Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 31, 2013

AKTIVITI PMG BAHASA MALAYSIA KE ARAH PERAYAAN HARI PAROKI ST. DOMINIC, LAHAD DATU

Oleh Sebastian Francis

Lahad Datu -  Sempena menyambut hari Paroki Gereja St.Dominic pada 4hb Ogos kelak, sub-komiti Pertemuan Minggu Gembira telah mengadakan aktiviti-aktiviti untuk para pelajar PMG. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah :
KUIZ ALKITAB ( 14 JULAI 2013 )
Kuiz ini diadakan sempena Minggu Alkitab. Kuiz ini disertai para pelajar kelas 4 dan 5. Antara soalan kuiz ialah mengenai perjanjian lama, perjanjian baru dan mengenai sejarah gereja St.Dominic.
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS ( 21 JULAI 2013 )
Seperti tahun sebelumnya, pertandingan mewarna dan melukis diadakan sekali lagi. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori.  Para pelajar dari kelas 1-3 diberi tugasan untuk mewarna gambar. Tema gambar bagi kelas 1 ialah ‘Yesus mengasihi kanak-kanak’. Manakala tema gambar bagi kelas 2 dan 3 ialah ‘Khamis Putih’. Bagi kelas 4 dan 5, para pelajar boleh memilih untuk melukis dan mewarna di antara 3 tema iaitu ‘Gereja-ku St.Dominic’, ‘ Tubuh dan Darah Kristus’ atau ‘Yesus wafat di kayu salib’.

 
 Antara pemenang pertandingan mewarna/melukis.
SUKANEKA ( 28 JULAI 2013 )
Sukaneka PMG terbuka kepada semua pelajar dari kelas 1-6. Sebanyak 10 permainan diadakan. Antara permainan yang diadakan ialah mengisi belon dengan air, bawa belon, membina piramid menggunakan tin, susun doa, lompat dalam guni. Selain itu, pertandingan makan epal juga dibuat sebagai game bonus. Tidak ketinggalan para ibubapa turut berada di persekitaran sukaneka untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Sukaneka bermula pada 11 pagi dan berakhir pada 2 petang. Di akhir sukaneka, penyampaian hadiah bagi para pemenang telah disampaikan oleh Penyelaras PMG BM dan Ibubapa yang terpilih. Secara tidak langsung, sukaneka ini juga mengeratkan hubungan antara para pelajar, ibubapa dan para pembimbing yang telah bersama-sama menjayakan sukaneka ini.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent