Artikel oleh Martha Chia
Ranau : Catholic Teacher’s Guild
(CTG) Sandakan telah mengadakan program ziarah ke Pintu Jubili Belas Kasihan Gereja St. Peter Claver, Ranau pada 2 Julai 2016. Program ini diadakan sempena
Tahun Jubili Belas Kasihan. Melalui program ziarah, para penziarah, khususnya
guru-guru dapat mendalami lagi panggilan Tuhan terhadap setiap individu.
Rombongan ini telah diketuai oleh Sister Lilian Unsoh FSIC dan disertai oleh 43 orang
yang terdiri daripada guru-guru dan ahli-ahli keluarga.
Sr. Caroline fsic memberi taklimat awal
tentang program ziarah
Perarakan
ke Upacara melalui Pintu Jubili Belas Kasihan
Selain perarakan
upacara melalui pintu Jubili Belas Kasihan, para penziarah telah melakukan pembaharuan
janji pembaptisan. Upacara ini telah disempurnakan oleh Father Nicholas Stephen, paderi paroki Gereja St Peter Claver.
Selepas pembaharuan janji pembaptisan
Selepas selesai
acara di Gereja St. Peter Claver, rombongan bermalam di Pusat Retreat Bundu
Tuhan. Pada 3 Julai 2016, rombongan mengikuti Misa Kudus di Gereja St. Pius X,
Bundu Tuhan. Selepas itu, rombongan CTG melawat ke rumah Kanak-Kanak Don
Bosco. Semasa lawatan, rombongan telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk
makanan dan pakaian kepada kanak-kanak di Rumah Don Bosco.
Lawatan ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco
No comments:
Post a Comment