oleh DS
“Siapa menaruh belas kasihan kepada orang yang lemah, memiutangi TUHAN, yang akan membalas perbuatannya itu.” (Amsal 19:17)
SANDAKAN: Pada 5hb November 2017,
dua perwakilan daripada Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan telah menyampaikan
sumbangan berupa wang tunai kepada enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM), Sandakan. Penerima-penerima sumbangan ini telah dikenalpasti melalui guru Katolik mereka terlebih dahulu dan acara penyampaian sumbangan diberikan di Gereja St Mark selepas Misa Kudus.
Sumbangan dana ini adalah untuk menambah wang saku para pelajar yang kurang berkemampuan.
Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan para kakitangan Pusat Pastoral berharap agar sumbangan
ini dapat memberi makna dan sukacita kepada mereka.
‘Projek Satu Ringgit Sehari’
merupakan satu projek musim Pra-paska dan Adven yang telah dilaksanakan atas
saranan Bapa Uskup Julius kepada kakitangan Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan
sejak beberapa tahun yang lalu.
Projek ini dijalankan bertujuan menyalurkan dana yang terkumpul untuk membantu individu dan keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan termasuklah golongan pelajar.
Pada musim pra-paska tahun ini, 11 kakitangan Pusat pastoral Keuskupan Sandakan termasuk Bapa Uskup Julius telah sebulat suara memberikan dana tersebut kepada pelajar-pelajar MRSM yang lebih memerlukan.

Sebagai umat Kristian Katolik, kita amat digalakkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang susah dan yang memerlukan. Salah satu cara untuk membantu adalah menderma dalam apa juga bentuk.
No comments:
Post a Comment