Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 9, 2009

HARI PAROKI GEREJA ST. MARY, SANDAKAN

Malam Hari Paroki St. Mary
ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL – Inilah tema sempena Perayaan Hari Paroki Gereja St. Mary yang telah berlansung pada 16 Ogos 2009 lalu. Lebih kurang 500 umat dari seluruh paroki St.Mary Sandakan termasuk outstasi datang beramai – ramai memenuhi Dewan Paroki St.Mary bersama – sama memeriahkan suasana Hari Paroki. Umat yang hadir bukan sahaja membawa keluarga masing – masing malah membawa juga makanan yang pelbagai untuk dikongsikan bersama-sama sempena perayaan yang hanya dianjurkan setahun sekali. Turut hadir dalam perayaan ini ialah Bishop Julius Dusin Gitom, Fr. Thomas Makajil, Fr. Paul Lo, Sister Apollonia, Sr. Liliana dan Sr. Lilian.
Pengacara Cristopher Aban dan Stephen Yong

Fr. Thomas Malkajil Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan
Sememangnya seronok melihat semua generasi dikumpulkan dalam satu perayaan. Tidak kira tua , muda atau semuda kanak –kanak, semua yang hadir adalah satu keluarga. Fr. Thomas Makajil dalam ucapannya menjelaskan bahawa melalui perayaan seumpama ini kesatuan umat kristian dari pelbagai bangsa dan kaum dapat dibentuk. Beliau juga menyarankan agar perayaan seumpama ini diteruskan agar semua pihak termasuk outstasi dapat melibatkan diri.
Roger Julius
“…Kristus mengorbankan diriNya kerana cinta dan kasihNya untuk setiap kita yang ada disini. Raihlah anugerahNya dan milikilah kasihNya. Biar nama Kristus didengar bahawa DIA telah mati bagi semua dan semua bangsa hidup bagi Dia…”
- ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL -” Disampaikan oleh Adik Roger Julius.

Philip Mosinoh
En.Philip Mosinoh wakil dari Majlis Pastoral Paroki, dalam ucapannya lebih menekankan penglibatan belia sebagai ‘back bone of the church’ yang mana mereka merupakan tunggak kepimpinan gereja dimasa akan datang dan contoh kepada generasi yang lebih muda.
Franciscan Sisters Immaculate Conception (FSIC)

Tarian Modern


Tarian Tradisi
Tarian moden berlatarkan lagu ‘JESUS, YOU ARE MY NO.1’ yang telah dipersembahkan oleh belia remaja dari Tim Rakan Belia – Remaja (TRBR), merupakan acara pembuka tirai bagi majlis tersebut. Sejurus selepas pemberkatan makanan oleh Bishop Julius Dusin Gitom, semua paderi, religious dan wakil – wakli MPP dijemput naik di pentas untuk upacara pemotongan kek dan ‘toast’.
Selama-lamanya


Majlis Hari Paroki ini juga dimeriahkan dengan gabungan dua pengacara, Cristopher Aban dan Stephen Yong dan persembahan – persembahan tarian modern dari belia – belia Filipino Pastoral Committee (FPC), Junior Catholic Choir dan nyanyian koir yang merdu para belia dari Chinese Coordinating Committee (CCC) juga dari koir paroki. Belia – belia outstasi juga tidak ketinggalan dengan persembahan tarian tradisional (mengalai) dari Our Lady of Fatima dan persembahan kreatif kitchen band dari St. Paul, Ulu Dusun. Penyeri majlis pada malam itu adalah persembahan comel dan bersemangat dari kanak – kanak sekolah minggu.



Persembahan Koir

Tarian modern oleh belia Timor

Juru teknik dan ahli musik

Hadiah misteri
Hadiah hamper
Majlis Perayaan Hari Paroki Gereja St. Mary diakhiri dengan doa penutup dari Bishop Julius Dusin Gitom.

Komiti Perayaan Khas Paroki (Parish Social Function Committee) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua – ketua kumpulan gereja (termasuk outstasi), individu – individu yang baik hati diatas kerjasama dan dorongan yang diberikan dalam menganjurkan perayaan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua umat yang hadir kerana sokongan yang diberikan dalam menjayakan Hari Paroki Gereja St.Mary, Sandakan 2009. Semoga berkat dan Cinta Kasih Tuhan bersama kita semua.

ALL FOR CHRIST, CHRIST FOR ALL - psfc

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent