Artikel : Suzana dan Philipa
PYA Holy Trinity, Tawau
Tawau : Program YMG kini kembali lagi setelah berhenti sejenak semata-mata untuk memberi ruang dan laluan kepada persiapan dan pelaksanaan acara SYD ( Sabah Youth Day ) ke-4 yang berlangsung dari 6 – 10 Jun 2016.
PYA Holy Trinity, Tawau
Tawau : Program YMG kini kembali lagi setelah berhenti sejenak semata-mata untuk memberi ruang dan laluan kepada persiapan dan pelaksanaan acara SYD ( Sabah Youth Day ) ke-4 yang berlangsung dari 6 – 10 Jun 2016.
Program ini telah dimulakan semula pada 17 Julai
2016 bertempat di Dewan Paroki dari 12.30 tengahari hingga 3.30 petang. Di anggarkan seramai 150 belia yang mengambil
bahagian. Turut hadir adalah seminarian Raymond Lee.
Bertemakan 'The Heroes' antara objektif YMG-38 kali in adalah :
1. Membantu
belia untuk membina hubungan persahabatan antara satu dengan yang lain.
2. Membentuk
semangat kerjasama dalam satu kumpulan memandangkan masih terdapat belia belum dapat menyesuaikan diri dalam
keadaan kerja berkumpulan atau berkomuniti.
3. Menyedarkan belia untuk mengenal dan meneladani ‘hero’ Kristus dan
para Santo dan Santa.
4. Memberi
pendedahan awal kepada para belia tentang pelayanan di gereja agar belia
bersedia untuk menerima misi
pelayanan gereja khususnya dalam pelayanan iman belia paroki.
(Terdapat ramai belia yang berbakat, tetapi ada di antara mereka yang tidak mengetahui bahawa bakat mereka juga boleh digunakan dalam pelayanan di gereja. Oleh itu, pendedahan awal sangat penting untuk para belia.)
(Terdapat ramai belia yang berbakat, tetapi ada di antara mereka yang tidak mengetahui bahawa bakat mereka juga boleh digunakan dalam pelayanan di gereja. Oleh itu, pendedahan awal sangat penting untuk para belia.)
Program ini bermula dengan pendaftaran pada pukul
12.30 tengah hari disusuli dengan lagu puji-pujian dan penyembahan serta doa
pembukaan. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan
kepada aktiviti yang telah disediakan di mana setiap kumpulan dikehendaki untuk
mencipta "Yell" sebagai tanda kesatuan kumpulan tersebut.
Aktiviti Pembentukan Pasukan (team building)
di mana aktiviti ini benar-benar dapat membantu para peserta untuk bekerjasama
dalam satu kumpulan. Selain itu, kreativiti peserta juga dapat dilihat apabila
mereka berusaha dan bekerjasama untuk menjayakan aktiviti yang memerlukan sokongan dan dorongan setiap individu dalam pasukan.
Program diteruskan dengan acara utama iaitu “The
Heroes”. Dalam aktiviti ini para peserta didedahkan tentang peribadi para
santo/santi berdasarkan hasil dari pilihan nama para santo/santi yang telah
disediakan. Contohnya, nama, asal usul dan apakah misi pelayanan hero tersebut.
Selepas itu, setiap kumpulan membentangkan hasil
carian mereka melalui rakaman video dengan mengguna kreativiti kumpulan mereka
masing-masing. Dengan ini, belia dapat pengetahuan secara tidak langsung
tentang hero-hero Katolik sekaligus memberi kesedaran kepada belia bahawa
“untuk menjadi saksi Kristus, tidak semestinya mereka yang
berpelajaran tinggi dan mempunyai latar belakang yang sempurna.”
Seminarian Raymond memberi kesimpulan untuk
keseluruhan program dengan soalan “siapa itu hero?”. Bagi pendapat seminarian,
hero itu ialah seseorang yang melakukan sesuatu yang orang lain tidak dapat
buat atau lakukan. Jadilah seorang hero dengan melayani, walaupun dalam perkara
yang kecil dalam aktiviti Gereja. Melayanilah dengan kebolehan yang kamu ada”
katanya.
Kemudian aktiviti diteruskan dengan “express
corner”. Setiap peserta diberikan sekeping kertas. Kertas tersebut perlu
dituliskan kata-kata yang boleh memberikan motivasi dan inspirasi untuk
menunjukkan bahawa mereka juga adalah hero. Setelah itu, peserta diberikan masa
untuk melawat pameran Kerasulan Belia Paroki (KBP) di suatu sudut dalam dewan.
Beberapa orang peserta yang sedar akan bakat yang
ada dalam diri mereka, lalu mendaftarkan diri sebagai sub-tim dalam
pelayanan yang mereka minati.
Program YMG ke-38 berakhir kira-kira pukul 3.45
petang dengan doa Jubli Kerahiman. Seperti biasa, ia disusuli dengan sesi bergambar
beramai-ramai dan sedikit makanan ringan untuk dijamu bersama.