Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 27, 2019

Kesaksian Para Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) ~ 2019


Saya Stepphern Yap Choi Hong, berumur 24 tahun. Saya berasal dari Kg Buis Telupid. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Pada masa ini saya bekerja sendiri. Sebelum ini saya adalah seorang kristian dari denominasi Basel.
Sebelum saya mengikuti kelas IKD, orang yang mendorong saya untuk mengenali ajaran agama Katolik ialah teman wanita saya. Atas dorongan inilah saya mula mengikuti kelas IKD di gereja St. Paul Dontizidon Penampang. Namun semasa mengikuti kelas tersebut banyak halangan yang saya alami sehingga saya tidak dapat mengikuti kelas tersebut sehingga akhir.
Namun perasaan ingin mempelajari dan mengetahui tentang iman Katolik itu sentiasa ada dalam hati saya.  Setelah beberapa waktu saya kemudian mengambil keputusan untuk mengikuti semula kelas IKD di Katedral St. Mary, Sandakan.
Disinilah saya mula bersungguh-sungguh belajar kerana ingin mengetahui sendiri apa itu iman Katolik.
Semasa belajar, saya bersyukur kerana mendapat dorongan daripada saudara-saudari umat Katolik di Katedral ini terutamanya penanggung saya dan para pembimbing kami.  Saya juga percaya bahawa mungkin inilah cara Tuhan Allah memanggil saya untuk mengikuti Dia melalui iman Katolik ini.
Sebelum saya mengikuti kelas IKD ini banyak benda/perkara yang saya kurang faham terutamanya tentang firman Allah.  Saya juga merasa hidup saya kosong. Namun selepas dibaptis, saya merasa lebih yakin dan bersyukur kerana telah menerima rahmat dan penyelamatan daripada Tuhan Yesus sendiri.
Selepas ini, saya ingin melibatkan diri dalam aktiviti gereja dan melayani sesama dalam cinta kasih Allah.
Saya juga berharap dengan kehidupan baharu yang baru bermula ini, saya akan sentiasa merenung dan cuba untuk menghidupi firman Tuhan dalam kehidupan saya kerana saya yakin Tuhan Yesus akan selalu menyertai saya. Amen...

Nama saya Fredica Langkab.
Berusia 27 tahun dan berasal dari Kota Marudu.  Saya kini bertugas sebagai seorang Pegawai farmasi di Klinik Kesihatan Sandakan.
Gereja asal saya adalah SIB. Sejujurnya, pada awalnya apa yang mendorong saya untuk mengikuti kelas IKD ini adalah kerana bakal pasangan saya adalah seorang Katolik. Namun begitu, perasan ingin tahu yang ada dalam hati saya itulah yang menguatkan lagi untuk mengikuti kelas IKD. Ini adalah kerana saya ingin mendalami lagi iman katolik kerana sebelum ini saya selalu juga mengikuti misa kudus di gereja Katolik dan terdapat banyak persoalan yang timbul dalam diri saya tentang apa yang saya lihat dan yang saya dengar mengenai iman Katolik ini.
Setelah mengikuti, kelas IKD, saya telah belajar banyak mengenai iman Katolik dan sedikit demi sedikit memberikan pencerahan kepada saya mengenai iman Katolik dan menguatkan lagi keyakinan saya untuk percaya. Sebelum dibaptis, saya merasakan bahawa diri saya tidak begitu dekat dengan Tuhan. Setelah dibaptis, saya dapat merasakan bahawa hubungan saya dengan Tuhan menjadi lebih dekat/erat melalui sakramen-sakramen yang saya terima terutamanya Ekaristi.
Setelah mengikuti kelas IKD dan setelah dibaptis juga saya lebih rajin berdoa dan cuba untuk menerapkan cinta kasih didalam diri saya sepertimana yang telah diajarkan oleh Yesus sendiri. Saya berharap agar iman saya akan terus dikuatkan dari hari ke hari dan akan terus mengandalkan Tuhan dalam kehidupan seharian saya. Amen

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent