Oleh Sr Appollonia Gumpu, FSIC
Foto oleh SOCCOM, St Mary, Sandakan
Foto oleh SOCCOM, St Mary, Sandakan
Tim Penganjur bersama para peserta
Tim Penganjur dan para Penceramah
Barisan Tim Penceramah
Dari kiri: Sr. Dariah, Sr. Veronica, Sr. Imelda, Sr. Appollonia,
Sr. Lucynia, Sr. Patricia dan Sr. Christella
SANDAKAN- Seminar Pemantapan Iman Katolik (PIKAT) telah diadakan sempena Tahun Iman di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan pada 28-30 Jun 2013. Seramai 101 peserta telah menghadiri seminar yang telah dianjurkan bersama oleh Maljis Pastoral Paroki dan Tim Pemantapan Iman Katolik Fransiscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) yang diketuai oleh Sr. Dariah Ajap, FSIC.
Seminar ini telah dimulakan dengan Misa Pembukaan sempena Pesta Rasul Paulus dan Petrus yang telah dirayakan oleh Rektor Paroki Fr. Thomas Makajil. Dalam homilinya, beliau berkata. "Allah memanggil kita tanpa melihat kedudukan, keturunan dan kelemahan kita seperti Rasul Paulus dan Petrus yang dipanggil oleh Allah untuk menyebarkan KasihNya".
Fr Thomas sewaktu memberi homili
Dalam masa yang sama, Fr. Thomas juga mengajak para peserta untuk memelihara iman dan semangat kedua rasul itu dengan mencari kesempatan dan kemungkinan untuk mewujudkan cinta kasih kita kepada Kristus dan sesama.
Suasana sesi suai kenal / menyanyikan lagu puji-pujian
Sesi Pertama: (PENGENALAN) SEJARAH SINGKAT PERPECAHAN GEREJA telah sampaikan oleh Sr. Dariah Ajap, FSIC dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Beliau menjelaskan enam faktor utama yang telah menyebabkan perpecahan Gereja Timur dan Barat:
1. Faktor Kepimpinan-kuasa Sri Paus
2. Faktor Politik
3. Factor Bahasa dan Budaya
4. Faktor Kewujudan Agama Islam
5. Faktor Filioque
Suasana perbincangan dan pembentangan kumpulan mengenai 'apakah perbezaan antara agama Katolik, Ortodoks dan Protestan'.
Sesi ke-2: PERBUALAN TENTANG IMAN telah disampaikan oleh Sr. Veronica Kandaung, FSIC dari Keuskupan Sandakan.
Sesi ke-3: PERBUALAN TENTANG TUHAN telah disampaikan oleh Sr. Imelda Anggang, FSIC dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Sesi ke-4: PERBUALAN TENTANG IBADAH telah disampaikan oleh Sr. Veronica Kandaung, FSIC dari Keuskupan Sandakan.
LITURGI
KATOLIK – EKARISTI
ORTODOKS – LITURGI ILAHI
PROTESTAN – UPACARA IBADAH
Sesi ke-5: PERBUALAN TENTANG PENYELAMATAN telah disampaikan oleh Sr. Patricia Limun, FSIC dari Keuskupan Keningau.
Sesi ke- 6: PERBUALAN TENTANG KEPIMPINAN telah disampaikan oleh Sr. Christella Lim, FSIC dari Keuskupan Keningau.
Sesi ke-7: PERBUALAN TENTANG ETIKA (MORAL) telah disampaikan oleh Sr. Patricia Limun, FSIC dari Keuskupan Keningau.
Pengguguran bayi adalah satu perbuatan membunuh bagi agama Katolik.
Ia menyokong Pro-life dan bukannya Pro-choice.
Sesi ke-8: PANGGILAN UNTUK KESATUAN telah disampaikan oleh Sr. Lucynia Jefrin, FSIC dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Berdoa bersama
Berdialog
Kesemua sesi ini sekurang-kurangnya telah membantu para peserta bukan hanya mengetahui tentang perbezaan antara agama Katolik dengan denominasi agama Kristian yang lain tetapi juga membantu mereka untuk lebih menghargai Iman Katolik mereka serta membolehkan mereka menjawab persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh agama-agama Protestan.
No comments:
Post a Comment