Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 29, 2015

FLM OF HTC CONDUCTS OUTREACH PROGRAMME

By Julita Kantod
Tawau : As part of their pastoral plan, the Family Life Ministry of Holy Trinity Parish conducted an outreach programme in one of the furthest outstation under Holy Trinity Church; St. Mark Serudong Laut, Kalabakan on 25 July 2015.

St Mark Serudong Laut is located about 230 kilometres from the town centre. The surrounding areas are huge oil palm plantations and smallholders. It takes some 6 hours for a round trip on rough, hilly gravel road. St. Mark Serudong is visited once or twice a year by the priest.
Nine members of the Family Life Ministry set out as early as 5.30 am and arrived at St Mark at 8.30 am.
The Family Life Ministry took the challenge to share with the local parishioners on the Gift of Marriage and to prepare a few couples for marriage blessing.
60 parishioners, mostly Indonesian immigrants and a few locals participated in the event. According to the elders, there are more than one hundred parishioners who frequent St Mark's Chapel. They long for  pastoral visits by priests, religious and lay leaders. 
The day's event covered the following topics;

  • Gods plan on marriage by Petrus Bernadus
  • Communication in marriage by Sabinah Masitol
  • Economy in the Family by Sylvester Doket
  • Intimacy in marriage by Mario Domingo
  • Marriage, family and natural family method by Julita
  • Briefing on marriage blessing by Melvin Lajanti
The outreach program has indeed brought much awareness to members of St. Mark, Serudong Laut regarding marriage and family issues from the Catholic perspective. They had the opportunity through group discussions to look into the reality of their family life. 
The visit has uplifted their spirit. They were grateful for the concern shown by members of the Family Life Ministry of Holy Trinity Church.
The event ended at 2.00 pm with a closing prayer followed by a group photo session.  

Monday, July 27, 2015

Seminar Pembentukan Pemimpin-Pemimpin Komuniti Kristian Dasar ~ Hari Ketiga, 18hb Julai 2015

Artikel oleh DS dan Dalius LL
Gambar oleh GBell dan Helda

Sandakan : Hari terakhir Seminar Pembentukan ini pada 18hb Julai 2015 dimulakan dengan Doa Pagi dan 7-langkah Perkongsian Alkitab. Ia disusuli dengan perkongsian secara rawak tentang lawatan ke KKD di persekitaran Sandakan. Rata-rata meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bertemu dengan saudara-saudari di KKD Sandakan. Ia adalah satu pengalaman yang mengalakkan, semoga tercapai hasrat Bapa Uskup agar ada KKD yang terpanggil mahu mewujudkan 'KKD Berkembar.'


Hari pertama dan kedua, para peserta diberi laluan untuk melihat dan menilai realiti KKD di paroki masing-masing. Mereka berbincang apa yang sedang berlaku kepada KKD mereka, aktif atau pasif. Kenapa situasi itu berlaku dan kenapa ia masih lagi berterusan. Jika tiada langkah diolah untuk menanginya apa akan terjadi kepada KKD?

Sesi berikut adalah sesi berkaitan dengan tindakan ke arah mengaktifkan KKD. Berlandaskan kepada realiti dan sesudah dinilai dari perspektif analisis sosial dan renungan teologi, para peserta dalam kumpulan paroki masing-masing menyenaraikan tindakan yang perlu diambil untuk mengubah situasi dan menangani isu yang sebenarnya. Mereka mencari pengisian untuk memenuhi ruang di antara realiti dan KKD yang unggul mengikut situasi paroki masing-masing. 
Francis Tan selaku fasilitator dalam sesi Lihat, Nilai dan Tindak
di dalam Seminar Komuniti Kristian Dasar (KKD) Sandakan
Sesi ini merupakan kemuncak seminar tersebut dan dikhaskan tempoh selama 2 jam. Perwakilan setiap paroki diberi ruang untuk menyampaikan pelan tindak mereka. Pelan tindak yang digariskan berfokus kepada isu kepimpinan, sokongan serta dorongan paderi, komitmen sosial dan tanggapan umat terhadap KKD. 

KKD pada hakikatnya bukan satu lagi organisasi tambahan di gereja. Mereka adalah komuniti setempat, lazimnya terdiri dari keluarga-keluarga berjiran dan adalah sebahagian integral penting di paroki.

Program diakhiri dengan Misa Perutusan yang diselebrankan oleh Bapa Uskup Julius dan dibantu oleh semua paderi. Dalam homilinya, beliau menyarankan bahawa kita mungkin lemah semangat seperti Musa tetapi akhirnya dia mengikuti apa yang Tuhan mahukan daripadanya. Kita harus juga seperti nabi Musa yang mana apabila pelayanannya fokus kepada Tuhan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Pasangan Peter dan Airene menghantar persembahan Misa Kudus

Para Bishop seAsia telah menyatakan bahawa gereja di Asia haruslah menjadi gereja yang aktif dan partisipatif dengan cara menggereja baru melalui Komuniti Kristian Dasar. Melalui ini kita mengambil inisiatif menjadikan teras pastoral Keuskupan. Kita juga jangan hilang fokus dengan hanya menumpukan kepada masalah sahaja. Kita harus fokus kepada Yesus, memohon kekuatan, serta bimbingan untuk mendorong kita berjalan terus, untuk terus memimpin walaupun menghadapi pelbagai permasalahan.
Bishop Julius Dusin
Dalam usahasama kita mengenal pasti permasalahan di setiap KKD, kita sama-sama menyertai proses ke arah kebaikan gereja. Dengan sedemikian kita adalah gereja yang berpartisipatif.  Diakhir seminar ini kita bersyukur kepada Tuhan Yesus sebab dia telah memberi kesempatan ini dan tanggungjawab kita dan membantu kita melihat apa yang harus kita lakukan dan memberikan kita jalan penyelesaian kepada masalah KKD dengan cadangan-cadangan yang diberikan oleh semua.
Sr. Appolonia Gumpu (FSIC) selaku pengerusi penganjur Seminar Pemimpin-Pemimpin KKD Keuskupan Sandakan mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama semua peserta  dalam bengkel tersebut selama tiga hari di Pusat Pastoral keuskupan Sandakan.
Album kenangan para pemimpin KKD bersama Bapa Uskup Julius, paderi dan sisters.

Saturday, July 25, 2015

Seminar Pembentukan Pemimpin-Pemimpin Komuniti Kristian Dasar ~ Hari Kedua, 17hb Julai 2015

Artikel oleh DS dan Dalius LL
Gambar oleh GBell dan Helda

Sandakan : Hari kedua, 17hb Julai 2015 bermula dengan doa pagi dipimpin oleh Sr Maria Dipal rgs dan diikuti dengan 7-langkah perkongsian alkitab.



Sesi pertama fokus pada perbincangan ucaptama Bapa Uskup Julius yang dipermudacarakan oleh Sdra Dalius Lobinjang. Peserta dalam kumpulan mengikuti paroki masing-masing merenung tentang situasi dan status KKD mereka berlandaskan kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Bapa Uskup Julius samada ia aktif atau sebaliknya. Jika aktif, apakah kriteria yang menyumbang kepada kemajuannya. Jika tidak, apakah halangannya.

Dalam langkah pertama, peserta diajak melihat isu-isu yang dihadapi KKD. Mereka tertumpu kepada halangan-halangan yang melemahkan KKD. Mereka juga berdiskusi tentang sebab-sebab situasi sedemikian boleh berlaku di KKD mereka. Jika dibiarkan berterusan akan mempengaruhi umat menjauhi diri dari KKD.
Sdr. Dalius Lobinjang
Mereka menumpukan perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Bapa Uskup Julius dalam ucaptamanya. Di antara isu-isu yang dihadapi dalam pertumbuhan KKD adalah tahap semangat sokongan dan inisiatif sesetengah paderi. Cara baru menggereja memerlukan cara baru melayani daripada paderi. Cabaran pastoral lain adalah pembentukan kepimpinan. Pemimpin berbakat adalah perlu namun pemimpin berpotensi boleh dilatih untuk membentuk dan mempromosikan KKD. Satu lagi cabaran yang dilihat ialah komitmen sosial KKD.

Selain itu mereka menumpukan kepada isu pembangunan iman, sokongan daripada pemimpin-pemimpin gereja, sambutan daripada umat awam terhadap hidup berkomuniti melalui KKD, soal kepimpinan, pelayanan dan penjangkauan kepada yang miskin.
Rev. Fr. Jasery Gabuk
Sesi kedua ialah perkongsian yang disampaikan oleh Fr Jasery, rektor Gereja St Martin, Telupid, 'Impak KKD Dalam Misi Kristus.' Beliau menjelaskan bahawa Yesus memberi ajaran kepada pengikut-pengikutnya supaya mereka bersedia didalam pelayanan mereka. Begitu juga apabila pihak Keuskupan menghantar para pemimpin-pemimpin ke luar belajar supaya mereka boleh membawa impak kepada perkembangan KKD.


Misi Kristus didalam KKD  adalah supaya kita menjadi garam dan terang dunia. Kristus telah memberikan kita misi dengan mengatakan, 'Pergilah wartakan Injil kepada dunia,' 'Saya datang bukan untuk dilayani tetapi untuk melayani' dan 'Aku datang bukan untuk orang yang sihat tetapi yang sakit.' Melalui pelayanan di KKD kita membawa impak yang sangat besar kepada misi Kristus.



Mana-mana KKD yang ditubuhkan memang ada kepincangan, kekurangan dan kelemahan tetapi KKD juga menyumbangkan banyak kebaikan. Sepatutnya kita mencari jalan untuk mengatasi masalah itu secara positif. KKD dapat menyumbangkan banyak kepada pelayanan dalam pembangunan iman dan pembangunan fizikal gereja.
Pelapor dari hasil perbincangan dari bengkel
Soal jawab tentang masalah KKD
Wakil setiap 'Kumpulan Teras KKD Paroki' membentangkan laporan mereka berkaitan dengan latar belakang, data, perkembangan, kekuatan, kelemahan serta peluang untuk maju ke depan. Peserta dapat membuat bandingan serta menganalisa apa yang mereka lihat, dengar dan mengalami realiti pada KKD masing-masing. Mereka diberi laluan untuk menilai dan membuat analisa kepada situasi KKD; kenapa ia berlaku dan kenapa ia berterusan berlandaskan kepada renungan teologi serta perspektif sosial.

MISA KUDUS DI PUNCAK MARIA SANDAKAN


Misa di atas Bukit Maria dirayakan oleh Fr Marcellinus Pongking, pembantu rektor, Gereja St Dominic, Lahad Datu bersama dengan semua paderi dan Uskup Julius. Perjalanan ke puncak Bukit Maria agak mencabar namun semua peserta sampai ke puncak Bukit Maria dengan jayanya.

Dalam homilinya, Fr Marcellinus mengingatkan bahawa peraturan adalah perlu untuk keharmonian hidup. Ia sepatutnya mengangkat dan memuliakan manusia sesama. Peraturan harus mengabdi pada kebaikan dan bukan sebaliknya. Peraturan hendaklah berlandaskan kepada kasih. Dialah satu-satunya pengharapan bagi semua bangsa.

Bapa Uskup dan pemimpin KKD berdoa makan
Sesi perkongsian pemimpin KKD dari paroki 
Album kenangan Bapa Uskup Julius dan Rektor paroki Katedral Fr. Thomas Makajil dan Sr. Maria Dipal r.g.s
melawat Komuniti Kristian Santa Maria Sandakan
Pada sebelah malam para peserta berpeluang untuk melawat ke 10 KKD di persekitaran Sandakan. Pendedahan ini membuka ruang bagi para peserta berinteraksi dengan umat di KKD dan mengenali pendekatan pastoral yang digunapakai di KKD berkaitan.   



---------------------------------------------------------------------

PUNCAK MARIA SANDAKAN


ROSARI KORIDOR 






CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent