Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 20, 2017

Seminar Apologetik: Kebenaran Kristiani

Gambar Oleh: Simon Hendrikus
Artikel Oleh: Farnandes


Lahad Datu: Seminar Apologetik julung kali telah diadakan di Paroki St. Dominic Lahad Datu pada 21 Oktober 2017. Penyampai sesi iaitu Franciscan Sisters of Immaculate Conception dengan kerjasama Komiti Kateketikal Paroki telah berjaya menarik perhatian seramai 210 para umat menghadiri seminar tersebut.
Pentakhtaan Alkitab oleh Rev. Fr. Simon Kontou
Seminar ini diadakan bertujuan membuka minda para umat tentang pentingnya pengetahuan akan agama kita sendiri, berikutan keadaan semasa yang semakin mendesak, para umat seharusnya sedar dan harus mendalami iman dan pengetahuan tentang iman Katolik ini.
Pada masa kini para pelajar sangat terdedah kepada dunia luar dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan iman bagi mempertahankan iman Katolik apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di mana-mana institusi pengajian pada masa akan datang.
Sesi "ice-breaking"
Sr. Calista Saliun menyampaikan sesi "Adakah Alkitab dirosakkan?" dan "Adakah Yesus benar-benar disalibkan?"
Antara topik-topik yang telah disampaikan ialah “Apakah itu Apologetik?, Adakah Alkitab dirosakkan?, Adakah umat Kristian menyembah tiga Tuhan?,  Adakah Yesus itu Tuhan?, Adakah Yesus benar-benar disalibkan?”. Para peserta didedahkan apakah itu Apologetik dan sejarah Gereja bagi memahami kebanyakan soalan dan pertikaian dari agama-agama lain pada masa kini tentang agama Katolik.
Sr. Dorothy Aron menyampaikan sesi "Adakah umat Kristian menyembah tiga Tuhan?"
Sr. Evelin Tivit menyampaikan sesi "Apakah iu Apologetika?" dan "Adakah umat Kristian menyembah tiga Tuhan? (bahagian 2)"
Para umat yang hadir pada seminar tersebut diajak untuk tidak mempertikaikan agama orang lain tetapi memahami kebenaran dan logik agama Katolik ini menurut sejarah gereja awal sehingga sekarang dan menurut Alkitab itu sendiri. “Defend our Faith with Love, kita seharusnya menghormati agama orang lain maka orang lain akan menghormati agama kita” demikianlah ungkapan dari Sr. Evelyn Tivit, FSIC ketika ditanya tentang fokus sebenar seminar ini. Seminar pada hari tersebut berakhir lebih kurang jam 5pm.
Sdra. Sebastian menyampaikan cenderahati kepada Sr. Anita

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent