Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Tuesday, December 27, 2016

MESYUARAT DAN REKOLEKSI TIM KOMISI KERASULAN BELIA KEUSKUPAN SANDAKAN

Laporan dan gambar: Philippa Philip dan Bertram Lansing

Keuskupan Sandakan:  Setelah hampir setahun 'berehat' kini tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan bertemu kembali. Pertemuan tiga kali dalam setahun ini tidak dapat diadakan atas sebab memberi laluan bagi penganjuran Sabah Youth Day yang ke - 4 yang telah diadakan pada bulan Jun 2016 di Tawau. Pertemuan selama 3 hari ini, iaitu dari 10 sehingga 12 Disember 2016 telah diadakan di lobi bangunan Pastoral Keuskupan Sandakan.

Wajah - wajah tim KKBK

Pertemuan pada kali ini sedikit sebanyak telah mengubati kerinduan untuk bertemu, berkongsi dan berdoa bersama. Hari pertama selepas misa sunset, pertemuan dimulakan dengan makan malam bersama - sama dan 'catching up' antara satu dengan yang lain. Bukan selalu dapat berkumpul seperti ini apa lagi cabaran utama untuk bertemu adalah jarak dan masa. Namun kesempatan ini diambil dan digunakan sebaik mungkin untuk memekarkan sesuatu yang 'hilang' dan seterusnya diperkuatkan melalui perkongsian bersama.

Hari kedua selesai sahaja doa pagi dan sarapan pagi, mesyuarat Komisi Kerasulan Belia Keuskupan yang ke - 20 dimulakan. Setiap perwakilan mengetengahkan isu- isu belia dan serta program - program yang telah diadakan mahupun yang akan diadakan pada masa akan datang. Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi ahli tim Kerasulan Belia Keuskupan untuk berada dalam tim kerana tahun ini merupakan tahun penyusunan semula ahli-ahli dalam tim. 

Namun semua yang menghadiri mesyuarat ini telah sebulat suara untuk terus kekal dalam tim sehingga mereka berjaya 'memancing' dan mencari pelapis baru untuk menggantikan mereka. Mereka juga bersetuju untuk berjalan bersama dengan ahli tim yang baru sehingga persahabatan yang terbina akan menjadi lebih erat. Bagi mereka yang tidak menghadiri mesyuarat, koordinator Komisi Kerasulan Belia Keuskupan akan memaklumkan kepada mereka dan apa saja keputusan mereka ianya perlu dihormati.

Mesyuarat KKBK yang ke - 20

Aktiviti - aktiviti peringkat Keuskupan bagi tahun 2017 juga telah diketengahkan. Antranya adalah program Youth Leader’s Camp 5 (YLC-5). Program ini akan diadakan di St. Mary, Sandakan pada  22-26 Februari 2017. Semua pemimpin belia dari setiap paroki digalakkan untuk menyertai program ini, kerana aktiviti ini adalah di khaskan kepada para pemimpin belia Keuskupan Sandakan. 

Selain itu, Program Youth Prep Link batch 7 juga akan dijalankan pada tahun hadapan. Saudari Anna amat berharap agar ada antara ahli Tim yang dapat menyertai penuh program YPL ini kerana kebanyakan belia yang mengikuti program ini pasti akan memerlukan “seseorang” untuk mendengar 'suara' mereka lebih-lebih lagi semasa sesi “Self discovery”.

Buat masa ini hampir semua paroki sedang berada dalam proses penyusunan semula ahli tim Kerasulan Belia Paroki (KBP). Manakala Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran pula masih baru. Antara hasil mesyuarat yang diadakan mencadangkan agar, Koordinator KKBK turun ke paroki - paroki selepas penyusunan semula KBP telah diadakan, untuk bertemu dengan tim KBP yang baru dan mengongsikan serba sedikit tentang KKBK, peranan KKBK dan peranan untuk menjadi tim KBP. Ini juga merupakan satu kesempatan untuk mengeratkan persahabatan antara tim KBK dan tim KBP.

Berdoa Rosari di Bukit Marian
Mesyuarat diakhiri dengan berdoa rosari di Bukit Marian dan diikuti dengan makan malam bersama - sama Tim Rakan Belia Remaja yang menganjurkan makan malam tahunan di dewan Paroki St Mary, Sandakan.

Gambar kenangan bersama selepas Makan Malam Tahunan TRBR

Hari ketiga pertemuan merupakan hari bagi tim untuk ber-rekoleksi. Rekoleksi ini dimulakan dengan sarapan dan kemudian doa pagi. “Transisi” merupakan topik utama rekoleksi yang difasilitasikan oleh Sr. Lilian Unsoh. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami transisi atau perubahan dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Perubahan dari segi tempat tinggal, fizikal, umur dan pelayanan juga merupakan satu transisi dalam kehidupan. Beberapa perkongsian mengenai perubahan yang dikongsikan oleh ahli tim sendiri seperti, dulu bujang, kemudian berkahwin dan kini mempunyai anak. Ada juga yang berpindah tempat atas faktor kerja. Ada juga yang berkomitmen dalam pelayanan lain selain dari belia. Namun, apapun yang berlaku, perubahan ini perlu kita terima kerana kita tidak akan dapat mengelaknya. Ini yang dikatakan sebagai "The Calling". Tuhan pasti punya rencanaNya yang lebih besar buat setiap ahli tim KKBK dan panggilanNya itu ada kalanya menyakitkan dan membinggungkan. Namun sekiranya itulah caraNya untuk mendapatkan perhatian kita maka bawa dalam doa agar panggilan ini dipermudahkan bagi kita.


Rekoleksi 'Transisi' pimpinan Sr. Lilian Unsoh

Rekoleksi berakhir dengan makan tengah hari. Mesyuarat dan rekoleksi seterusnya akan diadakan pada 26-28 Mei 2017 di Paroki Our Lady Of Fatimah, Beluran. Harapan untuk perjumpaan seterusnya adalah  ahli tim paroki membawa seorang  “pelapis” untuk menghadiri pertemuan tersebut.


“Lakukanlah apa yang kamu mampu, dan berdoalah untuk apa yang tidak mampu kamu lakukan, maka Allah akan menganugerahi engkau
kemampuan untuk melakukannya”
 - St. Agustinus -

YOUTH PREP-LINK REUNION 2 2016 PERINGKAT KEUSKUPAN SANDAKAN

Laporan : Amado Degullacion dan Jonathan Lucas
Gambar :Amado Degullacion dan Jonathan Lucas

Para graduan YPL mewakili Batch 1,3,4,5 dan 6

SANDAKAN - Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) kali ke-2 merupakan anjuran para graduan YPL dengan bimbingan dari pelayanan belia dari Pejabat belia Keuskupan Sandakan. Program ini telah berlangsung pada 1 sehingga 4 Disember 2016 di Bangunan Fr. Mulder, Katedral St Mary Sandakan yang bertujuan untuk mengumpulkan para graduan YPL dari Beluran, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Telupid serta mengeratkan lagi hubungan solidariti sesama mereka. Seramai 22 graduan YPL telah menyertai program ini.

Reunion ini dimulakan dengan mengalu-alukan semua graduan melalui sesi Time of Life, Ice breaking dan mengimbas kembali kenangan - kenangan YPL melalui slide video dan diikuti dengan Expectation Check. Semuanya menjurus kepada keadaan 'berhenti sejenak' untuk melihat kembali diri sendiri dan pada masa yang sama memekarkan persahabatan antara satu dengan yang lain. 

Time of Life yang di pimpin oleh Saudari Lydiana
Perkongsian dalam sesi Expectation Check

Pada hari kedua reunion dimulakan dengan doa pagi dan diikuti dengan senaman pagi dalm bentuk 'zumba'. Acara senaman ini di bimbing oleh salah seorang graduan YPL batch 6 iaitu Smith Bonnie.

Senaman pagi  dalam bentuk 'zumba'

Sarapan Pagi bersama - sama selepas Zumba

Time of Life
HAri kedua diteruskan dengan sesi Perkongsian yang disampaikan oleh dua orang graduan iaitu saudari Donna Julius, graduan Batch 1 dan  saudara Amado Degullacion, graduan Batch 3. Saudari Donna telah memperkongsikan realiti kehidupan di kampus sebagai seorang pelajar manakala saudara Amado menyampaikan perkongsiannya mengenai realiti kehidupan bekerja sebagai seorang pemusik sepenuh masa. Perkongsian mereka sangat berharga dan dapat membuka mata kepada para graduan YPL yang akan melangkah masuk dalam dunia kampus serta dunia pekerjaan. 

Perkongsian dari saudari Donna Julius dan saudara Amado Degullacion

Berehat seketika sambil berkupi - kupi

Catholic in Me yang di kongsikan oleh Philippa Philip

Sesi seterusnya iaitu sesi Catholic in Me telah dikongsikan oleh saudari Philippa yang mengajak semua peserta dalam aktiviti soal jawab. Aktiviti ini merupakan pembuka dan menguji minda para peserta untuk menjelaskan siapa diri mereka yang sebenar dengan lontaran soalan yang berulang iaitu “Siapa kau?” Para peserta perlu memberi respon yang berbeza setiap kali disoal dengan soalan sama. Sesi ini berfokuskan kepada maksud “Catholic” dan perjalanan mereka sebagai seorang katolik. 

Selepas makan tengah hari,program diteruskan dengan sesi ketiga iaitu sesi My Catholic Faith kesinambungan daripada sesi Catholic in me yang juga dikongsikan oleh saudari Philippa. Dalam sesi ini, beliau memperkongsikan tentang kekayaan iman Katolik dan pengetahuan asas mengenai gereja Katolik seperti sakramen, liturgi dan katekismus. 

Perkongsian dikalangan graduan diadakan berdasarkan beberapa soalan yang berlandaskan kepada sesi - sesi yang telah disampaikan. 

Gambar bersama selepas doa Taize

Pada sebelah malam, selepas makan malam, para graduan diajak untuk membawa pengalaman hari kedua di dalam doa taize. 

Doa Rosari disepanjang Bukit Marian

Hari ketiga dimulakan dengan doa pagi iaitu doa rosari sambil menaiki Bukit Marian. Bagi mereka yang belum pernah menaiki bukit tersebut, ini merupakan satu pengalaman yang berharga bagi mereka. Selesai doa rosari, saudara Amado membawa para peserta untuk melihat tempat-tempat bersejarah di bukit tersebut seperti sebuah empangan lama.

Selepas semua sudah selamat turun kembali dari Marian Hill, para peserta pun menjamu sarapan pagi mereka. Kemudian, sesi keempat iaitu sesi Jesus yang disampaikan oleh saudari Evelyn Doikin dari YouthPrepCentre (YPC), Kota Kinabalu. Sesi beliau membawa tumpuan para graduan kepada siapakah Yesus bagi setiap peribadi mereka dan bagaimana menjadikan Yesus sebagai yang terutama di dalam kehidupan masing-masing.

Sesi JESUS yang disampaikan oleh saudari Evelyn Doikin

Para graduan diajak untuk melukis sebuah lukisan yang menunjukkan siapa Yesus dalam hidup mereka dan melekatkan lukisan mereka di papan tulis.

Aktiviti; My Journey

Selepas makan tengahari, aktiviti outdoor (The Journey) telah dijalankan di mana para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan perlu mengharungi beberapa cabaran ataupun games. Ini merupakan kesempatan bagi para graduan untuk mengeratkan hubungan persahabatan mereka sambil melalui cabaran - cabran yang disediakan sebagai satu tim.

Malam Persahabatan

Malam Persahabatan diadakan disebelah malam yang dipimpin oleh saudara Amado. Sesi ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan solidariti antara saudara-saudari dalam Kristus. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menulis mesej penghargaan kepada setiap graduan yang hadir di atas kepingan kad yang telah diberikan. Semua orang perlu dihargai dan diberi galakan serta sokongan kerana dunia yang dihidupi sekarang sungguh mencabar. Maka melalui sesi ini, para graduan dapat diperkuatkan untuk melalui hari - hari yang mendatang. Sesi ini diakhiri dengan salam damai dan doa malam.


Bergambar kenangan bersama Bapa Uskup Julius Dusin Gitom

Pada hari keempat yang merupakan hari terakhir, telah dimulai dengan menghadiri misa kudus. Selepas misa kudus, semua graduan berkesempatan untuk bergambar bersama Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan kemudian kembali ke Bangunan Fr. Mulders untuk meneruskan sesi seterusnya.

Perkongsian dalam kumpulan

Sebagai penutup tirai program YouthPrepLink Reunion ini, saudari Philippa selaku koordinator program mengajak para graduan dalam memperkongsikan perasaan mereka mengenai reunion ini dan apa harapan mereka untuk masa akan datang. Meskipun tidak ramai graduan - graduan YPL dapat mengikuti reunion ini atas sebab masa yang tidak mengizinkan serta komitmen lain, namun kepada mereka yang hadir, mereka merasakan kembali cinta kasih Yesus melalui sesi yang disampaikan serta persahabatan yang terjalin. 

Semoga Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) akan datang dapat dihadiri lebih ramai graduan. Program ini bukan setakat untuk datang dan berkumpul semula tetapi ia merupakan kesempatan bagi para graduan untuk kembali membaharui iman serta hubungan mereka dengan Yesus dan antara sesama. Program Youth Prep-Link Reunion (YPLR) seterusnya akan diadakan pada tahun 2018 iaitu 2 tahun dari sekarang.


It's always about friendship and love


OFFICIAL OPENING OF MISSION PAITAN PASTORAL CENTER AND CHRISTMAS CELEBRATION

Reported by DaliusLL

Photos by Helda Japanis

Sandakan: Every Catholic laity of Paitan has every reason to rejoice this Sunday 18 December 2016 as it marked the official opening of the Mission Paitan Pastoral Center. The 1200sq feet concrete single storey building, costing RM100,000 provides the mission an office, a meeting room, two guest accommodation rooms and a pantry room.

Previously ever since there was a resident priest in February 2015, the administrative and coordination of the Mission Paitan, which has 14 Chapels, is run in the little wooden cramped priest’s house. The new Parish Center is connected to the priest resident by a parking space which has also become a multi-functional compound.
The auspicious event started with Eucharistic Mass at 10.00am which was attended by more than 800 faithful with His Lordship Bishop Julius Dusin Gitom as celebrant and con-celebrated by the Mission Paitan resident Priest Fr. Thomas Makajil and assisted by Deacon Christopher Ireneus. During the mass a total of 58 boys and girls from the Mission Paitan received their sacrament of First Holy Communion. By looking at the children dressed in white walking in faith to receive this great gift from God proves that the hard work of salvation is bearing fruit. 
After the mass, the prelate accompanied by the resident priest proceeds to solemnise the blessing of the mission pastoral center followed by ceremonial ribbon cutting and unveiling a plaque on the entrance door of the building.

The event continued with a luncheon reception in an open hall of St. Francis Assisi Chapel. The event organising committee Chairman, Welly Pius in welcoming remarks briefed the attendees that this joyous occasion not only meant for the opening of the center but also a celebration of Christmas season and the commemoration of the 38 sacerdotal ordination of the resident priest in this Mission.  As the Chairman of KUK (Komuniti Umat Katolik) in Paitan, he hoped that the Bishop of Sandakan will grant their wishes to extend Fr. Thomas contract in the Paitan mission. He shared that now the mission has seen a tremendous increased in faith since 34 years ago. He pointed out one good example is that the St. Francis Assisi chapel has been expanded to 3 times of its size to cater the ever increasing faithful of Paitan.
In his turn, Fr. Thomas thanked His Reverent Bishop for his strong support and all the groupings from all the parishes within the Sandakan diocese and other diocese for their assistance rendered to the Paitan mission. He said, “Your attendance alone has given the Paitan mission a morale boost.” At the same note, he also acknowledges the assistance from the Member of Parliament of Beluran in contributing towards the construction of the open hall of St. Francis Assisi Chapel.
In his speech, Bishop Julius congratulated the committee for their hard work in organising the event, and extended his gratitude to all the groupings and ministries from within the diocese and other diocese for their unceasingly support to the mission. He congratulated and thanked Fr. Thomas for the dedication work of faith he had done in the mission. The development serves as an inspiration to all and shows that everything is possible with the faith in God. He thanked the assistance from the government especially in funding the infrastructure needed in the mission, and he said, this shows that the government is concerned for the needs of other religion. When touching on the request of the laity in Paitan for the extension contract of Fr. Thomas in serving the Paitan mission, he said that this will be very much depend on Fr. Thomas decision and the laity in Paitan in giving him all the support Fr. Thomas needed.
Catechist of Paitan Mission
The event concluded with the presentations from the representatives of the chapels in the mission Paitan and the highlight was giving away 400 Christmas gifts and goodies to children. The gifts were sponsored by generous parishioners who wished to remain anonymous from St. Mary Cathedral which was coordinated by Mr. Jerry Lo. This was the second year Christmas presents he has coordinated to be channelled to the Paitan Mission.
Organising Committee Chairman Welly Pius

Friday, December 23, 2016

Journalism Training Workshop for Catholic Writers

By Eva Siruno


Kota Kinabalu- “ Eight years to wait for this third Journalism Training Workshop is long enough, so make full use of your time to learn and make Catholic news writing inspired by the Holy Spirit even better ”, Msgr Primus Jouil, Vicar-General and Editor of Catholic Sabah in his welcoming address.

37 participants, 4 of which came from as far as Sandakan and Telupid to attend  the Workshop at Stella Maris Church Catechetical Centre on 10th & 11th December 2016. Indeed, a very rare opportunity which has drawn all high calibre professionals in SOCCOM to facilitate and share their voluntary service and years of experience in the field of journalism.
“SOCCOM or Social Communication, is more than just socializing; it is a beautiful gift from God” said Fr Thomas Madanan, Spiritual Adviser of SOCCOM ADKK. It was set up in April 2001 as required by the Vatican Council in its document Inter Mirifica or “among the beautiful”. He said that its main task is the formation of a right conscience in the faithful in their use of the media, encouraged and regulated at the Catholic domain.(IM#21)

He reiterated that Catholics have the obligation to sustain and assist Catholic newspapers, periodicals, film projects, radio and television stations and programmes (IM#17). Also to pray for its success and to contribute in cash and in kind toward it.(IM#18)
Why write for Catholic media? In Sabah, this serves as an avenue where we can share our faith stories as people of God in this part of the world. This is where the two voices could be heard: that of the pope and bishops (magisterium) which hopefully understood and obeyed and that of every individual Catholic’s concerns, aspirations and hopes.
Furthermore, this can also assist fellow Catholics to widen their horizons from narrow parochial interests to a much broader perspective. If you do not write, how will your children and grandchildren, your fellow Catholics know what God has done for you and for other parishes? It is tantamount to stealing God’s glory” he concluded.
“Dog bites man is not a news but man bites dog is news”, mused by Datuk Joseph Joseph Leong, Chairman of SOCCOM ADKK. Every day the secular news is mostly bad news at the front headlines. For us we look and share good news which has three qualities: current, latest and important.
He likened news writing as “making a cake” whereby one has to get the best ingredients in order to produce a cake. These ingredients in news writing are the 5 W’s and one H. And let the Code of Ethics in Catholic Journalism guide you: to refrain from libellous, conflict driven, obscene and violent reporting. Respect the dignity of the person. Aim to sustain and not to destroy.” he said.
Ruben Sario, a successful journalist who has been in the media since 1987 and member of SOCCOM ADKK said “News is a fact and not an opinion. It depends fully on the facts in your hand. Practise, experience and confidence comes from years of training; so do not be afraid to try.”
Make it a habit to read a lot. Free resources are available for you to read in the net. Never be discouraged if your article is edited.
A picture with no action is like eating an instant noodle with no flavour. We need not please everyone when we edit a picture as we need to focus on the subject matter. More can be done to create an action in the photo that portrays emotion such as joy, sadness, reverence, gratitude etc. Despite being computer savvy and holding the “smartest” phone in your hand, be courteous when you are taking pictures. The work of a journalist is never easy; when approaching people, have the person know your purpose.
He generously imparted priceless knowledge on how to conduct an interview, caption and tips on photos for publication.
“We, in the Catholic faith, when approached by secular media must seek advice from the parish priest or from any SOCCOM members.  As Catholics we must protect our faith and our church”,  he said

Patricia Regis and Irene Obon, Members of SOCCOM KK continued “As this is a Catholic media, one has to be a Catholic writer to reflect your Catholic values and upbringing in your writing. As Catholics, tell your story on the point of view of the Catholic faith; you are “Pro- Life” not adhering to abortion. You could represent the church not only by writing for your group but a piece of the picture of your church.
Report the truth about news and events in your parish by covering the activities of 9 Commissions found in your diocese: Family Life, Women Apostolate, Education, Liturgical, Youth, Catechetical, Social Communication and Human Development. Check parish records, parish events, programmes and activities of the year and check Diocesan website for information. Important information like marriages, baptism, and death census is much needed by the newspaper. This is why if you do not  write and document them, how will others know?
Get permission and respect the right of privacy of the person .Be responsible in taking and sending pictures. The gift of discernment and wisdom from God is an important gift in journalism; and the Holy Bible is the perfect reference.
Agnes Chai, Associate Editor of Catholic Sabah mentioned that the ” Code of Ethics is a good guide that points out what can and cannot go into prints. Catholic Sabah reflects what is happening both in the church, local and universal. It aims to connect Catholics to one another and to other churches.
It is aimed at providing Catholic formation;  imparts good news that is relevant, important and has an effect in the lives of the faithful. Another purpose is to circulate the messages and instructions from the bishops to promote unity and loyalty, and to reach out directly to the people in a regular basis. Catholic Sabah reminds the Catholics that they are part of one large family which includes brothers and sisters from other parishes, dioceses and the whole Catholic world. This is where you are very important as contributors.
She remembered how, as a Sandakan born, her feeling of excitement of having to read news updates from home has really changed her”
Sr Anna , Editor of KK diocese.net told the participants when writing “Their formal titles should be treated as job descriptions. The word” Datuk” should not be used in news stories except  in quoted matters in place of or in combination with their formal title .Therefore religious and clergy conferred Datuk, the religious title takes precedence and so it is with Academic doctorates. Words like prelate, pontiff rector, pastor are to be written in lower case.”

Archbishop John Wong of Kota Kinabalu, in his homily and closing speech echoed the words of Joseph Leong on his definition of communication with an addition of one more-Accuracy.
“Accuracy” explained Archbishop Wong “is when our report is guided by the Holy Spirit. Unless you have a good relationship with him all else have lesser weight.”
In conjunction with the Advent Season he said “JOY means Jesus Others and You. Serve Jesus first then only You are sent to obtain genuine Joy. If Jesus is whom you serve even when you feel difficulty, you feel an inner peace and joy. The Catholic news somehow has inspired many Catholics to return to the church”.
And during the awarding of certificates, he finally commended everyone to “Seek therefore the help and intercession of St Francis de Sales , The Patron Saint of  Writers.”

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent