Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 28, 2019

Let's Hang Out bersama pelajar - pelajar St Mary's Hostel


Sandakan - Pada 16 Jun 2019 yang lalu satu program "Journeying with you" bersama dengan pelajar - pelajar Kristian St. Mary's Hostel Boys Sandakan. Tema bagi pertemuan pertama ini adalah “Let’s Hang Out!” yang menjadi titik permulaan bagi program ini.  

Ianya merupakan program kolaborasi singkat kerana hanya mengambil masa selama 3 jam di dalam setiap pertemuannya sebulan sekali di antara Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, Kerasulan Belia Paroki St. Mary’s dan staf St. Mary’s Hostel Boys. 

Objektif pertemuan adalah i. Membina hubungan persahabatan dan kepercayaan dengan para pelajar, ii. Mengetahui keperluan para pelajar dan tampilkan satu program yang sesuai bagi mereka (pelajar) pada bulan Januari 2020, iii. Agar pelajar dapat mengalami cinta kasih Kristus di sepanjang pertemuan (yang akan diadakan pada setiap bulan).

Seramai 40 pelajar berumur dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun telah menyertai program yang bertemakan ''Let's hang out'' ini. Pertemuan yang pertama harus bermula dengan ice breaking, agar pertemuan - pertemuan akan datang persahabatan itu lebih akrab. Pertemuan seterusnya akan diadakan pada 6 Julai 2019. Dengan semangat keinginan daripada para pelajar untuk terus melanjutkan program seperti ini, telah memberikan suatu renungan yang seterusnya akan perjalanan iman sesama yang menarik, mendalam dan saling memerlukan di antara satu dengan yang lain tanpa mengira peringkat usia dan status masing-masing. 

Thursday, June 27, 2019

Kesaksian Para Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) ~ 2019


Saya Stepphern Yap Choi Hong, berumur 24 tahun. Saya berasal dari Kg Buis Telupid. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Pada masa ini saya bekerja sendiri. Sebelum ini saya adalah seorang kristian dari denominasi Basel.
Sebelum saya mengikuti kelas IKD, orang yang mendorong saya untuk mengenali ajaran agama Katolik ialah teman wanita saya. Atas dorongan inilah saya mula mengikuti kelas IKD di gereja St. Paul Dontizidon Penampang. Namun semasa mengikuti kelas tersebut banyak halangan yang saya alami sehingga saya tidak dapat mengikuti kelas tersebut sehingga akhir.
Namun perasaan ingin mempelajari dan mengetahui tentang iman Katolik itu sentiasa ada dalam hati saya.  Setelah beberapa waktu saya kemudian mengambil keputusan untuk mengikuti semula kelas IKD di Katedral St. Mary, Sandakan.
Disinilah saya mula bersungguh-sungguh belajar kerana ingin mengetahui sendiri apa itu iman Katolik.
Semasa belajar, saya bersyukur kerana mendapat dorongan daripada saudara-saudari umat Katolik di Katedral ini terutamanya penanggung saya dan para pembimbing kami.  Saya juga percaya bahawa mungkin inilah cara Tuhan Allah memanggil saya untuk mengikuti Dia melalui iman Katolik ini.
Sebelum saya mengikuti kelas IKD ini banyak benda/perkara yang saya kurang faham terutamanya tentang firman Allah.  Saya juga merasa hidup saya kosong. Namun selepas dibaptis, saya merasa lebih yakin dan bersyukur kerana telah menerima rahmat dan penyelamatan daripada Tuhan Yesus sendiri.
Selepas ini, saya ingin melibatkan diri dalam aktiviti gereja dan melayani sesama dalam cinta kasih Allah.
Saya juga berharap dengan kehidupan baharu yang baru bermula ini, saya akan sentiasa merenung dan cuba untuk menghidupi firman Tuhan dalam kehidupan saya kerana saya yakin Tuhan Yesus akan selalu menyertai saya. Amen...

Nama saya Fredica Langkab.
Berusia 27 tahun dan berasal dari Kota Marudu.  Saya kini bertugas sebagai seorang Pegawai farmasi di Klinik Kesihatan Sandakan.
Gereja asal saya adalah SIB. Sejujurnya, pada awalnya apa yang mendorong saya untuk mengikuti kelas IKD ini adalah kerana bakal pasangan saya adalah seorang Katolik. Namun begitu, perasan ingin tahu yang ada dalam hati saya itulah yang menguatkan lagi untuk mengikuti kelas IKD. Ini adalah kerana saya ingin mendalami lagi iman katolik kerana sebelum ini saya selalu juga mengikuti misa kudus di gereja Katolik dan terdapat banyak persoalan yang timbul dalam diri saya tentang apa yang saya lihat dan yang saya dengar mengenai iman Katolik ini.
Setelah mengikuti, kelas IKD, saya telah belajar banyak mengenai iman Katolik dan sedikit demi sedikit memberikan pencerahan kepada saya mengenai iman Katolik dan menguatkan lagi keyakinan saya untuk percaya. Sebelum dibaptis, saya merasakan bahawa diri saya tidak begitu dekat dengan Tuhan. Setelah dibaptis, saya dapat merasakan bahawa hubungan saya dengan Tuhan menjadi lebih dekat/erat melalui sakramen-sakramen yang saya terima terutamanya Ekaristi.
Setelah mengikuti kelas IKD dan setelah dibaptis juga saya lebih rajin berdoa dan cuba untuk menerapkan cinta kasih didalam diri saya sepertimana yang telah diajarkan oleh Yesus sendiri. Saya berharap agar iman saya akan terus dikuatkan dari hari ke hari dan akan terus mengandalkan Tuhan dalam kehidupan seharian saya. Amen

Friday, June 14, 2019

PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT PAROKI ST. MARTIN, TELUPID 2019 DISAMBUT MERIAH

Oleh Clly Gulimit/SOCCOM

TELUPID - “Popotongkop Koginavaan Do Kinoringan Maja Koubasanan” dalam bahasa Dusun Labuk yang bermaksud “Sebarkan Cinta Kasih Allah melalui Budaya" telah menjadi tema bagi perayaan pesta kaamatan peringkat paroki St. Martin, Telupid yang telah diadakan pada 26 Mei 2019 di Chapel St. Fidelis, Kiabau (Zon Jalan Sandakan) selaku tuan rumah pada tahun ini.
Gambar para AJK bersama Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel, Rev. Fr. Stanley William Matakim.
Bersesuaian dengan tema yang dipilih, para umat diajak bersama-sama mempromosikan dan mempertahankan nilai-nilai Kristian dan kekeluargaan melalui perpaduan dan kedamaian dalam kalangan umat setempat agar seruan Visi Keuskupan Sandakan untuk menjadi 'Komuniti Berpusatkan Kristus, Melayani Sesama dengan Kasih' dapat dicapai.
Upacara Pemberkatan dan Pemotongan Kek Kesyukuran
Lebih kurang 800 orang umat dari seluruh paroki hadir memenuhi ruang di Chapel St. Fidelis dan Dewan Mini Chapel bagi bersama-sama merayakan Misa Kudus Kesyukuran sempena pesta kaamatan yang bermula pada pukul 9:00 pagi diselebrankan oleh Yang Mulia Datuk Julius Dusin Gitom, Uskup, Keuskupan Sandakan. Turut hadir bersama adalah Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel (Paderi Paroki), Rev. Fr. Stanley William Matakim (Pembantu Paderi Paroki), Seminarian Arthur John dan Seminarian Raymond Lee. Bapa Uskup dalam homilinya menyatakan bahawa ketiga-tiga bacaan pada hari tersebut terarah kepada Roh Kudus. Para umat diajak untuk merenung apa yang telah dilakukan Roh Kudus kepada gereja kita. Seterusnya, Bapa Uskup menjelaskan bahawa Roh Kudus telah membawa ‘kesatuan’ kepada gereja kita. Justeru, penting untuk semua umat agar terus bersatu walaupun hidup dalam kepelbagaian budaya bagi mewujudkan kesatuan serta keharmonian.
Simbolik perayaan - Upacara mengetam padi disempurnakan oleh Bapa Uskup 
Persembahan khas lagu-lagu kaamatan oleh  AJK Penganjur bersama Bapa Uskup, para paderi dan tetamu VIP
Selesai Misa Kudus, En. Silvester Sundang yang merupakan Pengerusi Perayaan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke perayaan ini serta memberikan ucapan penghargaan kepada semua penyumbang yang telah memberikan derma untuk menjayakan perayaan ini. Seterusnya, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel selaku paderi paroki mengucapkan tahniah kepada umat Zon Jalan Sandakan atas usaha dan komitmen bagi menjayakan perayaan ini. Walaupun hanya dua buah chapel sahaja yang ada di dalam Zon Jalan Sandakan, kesatuan yang ditunjukkan terbukti melalui persediaan yang sangat rapi serta kemeriahan sambutan. Seterusnya, Bapa Uskup dalam ucapannya pula mengucapkan tahniah kepada semua umat di seluruh paroki kerana berjaya menunjukkan kesatuan dengan memberikan sokongan kepada penganjuran perayaan ini.
Gambar kenangan para pemenang tiket bertuah bersama Bapa Uskup
Selepas perayaan Misa Kudus, acara disambung di Dewan Serbaguna Kg. Kiabau. Bapa Uskup, para paderi dan semua tetamu jemputan disajikan dengan tarian sambut tamu yang dipersembahkan oleh Kerasulan Belia Katolik St. Fidelis, Kiabau. Walaupun terpaksa mengubah suai atur cara pada hari tersebut disebabkan hujan lebat, namun suasana di dewan tetap meriah dan semua tetamu tetap terus bersama-sama dalam sambutan tersebut. Simbolik perayaan disempurnakan oleh Bapa Uskup dengan upacara mengetam padi disaksikan semua tetamu yang hadir. Kemudian, acara diteruskan dengan pemberkatan kek kesyukuran diikuti acara makan bersama.
Upacara pemberkatan benih padi dan tanaman
En. Lami Buntoi selaku Pengerusi Zon Jalan Ranau menerima simbolik penyerahan tugas selepas Bapa Uskup mengumumkan tuan rumah perayaan pesta kaamatan pada tahun 2020
Acara disambung lagi dengan persembahan khas daripada AJK Penganjur bersama-sama Bapa Uskup, para paderi dan tetamu VIP iaitu persembahan tiga buah lagu kaamatan diiringi muzik ‘live band’. Setelah hujan reda, Bapa Uskup telah menyempurnakan pemberkatan benih padi dan tanaman lain yang diadakan di luar dewan. Selain itu, sambutan di dewan turut dimeriahkan dengan persembahan pentas daripada wakil Zon Jalan Sandakan, Zon Jalan Nangoh, Zon Jalan Tongod dan Zon Jalan Ranau. Di samping itu, persembahan lagu-lagu selingan dan acara cabutan tiket nama bertuah turut diadakan. Sebelum acara penutup, Bapa Uskup telah mengumumkan bahawa tuan rumah untuk perayaan pesta kaamatan pada tahun 2020 adalah Zon Jalan Ranau.

Monday, June 10, 2019

ANOTHER LOCAL FROM SANDAKAN ORDAINED PRIEST AFTER 20 YEARS WAITING

By Parish SOCCOM

Sandakan:  The faithful of St. Mary’s Cathedral Parish has every reason to rejoice as their local parishioner Deacon Dafrinn Diwol is called to the Presbyterium on this day 5th June 2019. The last local priest ordained in St. Mary's Church was 20 years ago and Deacon Dafrinn is the fifth ordained to the priesthood in this church after the late Bishop Simon Fung (1963),the late Fr Michael Mewo (1966), Msgr. Nicholas Ong (1978) and Archbishop John Wong (1999). 
He is the fourth ordained priest in the Sandakan Diocese since its establishment 12 years ago. The solemn and joyful procession began at 4.00pm with the traditional beating of gongs witnessed by some 2000 parishioners, family members and a score of religious from far and near.
Rt. Rev. Julius Dusin Gitom, Bishop of Sandakan Diocese, solemnised the ordination Mass, concelebrated by Most Rev Simon Poh, the Archbishop of Kuching Archdiocese, and 14 priests.  The first part of the Rite of Ordination took place after the proclamation of the Gospel.  The Rector of St. Dominic Lahad Datu, Fr. Simon Kontou, in the election of the candidate officially proposed Deacon Dafrinn for the priesthood ordination. He stood before the bishop who questioned him on his commitment to perform the duties of the Order of the Priesthood. This was followed by the Litany of Supplication. The priest-elect prostrated himself as a sign of total dependence on God while the congregation knelt. Then Laying on of Hands on the head of the elect was performed. He knelt before Bishop Julius who laid his hands on him in silence followed by Archbishop Simon Poh and the rest of the priests. After the Prayer of Ordination was the Investiture with stole and chasuble. The newly ordained Fr. Dafrinn Diwol was adorned by the parish priest of St. Mary's Cathedral, Fr. David Garaman. The ordination rite concluded with the bishops and all the priests welcoming the newly ordained into the Order of the Priesthood by giving him the sign of peace, followed by a big applause from the congregation. Right after the final blessing, thank you speeches were delivered;
St. Mary’s Cathedral Parish Priest, Fr. David Garaman in his congratulatory message, “Today is a historical day as we witnessed the ordination of a priest who came from this parish. This is indeed a special gift from God almighty for this parish.” He also expressed his gratitude to those who generously donated to the funding of this ordination and the Parish Pastoral Council and the many ministries and groupings for their active participation in organising this event. In conclusion, Fr. David invited all the parishioners to pray fervently for more priestly vocations in the diocese.
St. Mary's Cathedral Parish Priest, Rev. Fr. David Garaman in his congratulatory message.
The newly ordained Priest, Fr. Dafrinn Diwol took the opportunity to thank Bishop Julius for ordaining him and expressed his appreciation to his spiritual formators, lecturers, the clergy, religious, families members and the congregation who are able to attend his ordination. In a humbler note, he said, “My admission to the priesthood is not about my personal celebration but a celebration for all of us as a mark of gratitude to God for giving this diocese another priest. Please pray for me that I will be able to become the bearer of God’s love for others.”  He appealed to all the youth who felt the calling into religious life or the priesthood, to not be afraid because of the assurance given by God as in Isaiah 41:10 “Do not afraid for I am with You.”  God will surely show them the way.
Rt. Rev. Julius Dusin Gitom said, “This ordination is a gift from God to us, and is a starting point for the newly ordained priest in his journey of faith. It is not a profession but a vocation (a calling for God’s mission). That is why we need to support the priests so that they can fulfil their mission in this diocese. Please give the newly ordained priest our support but not to the extent of spoiling him but to continue strengthening him in his service to the church.” The prelate concluded his speech by extending his appreciation to the family of Fr. Dafrinn for their support and willingness in giving their son to the service of the church.
Parish Pastoral Council Chairman, Mr. Pilis Malim in his welcoming address.
As a mark of Thanksgiving, the St. Mary Cathedral Parish Pastoral Council (PPC) hosted a dinner reception right after the ordination ceremony in the Parish Hall. Pilis Malim, the PPC and organising Chairman in his welcoming address, expressed his gratitude to God for the blessings for the gift of Fr. Dafrinn Diwol, a priest who hails from this parish.  Among his speech, he pointed out to the faithful of the cross that the priests have to bear and carry in their ministry, especially in this vast diocese. He reminded that the weight of the cross that the priests have to bear representing the faithful participation and the burden will be lessened should the faithful live-up to the vision and mission of the diocese.  He concluded by conveying his appreciation to all the committee members for the success of the event.
The guests were entertained with video clip excerpt from Fr. Dafrinn’s interview, wide range of songs and dance performances until 9.30pm.
Newly ordained priest, Rev. Fr. Dafrinn Diwol in his closing prayer of the event.

Fr. Dafrinn Diwol Background
Fr. Dafrinn Diwol born 39 years ago in Sandakan, is the third child in a brood of seven to a Murut father from Tenom, the late Diwol Sundaling and a Kadazan mother, Helda Laurencius from Papar. He attended preschool at Tadika Ming Chung, Sandakan, primary school at S.K. Gum Gum, Sandakan (1987-1992), secondary school at S.M.K. Gum Gum, Sandakan (1993-1997). When he was in Kota Kinabalu, he enrolled in Culinary Arts courses with the Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (1999).
Fr. Dafrinn has worked as a contractual worker in Deramakot Forest Reserve Telupid, as a Life Insurance agent, as a kitchen apprentice specialised in Japanese cuisine with Hyatt Regency Kota Kinabalu and as a Forest research assistant for 5 years with the Forestry Research Centre Sepilok, Sandakan. He has spent about 11 years in his working life before he entered the seminary.

Fr. Dafrinn’s spiritual upbringing started from a young age as his parents were church-goers, attending masses in St. Mark’s Church, a sub-parish about 12 miles from St. Mary’s Cathedral. He was an active youth in his church choir and an Altar server and was involved in the first Sabah Youth Day.
His journey to the seminary started with the reality of shortages of priests in the Diocese of Sandakan. Instead of just accepting the fact of the situation and leaving it to the church to solve her own problem, it came to his thought that he would respond to the calling of God. From then on, his desire to join the seminary heightened. His intention of joining the priesthood was fully supported by his family.

His formation started in 2009 at the Catholic Diocesan Centre (English Year) and was initiated in 2010 at the Minor Seminary, Kota Kinabalu.

He spent two years studying philosophy (2011 – 2012) and four years theology (2013 – 2016) at St. Peter’s Major Seminary College, Kuching, Sarawak.

From there Fr. Dafrinn started his Ministry of Lector on 4th November 2013, Ministry of Acolyte on 3rd November 2014.

His Pastoral Immersion was at the Youth Ministry, Kg. Krokong, Bau, Sarawak (2013). St. Martin, Telupid (2014), St. Dominic, Lahad Datu (2015), Clinical Pastoral Education, Assunta Hospital, Petaling Jaya (2016) and Holy Trinity, Tawau in 2018.


His journey into the priesthood was no easy path. His greatest challenge was to master the English language. His formation year in CDC and the seminary helped him to improve and overcome the barrier of language. Then came the hardest blow when his father passed away. Being the eldest male in the family, it had put a great weight onto his shoulder to take care of the family. He was given one year leave from seminary in 2017 to reflect on his intention. God’s calling was so strong that he eventually returned to where God had led him. He was ordained as Deacon on 1st January 2019 and eventually to the Priesthood five months later. 

Sesi temuramah Pengerusi MPP Sdra. Pilis Malim
Beliau percaya bahawa semua umat yang hadir mengutarakan rasa syukur kepada Tuhan kerana doa permohonan bagi panggilan untuk mendapatkan seorang paderi di keuskupan Sandakan khasnya di Katedral St. Mary, Sandakan telah dikabulkan apabila salah seorang daripada umatnya telah ditahbiskan menjadi seorang paderi iaitu Rev. Fr. Dafrinn Diwol.

Harapan beliau adalah supaya lebih ramai belia dapat menyahut panggilan sepertimana harapan Bapa Uskup Julius yang telah diutarakan semasa ucapan selepas upacara pentahbisan tersebut. “Saya rasa harapan kita semua agar belia akan menyahut panggilan untuk menjadi paderi demikian juga harapan kita kepada umat-umat lain agar memberi kerjasama kepada paderi baru kita untuk memperhebatkan pertumbuhan iman bukan sahaja di gereja kita tetapi juga di seluruh keuskupan kita”.

Puan Helda Laurencius

Beliau mengatakan bahawa panggilan untuk Rev. Fr. Dafrinn menjadi seorang paderi adalah anugerah Tuhan dan merupakan hadiah istimewa bagi beliau sekeluarga. Beliau turut mengatakan bahawa jika dia mendapat seorang anak lelaki, dia akan mengembalikan kepada Tuhan untuk melayani di ladang Tuhan. Beliau tidak terkejut apabila Rev. Fr. Dafrinn ingin menjadi seorang paderi disebabkan janji beliau dengan Tuhan.

Semasa pentahbisan Rev. Fr. Dafrinn, perasaan beliau bercampur-baur kerana sebelum ini mendiang  ayah Fr. Dafrinn tidak begitu bersetuju dia menjadi seorang paderi kerana Fr. Dafrinn pada masa itu ada pekerjaan yang baik di Jabatan Perhutanan. Walaubagaimanapun, beliau dan mendiang ayahnya itu selalu berdoa agar Fr. Dafrinn akan menjadi seorang paderi.

Harapan beliau agar ramai lagi belia dapat menyahut panggilan untuk melayani di ladang Tuhan dan juga ibubapa dapat mendorong anak-anak mereka untuk menyahut panggilan tersebut.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent