Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 1, 2016

Ziarah Seluruh Sabah ~ Katedral St. Mary, Sandakan (Hari Kedua)

Oleh: Helen John












Pada hari ke dua, para peserta ziarah memulai hari mereka dengan doa pagi bersama yang dipimpin oleh FSIC Sr. M. Lilian Unsoh. Selepas sarapan pagi, perjalanan ziarah diteruskan menuju ke St. Bede, Nabawan melalui jalan Kalabakan, Tawau yang mengambil masa kira-kira 5 jam untuk tiba ke destinasi seterusnya. Walaupun perjalanan mengambil masa yang lama dan memenatkan namun peserta ziarah tetap bersemangat dan gembira. Setibanya di St. Bede, Nabawan peserta ziarah beserta umat di sana berkumpul untuk makan tengahari bersama.










Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada umat di St. Bede, perjalanan diteruskan ke Menara Salib Nulu Sosopon, Keningau. Di sana peserta ziarah berpeluang untuk naik ke menara salib sambil berdoa. Di samping itu, peserta ziarah juga berpeluang membeli barang-barang kudus. 


Pada jam 7 petang, peserta ziarah tiba di Rumah Retret, Keuskupan Keningau, Tatal (RRKKT) iaitu persinggahan terakhir untuk hari kedua dan juga tempat penginapan untuk semua peserta ziarah. Selesai mendaftar masuk ke tempat penginapan para peserta ziarah berkumpul untuk misa kudus petang yang diupacarakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom dan dibantu oleh Rev. Fr. Philip Muji dan Deakon Christopher Ireneus. 

Dalam homili Bapa Uskup pada hari kedua perjalanan ziarah ini, umat diajak untuk mengikuti sikap Zakeus yang ingin mendekatkan diri pada Tuhan dan pada masa yang sama berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari Tuhan Yesus . Dalam ziarah ini, kita harus berusaha untuk menemukan Tuhan Yesus dan jangan berselindung disebalik keangkuhan diri agar Dia dapat melihat dan menyelamatkan kita seperti Zakeus.







Selesai makan malam, para peserta ziarah berkumpul sekali lagi di dalam dewan untuk mendengar ceramah berkaitan dengan Tahun Belas Kasihan yang disampaikan Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong, Uskup Agung Keuskupan Keningau. 

Dalam ucapannya beliau menjelaskan bahawa Tahun Belas Kasihan ini merupakan suatu harapan bagi kita yang hidup dengan penuh bebanan di dalam dunia yang sarat dengan kejahatan. Apabila kita memasuki pintu belas kasihan nyatakanlah segala hasrat di dalam hati kita dan semoga kita diresapi dengan belas kasihan Tuhan. 

Dalam ucapan akhirnya beliau mengingatkan para penziarah jangan membiarkan cinta kasih Tuhan itu berhenti di dalam pintu belas kasihan tetapi bawalah belas kasihan Tuhan kepada semua orang yang ada disekeliling kita kerana kitalah yang akan menjadi mata, telinga kepada agen belas kasihan Tuhan.


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent