Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 21, 2017

PROGRAM TIM DYA 'TURUN PADANG'

KEUSKUPAN SANDAKAN - Setiap tahun Tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan akan mengadakan program 'turun padang' sekali dalam setahun untuk melawat,  mengadakan program dan beramah mesra dengan para belia setempat. Lawatan ini merupakan satu program kerjasama dengan Tim Kerasulan Belia Paroki diseluruh Keuskupan Sandakan termasuk Misi Paitan.

Pada tahun ini, program 'turun padang' mempunyai misi yang penting iaitu membantu Bapa Suci Paus Fransiskus untuk mengumpul seberapa banyak suara-suara para belia menerusi pengisian borang soal selidik melalui pautan archkl.org/talk2francismy. Suara - suara belia ini akan dikumpulkan bersama dengan suara - suara belia seluruh dunia untuk dijadikan 'kompas' bagi Bapa Suci dan para Uskup seluruh dunia dalam Synod on Youth yang akan diadakan pada October 2018 di Roma. 

Berikut merupakan perjalanan program yang telah dijalankan bermula pada 14 Oktober sehingga 12 November 2017 :

Tempat Lawatan 
Tarikh
St. Martin - Paroki Telupid
14-15 Oktober 2017
St. Francis Of Assisi, Sukang - Misi Paitan
21-22 Oktober 2017
Holy Trinity - Paroki Tawau
4-5 November 2017
St. Mary - Paroki Sandakan
5 November 2017
St. Paul, Ulu Dusun - Paroki Beluran
5 November 2017
St. Nicholas, Tampenau - Paroki Lahad Datu
10-12 November 2017
St. Mark - Paroki Sandakan
12 November 2017
Our Lady Of Fatima - Paroki Beluran
12 November 2017

Aktiviti Ice breaking, mengajak para belia untuk beramah mesra antara sesama
Antara program - program yang ketengahkan adalah sesi Flashback 2017, Synod on Youth, Belia Merantau dan program - program peringkat Keuskupan yang akan diadakan pada tahun 2018.

Dalam sesi Flashback 2017, para belia dibawa untuk mengimbas kembali program - program keuskupan sepanjang tahun 2017. Sesi ini membantu para belia untuk mendapat maklumat bahawa ada program - program yang dianjurkan khusus bagi pemimpin belia dan belia yang berpotensi menjadi pemimpin, belia lepasan sekolah, pelajar kampus dan belia - belia yang berumur 15 tahun sehingga 45 tahun dan setiap program ini mempunyai pengisian yang boleh membantu perkembangan kerohanian dan keperibadian mereka. 

Selain itu sesi Belia Merantau merupakan sesi pendedahan bagi semua belia khususnya yang akan bekerja dan belajar di luar Keuskupan Sandakan. Mereka amat digalakkan dan diingatkan untuk selalu berhubung dengan Tim Kerasulan Belia Paroki masing - masing untuk mendapatkan maklumat dan mengisi borang yang terdapat di pautan beliakl.catholicyouth.my. Ini bertujuan agar para belia mengetahui bahawa Gereja sangat prihatin dan ingin supaya mereka dijaga dan sentiasa mendapat sokongan apabila mereka melanjutkan pelajaran terutama apabila berada jauh dari keluarga dan di luar Sabah.


Beberapa orang antara ahli tim Kerasulan Belia Keuskupan yang membantu untuk memberikan sesi

Sesi utama dalam program turun padang ini adalah Synod On Youth. Sebelum mengisi borang soal kaji selidik yang telah disediakan, mereka terlebih dahulu dikongsikan dengan sedikit makluman mengenai Synod of Bishop dan kenapa Synod on Youth. Synod on Youth yang bertemakan Orang Muda, Iman dan Penghayatan Panggilan merupakan satu ungkapan penjagaan pastoral Gereja untuk orang muda. Tujuannya adalah untuk menemani orang muda dalam perjalanan menuju kematangan melalui proses DISCERNMENT. Agar mereka dapat menemui perancangan untuk kehidupan mereka dan menyedarinya dengan penuh sukacita serta terbuka untuk bertemu dengan Tuhan dan peribadi, serta penyertaan aktif dalam memperbaharui Gereja dan masyarakat. Maka itulah suara - suara belia di seluruh dunia diperlukan agar boleh di bawa ke Sinod Para Uskup, untuk berbincang dan merenung penjagaan pastoral yang terbaik untuk belia di zaman ini.

Pengisian borang kaji selidik secara online dan secara bertulis

Diakhir program, para belia disajikan dengan program - program peringkat Keuskupan yang akan diadakan pada tahun 2018. Antaranya adalah Youth Leader's Camp (YLC) 6, YouthPrepLink (YPL) 8, Catholic Campus Students' Gathering (CCSG) dan Temasya Belia Katolik Keuskupan Sandakan yang pertama. 

Pihak Komisi Kerasulan Belia Keuskupan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Rev. Fr. Sunny Chung, Sr. Lilian Unsoh, fsic dan semua ahli Tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan, Tim Kerasulan Belia Paroki dan Tim Kerasulan Belia Katolik kerana sokongan mereka dalam program ini. 

Bersama para belia Paroki Beluran  - Our Lady Of Fatima 

Program tim DYA 'turun padang' diselit dalam program SPYCAMP, St Paul, Ulu Dusun 
- Paroki Beluran -

Bersama para belia Paroki Sandakan - Katedral St. Mary

Bersama para belia Paroki Sandakan - St. Mark dan St Peter
Bersama para belia St. Francis Of Assisi, Kampung Sukang, Misi Paitan

Program Tim DYA 'turun padang' telah dijadikan sebagai Program Youth Monthly Gathering (YMG) di Paroki Tawau dan merupakan penganjuran siri ke 51. Tahniah!

Bersama para belia Paroki Lahad Datu - St Nicholas Tampenau, Our Lady of Pillar Silam dan St Dominic, Lahad Datu

Bersama para belia Paroki St. Martin, Telupid

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent