Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 23, 2019

DUA SEKOLAH MISI DI SANDAKAN TELAH MEWAKILI PERTANDINGAN KUIZ BIBLE KNOWLEDGE PERINGKAT KEBANGSAAN

Photo dan Laporan oleh Jamini Francis 


Petaling Jaya: Pada 3 Ogos 2019 (Sabtu), pertandingan Kuiz Bible Knowledge Peringkat Kebangsaan telah diadakan di SMJK Katholik, Petaling Jaya.
Dua pasukan daripada SMK Konven St. Cecilia, Sandakan adalah antara sekolah yang telah menjadi wakil Sabah dalam Pertandingan SPM Bible Knowledge Quiz. Semasa pertandingan di peringkat Negeri di SM Lok Yuk Kota Kinabalu pada 29 Jun lalu, pasukan SMK Konven St. Cecilia telah menghantar 5 pasukan dan 2 pasukan telah mendapat tempat kedua dan ketiga sehingga melayakkan kedua-dua pasukan bertanding ke peringkat kebangsaan. Penglibatan SMK Konven St. Cecilia  ke peringkat kebangsaan merupakan kali ke-3 sejak tahun 2017.
Di tapak perhimpunan sebelum mula
Acara dimulai dengan doa pembukaan oleh Rev. Fr. Alvin Ho disusuli ucapan alu-aluan oleh Ms. Moey Yoke Lai (Pengerusi Malayan Christian Schools’ Council). Seramai lebih kurang 400 penyertaan dalam ‘BK19 Quiz’ dan 24 kumpulan dalam ‘SPM Bible Knowledge Quiz’. Turut hadir bersama adalah Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching. Dalam ucapan, beliau menyatakan sokongan beliau terhadap subjek Bible Knowledge dalam peperiksaan SPM. Beliau berharap agar ramai pelajar akan mengambil dan menduduki peperiksaan SPM dalam subjek tersebut.  Selesai ucapan, acara diteruskan dengan aktiviti “Puji-Pujian” dan gambar bersama.
Team Sandakan bersama Penyelaras Kuiz Ms Sakunamary dan Most. Rev. Julian Leow, Uskup Agung, Keuskupan Kuala Lumpur)
Starr Hiew dan Crissy Albert  Liow ( Tempat Ke-6)  
Pertandingan dimulai jam 9.00 pagi. Kuiz SPM BK Oral diadakan di dewan Brother Phillipe Wu. Kuiz BK19 diadakan di 10 kelas yang telah diagihkan mengikut tingkatan.
Hasil keputusan, dua pasukan SMK Konven St. Cecilia hanya mendapat tempat ke-6 dan tempat ke-14 daripada 24 pasukan. Ini merupakan satu pencapaian terbaik sejak tahun 2017. Pasukan yang mendapat tempat ke-6 diwakili oleh Starr Hiew dan Crissy Albert Liow. Manakala pasukan yang mendapat tempat  ke-14 diwakili oleh Evelyn Aguinaldo dan Yvonne Isabel Chong. Sekolah SM St. Patrick, Tawau julung kali telah meraih Johan dan ini merupakan juga pertama kali Sabah menjadi juara bagi SPM Bible Knowledge Oral Quiz.
Team Sabah (Tawau , Labuan, Sandakan)
Chrisly Albert Liow menerima piala BK19 Quiz, naib johan keseluruhan Tingkatan 2

Manakala bagi SMK St. Mary telah menghantar satu wakil mengikuti pertandingan ‘BK19 Quiz’. Pelajar bernama Chrisly Albert Liow dengan sokongan pihak sekolah telah didaftarkan untuk mengikuti pertandingan tersebut. Akhirnya telah berjaya mendapat tempat kedua terbaik dalam tingkatan dua keseluruhan.
Team Sandakan bersama Ketua Penyelaras Bible Knowledge, Ms Sakunamary

Kedua-dua sekolah misi ini telah diiringi oleh seorang guru iaitu Cikgu Jamini Francis daripada SMK Konven St. Cecilia. Sokongan daripada ibubapa, pihak sekolah, pihak PIBG, Lembaga Sekolah daripada sekolah misi yang lain banyak membantu kedua-dua sekolah menyertai pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Bersama dengan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching (ketiga dari kanan), Chairman Malayan Christian Schools’ Council, Ms Moey Yoke Lai (keempat dari kanan), National Coodinator Ms. Sakunamary (kelima dari kanan), Rev. Father Alvin Ho (pertama dari kanan) dan ahli jawatankuasa lain.

 Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Teo Nie Ching berjumpa dengan pelajar kuiz.

Diakhir majlis, penyampaian sijil dan piala diadakan di dewan Brother Phillipe Wu SMJK Katholik, Petaling Jaya. Acara ditutup dengan doa yang dipimpin oleh Archbishop Julian Leow.
Gambar bersama Ajk dan para pelajar yang menyertai kuiz

Ucapan terimakasih kepada YB Vivian Shir Yee (Ahli Parlimen Sandakan), Pengerusi Lembaga Sekolah SMK Konven St. Cecilia, Pn. Cecelia Polo, dan Pengerusi Lembaga Sekolah SK St. Mary’s Convent, Pn. Rose Solibun kerana telah memberi sumbangan kewangan kepada SMK Konven St. Cecilia bagi tahun 2019. Tidak lupa juga sokongan moral dan bantuan mencari dana yang berterusan daripada pihak pentadbir SMK Konven St. Cecilia, pimpinan Encik SooTian Hock, Pengetua SMK Konven St. Cecilia serta Yang DiPertua PIBG SMK Konven St. Cecilia, Dr. Peter Jr. Naintin. Akhir sekali kepada Pejabat Paroki Katedral St. Mary, pimpinan Rev. Fr. David A Garaman. Sokongan yang kuat keatas program ini telah merealisasikan pelajar dapat menyertai pertandingan kuiz bible knowledge ke peringkat seterusnya. Terima kasih dan Tuhan memberkati.
Pelajar menerima Sijil Penyertaan Kebangsaan 23rd National SPM Bible Knowledge Quiz 2019

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent