Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 23, 2019

KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN MENGAKHIRI TAHUN 2019 DENGAN CHRISTUS VIVIT


Sandakan - Pada 13 sehingga 15 Disember 2019 ahli tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) sekali lagi bertemu sebelum mengakhiri tahun 2019. Seramai 15 orang ahli KBK telah menghadiri pertemuan ini termasuk 3 orang pemerhati masing - masing dari Paroki Lahad Datu dan Paroki Sandakan. Apa yang berubah pada kali ini adalah kehadiran Rev. Fr. Dafrinn Diwol sebagai Penasihat Rohani yang baharu dan akan meneruskan pelayanan Rev. Fr. David Garaman yang merupakan Penasihat Rohani KBK sebelumnya.


Misa harian yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Dafrinn Diwol
Pertemuan pada 14 Disember 2019 dimulakan dengan misa harian dan dikuti dengan study day berkenaan dengan dokumen gereja Christus Vivit (Kristus Hidup). Dokumen ini merupakan hasil daripada pertemuan atau Sinod para Bishop seluruh dunia pada 3 sehingga 28 Oktober 2018 yang  lalu dan menjadikan belia sebagai agenda utama. Terdapat sembilan (9) bab dalam dokumen ini dan semuanya berkenaan dengan keperluan seorang belia yang melayani dan dilayani. Selain itu pengisian dalam dokumen ini memperlihatkan realiti belia di zaman sekarang dan memerlukan metod penjangkauan yang sesuai. 'Berjalan bersama' amat ditekankan dalam dokumen ini, iaitu berjalan bersama bukan sahaja dengan sesama belia, paderi dan religus akan tetapi bersama dengan seluruh komuniti. Ini adalah kerana 'berjalan bersama' ini melengkapkan sesama terutama sekali dari segi pelayanan dan kekuatan iman. Ahli tim KBK secara sukarela telah memilin bab dalam Christus Vivit untuk mereka sampaikan dalam pertemuan ini. Masing - masing telah lebih dahulu membuat 'study' berkenaan bab tersebu sebelum menyampaikannya semasa pertemuan KBK.


Sr. Rusiah Garuk, fsic - Bab 1: What does the Word of God have to say about young people?

Rev. Fr. Dafrinn Diwol - Bab 2: Jesus, Ever Young

Corey Felino Henry - Bab 3: You are the 'Now' of God dan Bab 5: Paths of Youth
Martinus Simon - Bab 4: A great Message for all young people

Esther Alim Albert - Bab 6: Young People with Roots
Anna Teresa Peter Amandus - Bab 7: Youth Ministry

Gregory Michael Harumal - Bab 8: Vocation

Herry Francis Kamuntah - Bab 9: Discernment
Semua ahli tim KBK merasa dipenuhi dengan inspirasi, pengetahuan dan peneguhan dari Bapa Suci Fransiskus melalui Christus Vivit. Namun, merasakan tidak cukup masa kerana untuk mendalami dokumen ini dalam satu hari sememangnya tidak cukup. Dimasa akan datang sekiranya ada lagi study day  berkenaan dengan dokumen gereja, ia perlu diadakan sekurang - kurangnya dua hari. Selesai study day, semua ahli tim berkumpul untuk malam fellowship bersama - sama dengan mantan Penasihat Rohani KBK, Fr. David Garaman dan  Dikon Stephen Esguerra. Pada masa yang sama merayakan hari Natal bersama dengan bertukar - tukar hadiah dan diakhiri dengan gambar kenangan bersama.






Pada 15 Disember 2019, ahli tim KBK bertemu dalam perayaan Ekaristi dalam Minggu Adven yang ke - 3 dan seterusnya mesyuarat KBk yang ke - 29. Antara yang diperbincangkan adalah program - program belia di peringkat Keuskupan iaitu YouthPrepLink Batch 10, Ulang Tahun Kerasulan Belia Keuskupan ke 10, SYD 5 dan Pertemuan pelajar - pelajar Kampus Katolik.

Mesyuarat KBK ke - 29
Tahun ini merupakan satu lagi tahun yang mencabar namun banyak berkat pengajaran serta pertumbuhan dari segi iman dan pelayanan. Semoga tahun 2020 akan lebih dirahmati dengan inspirasi dan cinta kasih.

Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Uskup Julius Dusin Gitom, para paderi, para religius dan seluruh umat Katolik di Keuskupan Sandakan, Selamat Merayakan Hari Natal 2019 dan Selamat Tahun Baru 2020!

"Merenung Secara Peribadi Di Musim Adven"

Artikel oleh Rogena Roger
Gambar oleh SOCCOM

Sandakan: Perkataan Adven dipetik daripada bahasa Latin iaitu “Adventus” bermaksud ‘Datang’. Kedatangan Yesus Kristus ke dunia telah membawa satu perubahan ketara bagi umat Kristian di dunia. Pada tahun ini, Paroki Katedral St. Mary telah menghantar 17 kumpulan karoling untuk menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus ke dunia.
Diakon Stephen mengongsikan pengisiannya
Pada 30 November yang lalu, rekoleksi para karolers telah diadakan di Dewan Katedral St. Mary yang disertai seramai lebih kurang 150 orang. Rekoleksi ini telah disampaikan oleh Diakon Stephen Esguerra. Dalam pengisian beliau, beliau mengongsikan tentang maksud Adven dan persiapan diri untuk menantikan kelahiran Yesus Kristus. "Tujuan sebenar berkaroling adalah untuk menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus ke dunia kepada keluarga yang dilawati. Tetapi, adakah kita sudah mempersiapkan diri dengan membenarkan Yesus hadir dalam diri kita? Bagaimana kita membawa damai sukacita Yesus melalui nyanyian Karol jika diri kita sendiri tidak merasakan damai sukacita tersebut?" Beliau turut mengongsikan peranan Bonda Maria dalam misteri penyelamatan umat manusia. Selepas pengisian Diakon Stephen, sesi diteruskan dengan berdoa rosari bagi merenungkan peristiwa gembira kedatangan Yesus di Dunia.
Pada sebelah petang pula, Misa Kudus pengutusan telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Dalam homili, beliau mengongsikan bahawa musim Adven adalah masa untuk menyediakan diri terutamanya hati tentang kedatangan Yesus Kristus. "Musim Adven ialah masa untuk merenungkan diri sendiri. Luangkan masa untuk Yesus dalam hidup kita. Kita sepatutnya tanya diri kita apa yang Yesus ingin kita buat dalam musim Adven ini. Kita sendiri tidak boleh ramal bila Yesus akan datang. Jadi, cabaran musim Adven ini ialah bersedia." 
Selepas Misa Kudus berakhir, para karolers dijemput ke dewan untuk bersama-sama dalam makan malam 'carols by candlelight'. 
Persembahan terakhir

Stephen Yong bekerja sebagai seorang guru dan beliau mewakili belia Chinese Coordinating Committee mengongsikan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama beliau mengikuti karoling. Perasaan beliau mengikuti karoling ialah sangat teruja menantikan saat karoling tetapi beliau juga memberitahu bahawa persiapan untuk karoling Natal perlu ada terutama lagu-lagu natal yang masih belum fasih walaupun kerap mendengar di radio atau di gereja. Beliau juga berharap agar dapat menyebarkan firman Tuhan semasa menyanyikan lagu Natal.
Mariana Anggas mewakili KKD St. Benedict mengongsikan bahawa beliau telah mengikuti Karoling selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, beliau banyak belajar dan mengenali keluarga yang dilawati. Beliau sangat gembira dan bersyukur apabila keluarga yang dilawati turut gembira atas kehadiran kumpulan mereka. Beliau berharap agar melalui nyanyian Natal ini dapat membawa sukacita dan damai kepada keluarga yang dilawati.
Jovy Reynard Juvilis merupakan ahli KKD St. Francis of Assisi telah menyertai karoling selama 4 tahun sejak penubuhan KKD tersebut. Beliau mengatakan bahawa beliau sangat gembira dapat menyertai karoling bersama-sama ahli yang lain dan menyebarkan khabar sukacita kelahiran Yesus Kristus kepada keluarga yang dilawati. Harapan beliau agar nyanyian Natal ini dapat membawa perdamaian antara sesama seterusnya dapat membuka hati untuk menerima Yesus Kristus dalam diri masing-masing.

Tuesday, December 10, 2019

Sambutan Hari Kesyukuran dan Ulang Tahun Kelahiran Kerasulan Wanita Katolik (KWK)

oleh Malia

Telupid: Pada 1 Disember lepas, Sambutan Hari Kesyukuran dan Ulang Tahun Kelahiran Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Zon Pekan Telupid telah diadakan. Acara tersebut dimulakan dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Encik Lawrence Matusin.
Sukaneka KWK
Permainan rebut kerusi KWK
Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Telupid, Roger Sebastian Enty dan Pengerusi KWK Paroki Telupid Puan Victoria Salati juga hadir dalam majlis tersebut. Puan Arina Anggatis selaku Pengerusi KWK Zon Pekan telah memberikan ucapan terima kasih atas semua komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan semua aktiviti sepanjang tahun ini. Beliau juga berharap agar komitmen pelayanan dalam gereja dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sempena majlis kesyukuran ini, semua Ahli KWK telah memutuskan tema pakaian "Cowboy". 
Barisan para bapa yang hadir
Aktiviti yang telah dilakukan pada majlis tersebut adalah sukaneka, pertukaran hadiah dan pemotongan kek bagi simbolik untuk sambutan hari lahir serta kesyukuran pada bulan Januari sehingga Disember 2019. Para bapa juga turut menghadiri majlis kesyukuran tersebut dan sekaligus memberikan sokongan moral kepada Kerasulan Wanita Katolik khasnya bagi Zon Pekan Telupid. Majlis diakhiri dengan doa penutup oleh Encik Kianchong Jalani. 
Seramai 25 ahli kwk yang hadir
Pemotongan kek kesyukuran
Penyampaian hadiah kepada pemenang tema pakaian Cowboy iaitu Puan Helena Salati 

Thursday, November 28, 2019

PERKONGSIAN MENYENTUH HATI DI KALANGAN AHLI KKD

GAMBAR : WARGA KKD ST. BENEDICT
LAPORAN: PN. LUCY FRANCIS

Sandakan: Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar yang terakhir untuk KKD St. Benedict tahun ini telah diadakan pada 12 November di kediaman keluarga Alice Epifanisa Lee. Pertemuan ini telah dilawati oleh Sr. Regina Kimung, Fsic dengan dihadiri seramai lebih kurang 25 orang ahli KKD.
Perjalanan pengisian pada malam itu dipimpin oleh Matheus Sodomon dan dimulai dengan doa pembukaan daripada Sr. Regina. Seterusnya ‘4 langkah perkongsian Alkitab’ dimulakan dengan mengambil pembacaan Injil minggu itu iaitu Lukas 21 : 5 – 19 “Kalau kamu tetap bertahan, kamu akan memperoleh hidupmu.”
Perkongsian Firman Tuhan pada malam itu telah memberikan semangat baru dan tanpa segan, ahli KKD memberikan perkongsian serta pengalaman tentang perjalanan hidup masing-masing sebagai Katolik. Terdapat di kalangan  ahli sampai menitiskan air mata mendengar perkongsian ahli KKD yang lain. Titisan air mata memberi maksud kegembiraan kerana hadirnya Yesus dalam diri setiap umat yang mempercayai-Nya. Rumusan perkongsian daripada Sr. Regina pada malam itu lebih menambahkan pengalaman setiap ahli secara tidak langsung dapat memberi pertumbuhan iman kepada setiap individu yang hidup berkomuniti dalam KKD. Puji Tuhan.
Perkongsian 4 langkah Alkitab oleh ahli KKD
Doa penutup dan doa makan diteruskan pimpinan Sr. Regina sekali lagi. Pertemuan malam itu telah dapat menambahkan pengalaman setiap ahli yang hadir selain telah menunjukkan semangat memberi perkongsian peribadi dengan hati yang lebih terbuka. Syukur dan terima kasih kepada Sr. Regina kerana dapat membawa satu perkongsian yang berkaitan tentang hidup iman Katolik yang mencabar serta pentingnya hidup berkomuniti dalam KKD.
Perkongsian Sr. Regina Kimung, fsic
Diakhir pertemuan, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kedatangan Sr. Regina ke KKD St. Benedict sempena program lawatan pastoral. Acara selesai pada jam 10 malam. Tuhan memberkati.
Ucapan Pengerusi KKD St. Benedict

PERAYAAN MISA KUDUS DAN BERKAT RUMAH DI KKD ST. BENEDICT

Gambar : Team KKD St. Benedict
Laporan : Lucy Francis

Sandakan: Salah satu keluarga Komuniti Kristian Dasar (KKD) St. Benedict telah memohon agar mengadakan Misa Kudus dan sekaligus memberkati kediaman mereka.
Perayaan Misa Kudus telah diadakan pada 8 November 2019 pada jam 7.30 malam, di rumah Richard Jaikim, salah satu keluarga Katolik di Taman Sri Rimba. Misa Kudus ini dirayakan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus dan dibantu oleh Diakon Stephen Esguerra dan Seminarian Jescie Petrus, serta dihadiri lebih kurang 50 warga KKD St. Benedict.
Dalam homili Rev. Fr. Christopher, beliau yang mengaitkan pembacaan injil yang dipetik dari (Lukas 16: 1–8) yang menyatakan tentang anak-anak di dunia lebih bijak berbanding dengan anak-anak terang. Beliau menjelaskan juga tentang siapakah golongan anak-anak terang yang sama maksudnya dengan anak-anak cahaya?, mereka inilah dianggap sebagai pengikut Yesus yang mengikut ajaran Kristus, dan menghindari atau meninggalkan perkara-perkara yang tidak mengikut ajaran Kristian. Ahli-ahli KKD yang hadir misa itu juga dianggap sebagai anak-anak cahaya.
Selepas Misa Kudus, Pengerusi KKD St. Benedict, Paulina Francis telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada tuan rumah dan juga kehadiran semua ahli KKD yang memberansangkan dengan sikap kerjasama dan penuh komitmen. Richard Jaikim selaku tuan rumah sempat memberikan ucapan terima kasih atas kehadiran Rev. Fr. Christopher yang telah mengadakan misa serta memberkati rumah mereka. Beliau seterusnya menyampaikan terima kasih kepada semua ahli KKD yang hadir pada malam itu.
Richard Jaikim memberikan ucapan
Acara diteruskan dengan gambar bersama disusuli doa makan malam yang dipimpin oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus. Acara selesai sekitar jam 10.30 malam. Tuhan Memberkati.
Ahli keluarga Richard Jaikim bersama Rev. Fr. Christopher Ireneus

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent