Laporan dan gambar: Philippa Philip dan Bertram Lansing
Keuskupan Sandakan: Setelah hampir setahun 'berehat' kini tim Komisi Kerasulan Belia Keuskupan bertemu kembali. Pertemuan tiga kali dalam setahun ini tidak dapat diadakan atas sebab memberi laluan bagi penganjuran Sabah Youth Day yang ke - 4 yang telah diadakan pada bulan Jun 2016 di Tawau. Pertemuan selama 3 hari ini, iaitu dari 10 sehingga 12 Disember 2016 telah diadakan di lobi bangunan Pastoral Keuskupan Sandakan.

Wajah - wajah tim KKBK |
Pertemuan pada kali ini sedikit sebanyak telah mengubati kerinduan untuk bertemu, berkongsi dan berdoa bersama. Hari pertama selepas misa sunset, pertemuan dimulakan dengan makan malam bersama - sama dan 'catching up' antara satu dengan yang lain. Bukan selalu dapat berkumpul seperti ini apa lagi cabaran utama untuk bertemu adalah jarak dan masa. Namun kesempatan ini diambil dan digunakan sebaik mungkin untuk memekarkan sesuatu yang 'hilang' dan seterusnya diperkuatkan melalui perkongsian bersama.
Hari kedua selesai sahaja doa pagi dan sarapan pagi, mesyuarat Komisi Kerasulan Belia Keuskupan yang ke - 20 dimulakan. Setiap perwakilan mengetengahkan isu- isu belia dan serta program - program yang telah diadakan mahupun yang akan diadakan pada masa akan datang. Selain itu, tahun ini juga merupakan tahun terakhir bagi ahli tim Kerasulan Belia Keuskupan untuk berada dalam tim kerana tahun ini merupakan tahun penyusunan semula ahli-ahli dalam tim.
Namun semua yang menghadiri mesyuarat ini telah sebulat suara untuk terus kekal dalam tim sehingga mereka berjaya 'memancing' dan mencari pelapis baru untuk menggantikan mereka. Mereka juga bersetuju untuk berjalan bersama dengan ahli tim yang baru sehingga persahabatan yang terbina akan menjadi lebih erat. Bagi mereka yang tidak menghadiri mesyuarat, koordinator Komisi Kerasulan Belia Keuskupan akan memaklumkan kepada mereka dan apa saja keputusan mereka ianya perlu dihormati.

Mesyuarat KKBK yang ke - 20 |
Aktiviti - aktiviti peringkat Keuskupan bagi tahun 2017 juga telah diketengahkan. Antranya adalah program Youth Leader’s Camp 5 (YLC-5). Program ini akan diadakan
di St. Mary, Sandakan pada 22-26 Februari 2017. Semua pemimpin belia
dari setiap paroki digalakkan untuk menyertai program ini, kerana aktiviti ini
adalah di khaskan kepada para pemimpin belia Keuskupan Sandakan.
Selain itu, Program Youth Prep Link batch 7 juga akan dijalankan pada tahun hadapan. Saudari Anna amat berharap agar ada antara ahli Tim yang dapat menyertai penuh program YPL ini kerana kebanyakan belia yang mengikuti program ini pasti akan memerlukan “seseorang” untuk mendengar 'suara' mereka lebih-lebih lagi semasa sesi “Self discovery”.
Buat masa ini hampir semua paroki sedang berada dalam proses penyusunan semula ahli tim Kerasulan Belia Paroki (KBP). Manakala Paroki Our Lady Of Fatima, Beluran pula masih baru. Antara hasil mesyuarat yang diadakan mencadangkan agar, Koordinator KKBK turun ke paroki - paroki selepas penyusunan semula KBP telah diadakan, untuk bertemu dengan tim KBP yang baru dan mengongsikan serba sedikit tentang KKBK, peranan KKBK dan peranan untuk menjadi tim KBP. Ini juga merupakan satu kesempatan untuk mengeratkan persahabatan antara tim KBK dan tim KBP.

Berdoa Rosari di Bukit Marian |
Mesyuarat diakhiri dengan berdoa rosari di Bukit Marian dan diikuti dengan makan malam bersama - sama Tim Rakan Belia Remaja yang menganjurkan makan malam tahunan di dewan Paroki St Mary, Sandakan.
Gambar kenangan bersama selepas Makan Malam Tahunan TRBR |
Hari ketiga pertemuan merupakan hari bagi tim untuk ber-rekoleksi. Rekoleksi ini dimulakan dengan sarapan
dan kemudian doa pagi. “Transisi” merupakan topik utama rekoleksi yang difasilitasikan oleh Sr.
Lilian Unsoh. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang
pasti akan mengalami transisi atau perubahan dalam keadaan sedar atau tidak
sedar. Perubahan dari segi tempat tinggal, fizikal, umur dan pelayanan
juga merupakan satu transisi dalam kehidupan. Beberapa perkongsian mengenai
perubahan yang dikongsikan oleh ahli tim sendiri seperti, dulu bujang, kemudian berkahwin dan kini mempunyai anak. Ada juga yang berpindah tempat atas faktor kerja. Ada
juga yang berkomitmen dalam pelayanan lain selain dari belia. Namun, apapun
yang berlaku, perubahan ini perlu kita terima kerana kita tidak akan dapat
mengelaknya. Ini yang dikatakan sebagai "The Calling". Tuhan pasti punya rencanaNya yang lebih besar buat setiap ahli tim KKBK dan panggilanNya itu ada kalanya menyakitkan dan membinggungkan. Namun sekiranya itulah caraNya untuk mendapatkan perhatian kita maka bawa dalam doa agar panggilan ini dipermudahkan bagi kita.
Rekoleksi 'Transisi' pimpinan Sr. Lilian Unsoh |
Rekoleksi berakhir dengan makan tengah hari. Mesyuarat dan
rekoleksi seterusnya akan diadakan pada 26-28 Mei 2017 di Paroki Our Lady Of
Fatimah, Beluran. Harapan untuk perjumpaan seterusnya adalah ahli tim paroki membawa seorang “pelapis” untuk menghadiri pertemuan tersebut.
“Lakukanlah apa yang kamu mampu, dan berdoalah untuk apa yang tidak mampu kamu lakukan, maka Allah akan menganugerahi engkau
kemampuan untuk melakukannya”
- St. Agustinus -