TAWAU – Sempena dengan Tahun Jubli Luar Biasa Belas Kasihan dan Perayaan Ulang Tahun ke-80 kewujudan Kongregasi
Franciscan Sisters Of The Immaculate Conception (FSIC) di Sabah, seramai 31 orang
Franciscan Sisters telah mengadakan
lawatan serentak ke tiga tempat iaitu di St. Stephen Tass, St. Jude Semporna di
bawah naungan Paroki Holy Trinity Tawau dan St. Peter Kunak di bawah naungan Paroki St Dominic Lahad Datu. Lawatan ini diadakan selama dua hari, 11hb dan12hb Jun 2016.
Program ini dianjurkan oleh Franciscan Sisters dengan kerjasama
Komiti Pastoral St. Jude, Semporna pada 11hb Jun bermula 9.00 pagi dan berakhir dengan misa kudus 6.00 petang yang diupacarakan oleh Rev. Fr.
Philip. Seramai 60 orang umat, yang
terdiri daripada belia dan ibu bapa telah menghadiri program ini.
Pengisian hari pertama meliputi pelbagai acara seperti ceramah, tayangan video, perkongsian, soal-jawab serta riadah. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada umat tentang keistimewaan melayani dalam pelayanan sebagai Kongregasi Franciscan Sister di samping menggalakkan
golongan muda untuk lebih memahami akan panggilan hidup mereka.
Acara dimulai dengan para liturgi yang dikendalikan oleh para Sister FSIC,
disusuli dengan ceramah pertama iaitu 'Panggilan Pelayanan sebagai
Franciscan,' seterusnya ceramah kedua bertemakan 'Tahun Jubli Luar Biasa Belas Kasihan dan ceramah ketiga adalah tentang 'Cabaran Iman Katolik.' Ceramah ini diakhiri dengan perkongsian kumpulan serta sesi soal-jawab.
Perayaan Misa Kudus
diupacarakan oleh Rev. Fr. Philip. Aktiviti bersambung dengan makan malam bersama
umat di St. Jude Semporna di mana kehadiran Rev. Fr. Philip, Sister Mary Grace
Deosing, Mother General Of the Franciscan Sisters, Pengerusi MPP Holy Trinity
Tawau Sdra. Andrew Kiat, Pengerusi Komiti Pastoral
St. Jude Semporna Sdra. Michael Chok dan Timbalannya, Sdra. Denis Ong telah memeriahkan lagi suasana lawatan ini.
Hari kedua, 12hb Jun dimulai dengan misa kudus oleh Rev. Fr. Philip sebelum beliau bertolak ke stasiluar. Pada hari ini, para Sisters bersama dengan Pengerusi Komiti
Pastoral Sdra. Michael Chok dan timbalannya, Sdra. Denis Ong serta umat St.
Jude Semporna telah membuat kunjungan ke beberapa buah keluarga yang memerlukan.
Keluarga yang pertama adalah
keluarga yang baru saja mengalami trajedi kebakaran rumah. Kehadiran para sisters dan umat St. Jude Semporna serba sedikit telah menghiburkan keluarga
ini. Keluarga ini kemudiannya dirujuk kepada Society of St. Vincent de Paul (SSVP) untuk
bantuan makanan dan pakaian.
Keluarga yang kedua pula
adalah seorang yang sakit. Kehadiran para sisters, Komiti Pastoral dan umat St. Jude
Semporna, benar-benar menyentuh perasaan umat tersebut kerana lawatan ini
sungguh memberikan sokongan rohani dan mental baginya. Selepas berkongsi dan
bertukar-tukar pengalaman, lawatan ini diakhiri dengan doa istimewa mengikut keperluan keluarga
tersebut.
Keluarga yang ketiga adalah
pasangan suami isteri yang sudah lanjut usia mereka. Walaupun pasangan ini
sudah uzur dan lanjut usia, namun mereka ini kelihatan begitu saling
mengasihi. Selepas bertukar-tukar pengalaman, rombongan pengunjung mengakhiri pertemuan ini dengan doa khas yang telah disediakan.
Pasangan ini kelihatan begitu gembira menerima kunjungan ini.
Memandangkan masa yang begitu
singkat maka lawatan 2 hari ini berakhir dengan salam damai di antara umat St.
Jude dan rombongan Kongregasi tersebut dan selepas makan tengahari para Sister FSIC kembali ke paroki
masing-masing.
No comments:
Post a Comment