawa Fraterniti Katedral St Mary akan menjadi penganjur retret pada tahun ini, saya merasakan ini adalah peluang yang diberikan kepada saya sebagai seorang belia untuk merenung sejauh mana komitmen pelayanan saya sambil mengalami cinta kasihNya.

Sepanjang 3 hari retret ini berjalan, saya berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dan saya sangat tertarik dengan sesi yang di berikan oleh Fr Michael Teng. Ini mendorong saya untuk melihat lebih jauh apakah saya mempunyai ciri-ciri kehidupan seperti Santo Fransiskus Assisi sebagai anggota OFS.
Selain itu, kesatuan doa dapat saya rasakan ketika berdoa Rosari di Bukit Maria sambil menikmati alam sekitar bersama dengan keluarga OFS.
Sesi 'Franciscan Joy' sesungguhnya menghidupkan lagi tema retret pada tahun ini iaitu “Persaudaraan : Elemen Penting Dalam Kehidupan Seorang Fransiskan.” Semasa Franciscan Joy, secara peribadi saya tersentuh dengan suasana persaudaraan yang diciptakan di dalam keluarga OFS tanpa mengenal usia melalui persembahan-persembahan dari setiap fraterniti.
Sukar untuk saya ungkapkan perasaan gembira dan bersyukur sepanjang mengikuti retret ini kerana cinta kasihNya yang saya alami dan ia merupakan pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan. Sebagai pemerhati dalam keluarga Fransiskan, hanya doa dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara dan saudari terutama sekali dari Fraterniti Katedral St Mary kerana telah menerima dan membimbing saya di dalam keluarga baru ini. Tidak dinafikan kerinduan terhadap keluarga besar OFS sudah mulai timbul di hati ini, tetapi saya yakin di dalam doa, kita bersatu dan semoga kita berjumpa lagi di retret seterusnya di Labuan. 
Tuhan memberkati!

PERKONGSIAN DARIPADA BRO. JUSTINE, Peserta Retret Tahunan OFS

Shalom dan salam damai! Tuhan Yesus beserta kita semua. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana dengan rahmat dan kuasaNya, saya diberi kesempatan untuk menyertai Retret Tahunan Order Fransiskan Sekular (OFS).
Walaupun retret ini terasa begitu singkat, namun secara peribadi ia telah meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan . Saya amat tertarik dengan sesi yang disampaikan oleh Fr. Micheal Teng (OFM). Selaras dan selari dengan tema pada tahun ini, ia membantu saya untuk menyesuaikan diri di dalam persaudaraan Fransiskan ini.
Saya juga merasa tersentuh kerena buat pertama kali, saya dapat melakukan doa ibadat harian bersama  keluarga Fransiskan dalam jumlah yang besar. Saya dapat merasakan kesatuan keluarga Fransiskan yang sangat utuh.

Pada malam "Franciscan Joy" iaitu acara kemuncak yang sangat menghiburkan. Setiap fraterniti dapat menunjukkan bakat dan anugerah masing-masing tanpa mengenal usia tua mahupun muda. Sekali lagi, saya merasakan kesatuan dan cinta kasih Tuhan dalam keluarga Fransiskan ini. Saya merasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana dapat menyertai retret ini. 

Semoga kita bertemu kembali retret tahunan 2016 di Labuan. 

"Great things have we promised, greater things are promised to us."

Tuesday, August 18, 2015

INDONESIAN PASTORAL COMMUNITY CELEBRATES INDONESIA PROCLAMATION DAY AT HOLY TRINITY PARISH TAWAU.

Article by Julita Kantod and photos by
Julita K, John Wong and Cyril  Thomas
Tawau  :  The IPC ( Indonesian Pastoral Community ) celebrated their 70th Indonesian Proclamation Day with a Thanksgiving Mass on 16th August 2015 which was also the Feast of the Assumption of our Lady during the 9.00 am Bahasa Malaysia Mass.
The Indonesian migrant community, which formed  a major portion of  the congregation of Holy Trinity Church Tawau, has never failed to observe their national independent day. The spirit of patriotism and love of their country runs high in them.
Most members are engaged in the plantation sector while some are employed in small-medium industries and poultry farms. The women work as house maids and shop assistants.
After Mass, parishioners adjourned to the Parish Hall for a luncheon fellowship and some entertainment. Some 800 Indonesian and local parishioners attended the event.
Gabriel Muda, the newly elected IPC Chairman extended his gratitude to all the Indonesian parishioners for their unending support and strong teamwork in making the event  a grand success. In his very touching speech,  he addressed  the crowd with his humble words. 'We are the nomads, migrants in a foreign country. We must endeavor to remain united to preserve peace and understanding among us all. Without genuine commitment we are not able to provide the best of service in terms of our  jobs and the church. Seeking a living in a foreign country reminds us that we must be grateful to God for the opportunity granted us.
He added that the migrant school has contributed much compared to what they have expected. Children of migrant workers have the opportunity to attend school and many have excelled in public exam and are now pursuing higher education in Indonesia. He expressed his appreciation to Holy Trinity Parish for the many facilities extended to the Indonesian  community, pastoral care and  outreach program  to help  and guide them towards a better spiritual life. 
He concluded his speech by thanking all other communities for journeying with them. He said, 'We are happy to be given the opportunity to serve in the parish in the various ministries.'
Fr. Johnny Raju, the assistant rector, in his address said, "Having a good relationship with God must be translated to a wonderful relationship with others. We see others in the eyes of God, so that we do not have to judge them but to accept them as one of our brothers and sisters. As we celebrate today the Feast of Assumption, let us all honor our Mother Mary for her intercessions. Let us continue to pray for peace and protection. No one can ever be compared to our Mother Mary. She is the mother of the Church and  our mother. She prays for all of us and her prayers are for our salvation." 
He continued to say, "As one of the biggest community in this church, let your service be pure and full of humility. We acknowledge your presence in our midst and let us journey together to build the beautiful people of God."
The program proceeded with the cutting of the 70th Anniversary Indonesia Independent Day cake. Performances were presented by the BECs , Migrant School and the IPC main committee.

Retreat Tahunan OFS ~ Hari Kedua (1hb Ogos 2015)

Oleh Helen John
Sandakan - Pada hari kedua Retret Tahunan OFS, 1hb Ogos 2015 dimulakan dengan doa pagi yang dipimpin oleh Fraterniti Holy Rosary, Limbahau.

Dalam sesi pertama yang dimulakan oleh Fr . Michael Teng, beliau mengulas bagaimana sesebuah fraterniti dimulakan dan apakah yang harus dilakukan sebelum memilih ahli ke dalam sesebuah fraterniti.


Semasa zaman Yesus, kedua belas rasul merupakan anggota dalam fraternitinya. Dinyatakan dalam Alkitab bahawa Yesus berdoa sepanjang malam sebelum memilih kedua belas rasulnya. Kita juga harus melakukan hal yang sama sebelum mengambil ahli baru dalam keluarga Fransiskan agar panggilan mereka akan lebih sungguh dan teguh.
Sebagai seorang Fransiskan, kita juga harus setia untuk mengikuti ajaran Yesus Kristus melalui teladan Santo Fransiskus dari Assisi. Pada akhir sesi pertama perbincangan diadakan dalam beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan, "ciri-ciri untuk menjadi seorang Fransiskan."
Sesi kedua dimulakan dengan penerangan oleh Fr. Micheal Teng berhubung dengan ciri-ciri seorang yang tidak boleh mengikuti Order Fransiskan Sekular (OFS ) :

1.  bukan Katolik

2.  seorang yang tidak mau hidup berkomuniti dan berkumpulan

3.  seorang yang bermasalah contoh orang yang suka bergaduh, pemarah dll.

4.  seorang yang ada tujuan yang tidak baik contoh untuk mengelak dari masalah keluarga , kewangan dll

5.  seorang yang suka bergosip menyebarkan fitnah

6.  seorang yang tidak mau terima bantuan orang lain dari segi iman

7.  seorang yang suka akan pangkat

Berbeza pula, sekiranya ada ahli keluarga yang bermasaalah, kita sebagai anggota keluarga di dalam fraterniti haruslah mengambil langkah yang wajar dalam semangat persaudaraan Order Fransiskan Sekular ( OFS ) untuk membantu mereka.


Pada jam 2.00 pm aktiviti diteruskan dengan berdoa rosari secara berkumpulan di atas Bukit Maria sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selesai turun dari bukit semua peserta retret bersiap-siap untuk menghadiri misa petang yang diupacarakan oleh Bapa Uskup Julius Gitom dibantu oleh Fr Michael Teng dan Deakon Stanley M. bersama- sama umat di Katedral St. Mary, Sandakan.
Pada waktu malam hari, selepas sahaja makan malam acara "Franciscan Joy" dimulakan. Setiap fraterniti dapat menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam tarian maupun nyanyian. Aktiviti ini sangat menghiburkan semua peserta. 

Sunday, August 16, 2015

PERTEMUAN BELIA BULANAN

Oleh Sylvia Edyson
Kodinator YMG
Tawau : Kerasulan Belia Paroki Gereja Holy Trinity Tawau telah berjaya menganjurkan Petemuan Belia Paroki (YMG - Youth Monthly Gathering) yang ke-5 tahun ini yang turut merupakan kali yang ke-37 sejak ianya dimulakan pada tahun 2012.
Aktiviti ini telah diadakan pada 9 Ogos 2015 bertempat di Bilik Atas Dewan Paroki yang dihadiri oleh seramai 73 orang belia termasuk tim pelaksana dan penceramah jemputan. Aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema-tema tertentu yang dipilih atas bimbingan rohani diselaraskan oleh Sr. Anita Philip.
Objektif pertemuan kali ini adalah untuk mengenali sejarah dan fungsi karismatik Gereja Katolik.
YMG kali ini bertemakan 'Karismatik Dalam Gereja Katolik.' Ceramah ini di sampaikan oleh Saudara Francis Kamuntah di bantu oleh Saudari Magrina Kiob yang merupakan antara umat dan ahli yang bergiat aktif dalam Karismatik di Gereja ini.
Program YMG ini menyediakan beberapa aktiviti yang bermula dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3.00 petang termasuklah input–input rohani yang amat berguna kepada belia masa kini.
Antara input yang disampaikan saudara Francis Kamuntah :
·         Ringkasan sejarah, fungsi, kepentingan dan buah-buah Karismatik
·         Pengenalan umum tentang Bahasa Roh, Exorcism, Deliverance,   Penumpangan Tangan dan Penyembuhan
Perkongsian yang diberikan oleh Saudari Magrina Kiob :
·         Input rohani diakhiri dengan tayangan video tentang kesaksian aktiviti Doa Pengusiran yang dilakukan oleh Paderi Katolik.
·         Realiti dan kesedaran dikalangan belia Katolik yang suka atau sudah terpengaruh dengan filem-filem seram/exorcism yang tidak benar
Selain dari program ini, juga diadakan sesi  persediaan dan pembentukan iman bagi para belia  untuk menghadapi Hari Belia Sabah yang akan di adakan di Paroki ini tahun hadapan. Dengan ini tim promosi SYD turut menyumbangkan informasi tentang sambutan program SYD ini.
Pada dasarnya program ini telah banyak menyumbang kepada pembentukan belia secara peribadi dan secara berkomuniti melalui interaksi yang sihat. Ia juga merupakan satu landasan memperdalamkan fahaman belia tentang iman Katolik dan Gereja.
Ramai di antara belia yang pernah bergiat aktif dalam program ini, kini menjadi fasilitator-fasilitator yang berkeyakinan. Mereka mempunyai pengalaman iman yang mampu membuat mereka berani untuk kongsikan pengalaman hidup mereka.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent