Teks dan gambar oleh:
Tim Publisiti dan Dokumentasi dan Urusetia MOT
SANDAKAN: “Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku
menurut perkataanMu” - Lukas 1: 38 merupakan tema bagi program Temasya Belia
Keuskupan (TBK) Sandakan yang pertama kali diadakan pada 12 hingga 16 Ogos
2019. Program selama lima hari ini telah
berlangsung di Katedral St. Mary, Sandakan.
Terdahulu, pada 10 Ogos 2019 bertempat di Bilik Persidangan Paroki, TBK dimulakan dengan Taklimat Penyediaan Makanan yang dihadiri lebih kurang 50 peserta telah disampaikan oleh En. Mohd Yahaya Muslim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan diiringi oleh Dr. Vijay Govindan Denis Eswar, Ketua Unit Kesihatan Awam, Hospital Duchess of Kent, Sandakan serta dibantu oleh Wesmar Joseph, ‘Associate Member’ Persatuan Jururawat Katolik.
Taklimat tersebut diadakan bagi memastikan penyediaan dan kualiti makanan sepanjang TBK berlangsung terjamin. Sesi tersebut sangat bermanfaat kepada semua yang terlibat dalam penyediaan makanan khusus untuk para peserta TBK termasuklah jemputan pengusaha kantin di Katedral St. Mary, Sandakan, Gereja St. Mark, Batu 12 dan Kapela St. Petrus, Sg. Manila.
Kelihatan Cris Aban, Pembantu Kordinator 1 PYA merangkap Pembantu
Kordinator LOT TBK menyampaikan Sijil Penghargaan kepada En. Mohd Yahaya
Muslim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Duchess of Kent,
Sandakan
Cris Aban menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Dr. Vijay Govindan
Denis Eswar, Ketua Unit Kesihatan Awam, Hospital Duchess of Kent
Hari pertama TBK dimulakan dengan pendaftaran para peserta
dari seluruh Keuskupan Sandakan, juga jemputan daripada Keuskupan Kota Kinabalu
dan Tanjung Selor. Walk in registration bagi peserta dan juga kedatangan
pelawat yang ingin mengikuti sesi dalam TBK ini juga diterima, mengikut syarat
yang telah ditetapkan. Oleh itu, jumlah peserta telah mencapai 314 peserta
termasuk pelawat, dan penganjur pula seramai 111 orang. Kontingen yang telah
selesai membuat pendaftaran dan diberi taklimat, mengambil peluang untuk
mendaki Bukit Maria dan berdoa Rosari di sana.
Sesi Pendaftaran Peserta
Doa rosari di bukit maria
Seterusnya, merupakan Pre-Welcoming TBK dengan lagu-lagu pujian dan penyembahan serta sesi ice-breaking melalui pelbagai games yang menggalakkan peserta untuk saling mengenali antara sesama.
Peserta menari dan menyanyi lagu pujian
Peserta bermain Games belon
Tepat pada pukul 7.30 petang, semua peserta dan umat pelbagai kaum bersama merayakan iman Katolik dalam Misa Kudus Pembukaan oleh Rev. Fr Dafrinn Diwol dan bersama-sama dalam Welcoming Concert TBK. Dalam acara Welcoming Concert TBK ini, gimik pembuka tirai TBK dilancarkan melalui Larian Obor Temasya secara bergilir oleh para Paderi. Larian Obor Temasya ini dimulakan oleh Fr Dafrinn Diwol, Fr Sunny Chung, Fr Christopher Ireneus dan berakhir dengan nyalaan Api TBK oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Setelah nyalaan Api TBK ini, maka bermulalah TBK dengan rasminya. Acara diteruskan dengan pelbagai persembahan berunsurkan etnik dan moden, persembahan pengenalan daripada setiap kontingen dan konsert lagu-lagu rohani khususnya lagu tema TBK.
Misa kudus pembukaan
Bapa Uskup Julius
menyalakan kawah obor TBK
Para belia dibentuk dan diinspirasikan oleh Bonda
Maria melalui lima Sesi Katekesis serta pelbagai program bermula hari kedua
sehingga hari kelima. Bagi sesi
katekesis, belia dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut peringkat umur dan
kumpulan belia cina. Antara sesi katekesis yang dikongsikan, termasuklah;
1. Bonda Maria-Saya
2. Bonda Maria-Misi dalam Keluarga
3. Bonda Maria dan Misinya membawa Kristus ke
Dunia
4. Ekaristi Kemuncak Hidup Kristiani
5. Hidup Adalah Misi
Antara input
secara menyeluruh daripada sesi ini, ialah para belia dapat mengenali Bonda
Maria dengan lebih mendalam, diinspirasikan oleh Bonda Maria yang berani
menyahut panggilan dan setia dalam pengorbanan untuk menjalankan misinya
membawa Kristus ke dunia sampai ke akhirnya. Meneladani Bonda Maria untuk
membawa Kristus kepada dunia melalui kehidupan peribadi yang memancarkan
Kristus kepada orang lain. Perayaan
Ekaristi membentuk peribadi seseorang semakin menjadi seperti Kristus yang
memberikan diriNya dipecah-pecahkan dan hidupNya diberikan kepada semua orang,
agar memperoleh hidup. We are taken,
blessed, broken to be share to all. Hidup
adalah satu misi, “Kita adalah Alkitab
yang hidup, iaitu yang boleh dilihat dan didengar oleh orang lain.”
Gambar semasa sesi – sesi berlangsung
Antara program yang diikuti para belia pula, termasuklah;
Doa Pagi
Dalam doa setiap pagi, para
belia berpeluang untuk membaca Firman Tuhan, mendoakan sesama rakan sekumpulan,
saat hening dan berdoa dalam pergerakan, iaitu body prayer.
Perkongsian doa (Peserta mendoakan sesama).
Peserta berdoa melalui meditatif
dan kompletif.
Body Prayer (Peserta
berdoa melalui pergerakan tubuh badan)
Time Of Life
Sesi ini dijalankan setiap
hari dan sebelum bermulanya sesi katekesis. Selain lagu-lagu pujian dan penyembahan, para belia juga berpeluang
bermain games.
Sesi time of life
Jalan
Salib
Doa
Jalan Salib yang dikendalikan oleh Paroki Lahad Datu ini dinamakan Shadow Art yang dijalankan secara statik
di hadapan gereja. Jalan Salib ini menggunakan
lakonan bayang-bayang pada layar putih seperti wayang kulit untuk setiap
peristiwa sengsara Tuhan Yesus.
Shadow art – Jalan salib
I Am On Mission!
Para belia dibahagikan
kepada 11 kumpulan untuk melakukan misi di pelbagai tempat yang berlainan. Antara tempat yang telah dilawati semasa bermisi,
ialah Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Rumah Warga Tua Sri Harapan,
Persatuan Hospis Sandakan, The Society
for the Prevention of Cruelty to Animals(SPCA) Sandakan, Pusat Pembelajaran
Masyarakat CLC, Kompleks Penyayang Taman Cahaya(Pusat Latihan Kemahiran Bagi
Orang Buta), Sekolah Tanah Hitam(Stateless
School), Ruth Camba @ Kg.Lembaga, Elpedia Ricablanca, PPRT Lintas Sibuga
dan Katedral St. Mary Sandakan. Aktiviti
misi yang telah dijalankan, termasuklah gotong royong membersihkan kawasan,
mencat, menanam pokok, mempromosikan kedai The
Treasure Shop membeli sambil menderma di Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang
Upaya, memberi makan dan memandikan anjing, membersihkan longkang dan sesi
perkongsian.
Gambar – gambar
semasa program ‘I am on mission’
Adorasi dan Taize
Adorasi dan Doa Taize
ini dijalankan pada malam hari ketiga dan dikendalikan oleh Paroki Telupid.
Gambar ketika
doa Taize berlangsung
Mari Kita Bertemasya!
“Mari
Kita Bertemasya” merupakan aktiviti sukan untuk para belia yang dilaksanakan di
Padang Bandaran Sandakan. Acara
dimulakan dengan doa pagi Body Prayer,
Tarian Zumba, gimik Sukan Temasya dan acara sukan Temasya. Gimik Sukan Temasya telah disempurnakan oleh
Rev. Fr. David A. Garaman dengan meletupkan belon banner Temasya menggunakan
tiupan sumpit Sarawak. Dengan itu,
bermulalah acara sukan Temasya. Para
belia telah dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut nama Santo dan Santa. Kumpulan yang dibahagikan ini telah menggabungkan
pelbagai peringkat umur, jantina dan kaum untuk bersama-sama bertemasya. Acara sukan Temasya ini sangat menaikkan
semangat berpasukan di samping mengeratkan hubungan seiman dalam kalangan belia. Antara acara Temasya yang telah berlangsung,
ialah lari ikat kaki pasangan (100m), lari dalam guni (100m), lumba kepit
belon, ketam – ketam, dan banyak lagi. Sukan Temasya berakhir dengan acara
penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar.
Gambar – gambar
kemeriahan suasana ketika sukan temasya di padang bandaran Sandakan
Malam Tematik
Malam
Tematik merupakan malam terakhir bagi para belia. Para belia disajikan dengan praise and worship yang berterusan,
persembahan daripada Paroki Beluran: Kitchen
Band, Paroki Tanjung Selor: Tarian dan Nyanyian, Misi Paitan: Spiritual Dance dan Paroki Tawau: Musical Drama “I Am A Mission”. Turut diselitkan, ialah penghargaan kepada
tim penganjur dengan sebuah nyanyian oleh Koordinator Belia Keuskupan, iaitu
Anna Teresa Peter Amandus. Acara
berakhir dengan nyanyian lagu tema TBK dan salam damai temasya.
Persembahan
dari kontingen – kontingen semasa malam tematik
Hari
terakhir TBK ditutup dengan Misa Kudus dengan amanat penutup daripada Bapa
Uskup Julius Dusin Gitom. Bapa
Uskup memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan
kepada para belia untuk menjaga iman di mana pun berada dengan berpegang teguh
dengan empat pesanan, yakni Bermaruah, Beriman, Setia dan Berkomited.
Misa penutup
Temasya Belia Keuskupan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom.
No comments:
Post a Comment