Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 24, 2019

LAWATAN PASTORAL REV. FR. DAVID A. GARAMAN KE KKD ST. BENEDICT

(Photo : Team KKD St. Benedict , Laporan : Lucy Francis)

Sandakan, 16 Julai 2019 - Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar (KKD) akan diadakan dalam dua bulan sekali. Pada kali ini, KKD St. Benedict telah mengadakan pertemuan di kediaman sdra. Primus Rajatin, Taman Sejati Ujana. Pertemuan ini telah dihadiri lebih kurang 50 ahli KKD bersama dengan Paderi Paroki, Rev. Fr. David Garaman.
Ucapan daripada Rev. Fr. David
Ucapan Pengerusi KKD St. Benedict. Pn. Paulina Francis
Acara dimulakan dengan doa pembukaan daripada Rev. Fr. David dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KKD St. Benedict, Pn. Paulina Francis. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran Rev. Fr. David di KKD St. Benedict dan berterima kasih kepada semua warga KKD yang menaruh kepercayaan dan sokongan terhadap program yang dilaksanakan. Di samping itu, Pn Paulina turut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah saudara Primus Rajatin yang telah memberi ruang untuk berkumpul dalam lawatan ini.

 Umat  membaca doa Salam Maria semasa Pemberkatan rumah
Selesai sahaja ucapan dari Pn. Paulina, “Sesi 7 langkah Perkongsian Alkitab” dimulakan dan dipimpin oleh Encik Matius Sodomon. Bacaan Firman Tuhan yang dipetik adalah daripada Bacaan Injil (Mat. 11 : 20–24). Beberapa ahli KKD telah mengongsikan Firman Tuhan yang telah menyentuh hati masing-masing, Selanjutnya, Rev. Fr. David telah memberi satu rumusan tentang perkongsian yang diberikan. Diakhir sesi, Fr. David A. Garaman telah menyampaikan kata-kata semangat kepada semua ahli KKD yang hadir bahawa Tuhan tetap hadir di setiap peribadi masing-masing. “Roh Kudus sentiasa memberi inspirasi secara peribadi dan biasanya Tuhan mahu berbicara melalui renungan kita masing-masing”. Perkongsian sesama dan rumusan daripada Rev. Fr. David telah memberi pengajaran dan iktibar dalam diri masing-masing. 
Pemberkatan barang Kudus
Sambutan Harijadi Rev. Fr. David A Garaman
Setelah itu, Rev. Fr. David memberkati barangan kudus serta rumah saudara Primus Rajatin disusuli dengan acara bergambar bersama warga KKD St. Benedict. Acara kejutan pada malam itu ialah merayakan ulang tahun kelahiran Rev. Fr. David. Acara santai dengan berinteraksi sesama umat dan Rev. Fr. David diteruskan sambil menikmati makan malam yang disediakan.

Lawatan diakhiri dengan memberi sumbangan kasih kepada Rev. Fr. David A. Garaman. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pn. Paulina Francis dengan diiringi Timbalan Pengerusi KKD St. Benedict, Encik Matius Sodomon. Acara selesai sekitar jam 10.00 malam.
Rev. Fr. David dan AJK KKD St. Benedict bersama ahli keluarga Encik Primus Rajatin
 Sumbangan kasih disampaikan kepada Rev. Fr. David oleh Pn. Paulina Francis diiringi Encik Matius Sodomon

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent