Jurugambar: Keylock
St Mark, Sandakan –
Seminar Keluarga yang bertemakan Sukacita Dalam Kasih Keluarga telah diadakan
pada 29 – 30 Jun 2019 bertempat di Dewan Gereja St Mark, Sandakan. Program ini selaras dengan Visi dan Misi Keuskupan
Sandakan iaitu memupuk nilai-nilai kekeluargaan. Program ini adalah anjuran daripada Komisi
Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan dengan kerjasama Kementerian
Pembangunan Masyarakat dan Pengguna.
Objektif program
ini adalah memberi kesedaran kepada ibubapa serta anak-anak mengenai peranan
masing-masing untuk saling menghargai dan mengeratkan hubungan dalam keluarga,
menyemai sikap saling menyayangi dan menghormati nilai-nilai murni keluarga
serta memupuk sikap berkomunikasi dengan lebih terbuka dan sikap percaya di
dalam keluarga.
Pada hari pertama, seawal
jam 6.30 pagi pendaftaran peserta telah dibuka.
Seramai 150 orang termasuk AJK telah hadir ke program ini. Program dimulakan dengan Pentakhtaan Alkitab
dan suaikenal.
Pn. Helena Salati menyampaikan
ceramah yang bertajuk Komunikasi dan Peranannya Dalam Keluarga di sesi yang
kedua.
Selesai sesi 1 dan 2, sesi bengkel dan pembentangan
dikendalikan oleh Encik Lawrence Matusin di mana aktiviti berkumpulan ini
dibahagikan kepada 6 kategori iaitu kumpulan ibu, bapa, belia 18 tahun ke atas,
remaja 16 – 17 tahun, 12 – 15 tahun dan 11 tahun ke bawah.
Aktiviti
berkumpulan dan sesi pembentangan
Ceramah sesi ke 5 yang
bertajuk Keibubapaan Cemerlang disampaikan oleh pasangan suami isteri iaitu En
Cesar Siruno, Pengerusi Komiti Keluarga Katedral St. Mary’s Sandakan dan Pn. Eva
Siruno, Penyelaras Komisi Keluarga Keuskupan Sandakan.
Pada hari kedua,
program dimulakan dengan doa pagi dan sesi perdamaian di mana semua ahli
keluarga saling bermaafan dengan membawa lilin sebagai tanda cahaya dan
harapan.
Semua peserta
program mengikuti Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr Christopher Ireneus
pada jam 9.00 pagi. Dalam homili, beliau
turut berkongsi sedikit sebanyak berkenaan keluarga, ekaristi dan perjamuan
syurgawi. Setelah selesai Misa, program
diteruskan dengan mengisi borang penilaian, jamuan tengahari dan sesi
perkongsian daripada peserta. Program
berakhir lebih kurang jam 3.00 petang dengan doa penutup oleh En. Dimeh Koyopo
dan gotong royong membersihkan tempat.
Penyampaian cenderahati
kepada semua Penceramah
Useful article, thank you for sharing the article!!!
ReplyDeleteWebsite bloggiaidap247.com và website blogcothebanchuabiet.com giúp bạn giải đáp mọi thắc mắc.
fila disruptor 2
ReplyDeletelouboutin shoes
nike air max 2019
nike off white
cheap jordan shoes
christian louboutin shoes
yeezys
golden goose
louboutin outlet
goyard