Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 16, 2017

KURSUS PEMIMPIN IBADAT SABDA DAN PELBAGAI UPACARA DOA BAGI PELAYAN KOMUNI TAK LAZIM GEREJA HOLY TRINITY TAWAU.

Oleh : Julita Kantod

Seramai 30 orang Pelayan Komuni Tak Lazim (Extraordinary Eucharistic Minister – EMC) Paroki Holy Trinity, Tawau  dan 16 pemerhati  telah menjalani  2 hari setengah Kursus pemimpin Ibadat Sabda dan juga pendedahan kepada pelbagai upacara Doa yang bermula pada jumaat malam 4 Ogos hingga Ahad petang 6 Ogos 2017.
Kursus yang dihadiri oleh semua EMC dari setiap Basis atau Kapela dibawah Paroki Holy Trinity ini turut dihadiri oleh beberapa orang pemerhati dari Tim Liturgi dan termasuklah para umat yang berpotensi untuk lantikan sebagai EMC.

Antara objektif Kursus ini adalah :
1. Memberikan pendedahan kepada semua petugas Pelayan Komuni Tak Lazim (EMC) tentang kepentingan upacara Ibadat Sabda dan penyampaian yang lebih efektif
2. Memberi peluang kepada semua EMC untuk memperdalamkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
3. Memahirkan diri dan meningkatkan keyakinan dalam persiapan memimpin Ibadat Sabda dan lain-lain upacara Doa

Kursus in diusahakan bersama Pelayan Komuni Tak Lazim Paroki Holy Trinity dengan kerjasama Tim penceramah jemputan dari Keuskupan Keningau iaitu Katekis John Lainsin, Katekis Aerickson Patrick Marius dan Sr. Patricia Limun dari FSIC.
Walaupun formasi kepada para Pelayan Komuni Tak Lazim sentiasa diadakan setiap tahun namun kursus seperti ini merupakan Kursus Ibadat Sabda yang pertama kali diadakan di Paroki ini.  
Program ini bermula jam 4 petang dengan sesi pendaftaran diikuti dengan jamuan makan malam bersama disusuli dengan sesi input yang pertama yang diadakan dibilik bawah gereja paroki.
Sesi pertama yang dikendalikan oleh Sr. Patricia Limun, FSIC menyampaikan topik berkenaan dengan Upacara memimpin dalam pelbagai jenis upacara doa. Dalam penyampaian beliau antara lain yang dikongsikan adalah seorang Pembantu Ibadat Sabda atau pelayan umat lain boleh melakukan upacara doa dan pemberkatan apabila diperlukan oleh umat atau keluarga masing-masing. “Setiap kita yang telah dibaptis boleh melakukan upacara doa dan pemberkatan dengan adanya mandat dari Paderi Paroki kita, dan sebagai Katekis, pembantu Ibadat sabda, pelayan Komuni Tak Lazim ataupun umat awam seharusnya boleh melakukan doa-doa singkat mahupun doa meriah yang boleh didapati dimana-mana buku Doa katolik yang tersedia" katanya.
Sr. Patricia turut menekankan tentang kredibiliti seorang pemimpin Ibadat Sabda ataupun Pelayan Komuni Tak lazim yang mana mereka seharusnya sentiasa bersedia, berkeyakinan dan mampu mengendalikan upacara doa atau pemberkatan dengan kreatif dan tidak terikat dengan panduan yang ada malah mampu mengubah dan mengolah perjalanan sesuatu upacara tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan setempat. Walau bagimanapun mereka yang telah diberikan mandat tidak dibenarkan untuk melakukan gerak atau simbol yang hanya boleh digunakan oleh para Paderi.
Kerja kumpulan menyusul selepas input pertama ini dimana setiap kumpulan diminta untuk membincangkan bagaimana mengendalikan upacara doa mengikut keperluan.
Sesi pertama ini berakhir pada jam 10.45 malam dan ditutup  dengan doa malam yang dipimpin oleh Sr. Patricia.
Hari kedua 5 Ogos 2017 program dimulakan dengan Misa Kudus harian diupacarakan oleh Rev. Fr. Philip A. Muji pada jam 6.00 pagi di chapel Gereja. Dalam homili singkat yang berdasarkan pada pembacaan Santo Yohanes pembaptis beliau menekankan tentang keperibadian seorang Pelayan Komuni Tak Lazim terutamanya dalam menghidupi pelayanan sebagai pembantu khas paderi dalam mengendalikan sakramen maha kudus. “Contohilah Santo Yohanes dalam pelayanan anda, menjadi saksi benar akan sabda Tuhan dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang sama seperti Santo Yohanes yang menjadi saksi benar sehingga kematiannya. Tunjukkanlah contoh moral yang baik mencerminkan keperibadian seorang pemimpin yang menginjil bukan hanya pada kata-kata tetapi perbuatan" katanya.
Selepas perayaan Misa Kudus, semua peserta diajak untuk sarapan pagi dan sesi seterusnya.

Sesi kedua dikendalikan oleh Katekis John Lainsim dengan topik bagaimana menyampaikan satu homili singkat dengan berkesan. Antara lain perkongsian beliau adalah untuk menjadi seorang yang mampu menyampaikan khotbah yang baik, menarik, mudah difahami dan diingati bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan iman seseorang melalui:
1. Informasi yang diterima dari pembacaan,
2. Seminar atau formasi,
3. Usaha kendiri dalam mendalami sabda Tuhan
4. Latihan dan persiapan yang mencukupi 
5. Cara homili disampaikan termasuklah bagaimana ianya diatur
6. Keyakinan dan kesungguhan dalam penyampaian
Beliau turut memberikan motivasi kepada para peserta untuk sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menyampaikan maksud sabda kepada para umat tanpa ragu-ragu. ”Pengkhotbah yang baik adalah seorang yang mempunyai daya keyakinan diri, persediaan yang kukuh dan mampu menyentuh hati umat dengan mendalam" katanya. Penyampaian yang berkesan boleh mengubah seseorang melalui renungan peribadi mereka.
Kerja kumpulan menyusul dimana setiap kumpulan ditugaskan untuk menyediakan homili singkat dan melakukan praktikal bersama dan secara keseluruhan.
Sesi kedua ini diakhiri pada jam 5.30petang untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin menghadiri Misa Kudus petang.
Progam disambung kembali pada 8.30 malam dengan input yang ketiga iaitu Etika dan Spiritualiti yang disampaikan oleh Katekis Patrick Marius. Antara kandungan input  beliau  adalah tentang keperibadian seorang pelayan Tuhan iaitu :
1. Mempunyai sikap yang benar dihadapan Tuhan – hidup dalam Roh
2. Mempunyai nilai/norma yang boleh diikuti – rendah hati, jujur, tidak angkuh, mesra
3. Dapat menseimbangkan kehidupan antara pelayanan dan tanggungjawab keluarga serta hal-hal duniawi dan Rohani
4. Memiliki kepekaan, disiplin dan komitment dalam tugas yang dipercayakan
5. Sentiasa berusaha memperbaiki dan mengembangkan diri sepanjang pelayanan
6. Memiliki sikap seorang pemimpin yang menghormati sesama dan mewujudkan suasana aman
7. Menghidupi Sabda Tuhan melalui perkataan dan perbuatan
8. Menghidupi panggilan sebagai pelayan Tuhan

“Etika dan Kerohanian seorang Pelayan Tuhan tidak dapat dipisahkan kerana ianya mempunyai maksud yang berbeza namun membantu dalam memberikan kekuatan menuju kepada kesempurnaan peribadi seorang Pelayan Tuhan” katanya. Beliau turut menambah “Kerohanian seseorang itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita tetapi ianya lebih diperlihatkan melalui aura dan perasaan yang kita rasai melalui etika seseorang itu”.
Satu input singkat yang disampaikan oleh Sr. Patricia iaitu Kehadiran nyata Kristus dalam Ekaristi mengakhiri sesi untuk hari tersebut.
Hari terakhir kursus  6 Ogos 2017 ialah lawatan ke dua stasi luar utama iaitu St. Thomas Bombalai dan St. Stephen Tass bagi perjalanan Ibadat Sabda yang sebenarnya dimana hasil lawatan ini para peserta diberi peluang untuk memerhati serta merenung perjalanan dan juga penyampaian Sabda.
Kursus berakhir pada jam 3 petang  dengan sesi  perkongsian dari beberapa peserta serta penggulungan ringkas dari katekis Patrick. Msgr Nicholas Ong dalam penutupan kursus menyatakan terima kasih kepada Tim keuskupan Keningau dan juga Tim Holy Trinity atas usaha yang dilakukan. ”Kepentingan umat di Stasi luar merupakan satu kewajipan bersama, dengan adanya program seperti ini sekurang-kurangnya keperluan di kawasan stasi luar dapat di penuhi atas bantuan para Pelayan Komuni Tak Lazim (EMC-Extraordinary Eucharistic Minister)" katanya.
Seterusnya penyampaian sijil kepada semua peserta diakhiri dengan doa pemberkatan dari Msgr. Nicholas.

Monday, August 14, 2017

Seminar Pemantapan Kerohanian - Pelajar Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT)

Tawau – Persatuan Komiti Kristian Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) telah mengadakan satu seminar pemantapan kerohanian bertempat di Dewan Katekatikal Holy Trinity, Tawau pada 11 sehingga 13 Ogos yang lalu. Persatuan Komiti Kristian KJMT ini merupakan satu pertubuhan untuk jururawat pelatih yang beragama Kristian dari berlainan denominasi. Seramai 51 orang pelatih yang telah menyertai seminar ini.


Pelbagai aktiviti dan sesi yang telah dijalankan. Antaranya ialah aktiviti ”ice-breaking”, puji- pujian dan penyembahan, perkongsian alkitab, ceramah, kaunseling dan penumpangan tangan (Healing). Sesi ceramah telah disampaikan oleh pastor dan umat awam dari pelbagai denominasi.

Miss Ho Sui Chee Penaung Komiti Kristian KJMT memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta yang hadir



Sesi Kaunseling

Berikut merupakan penyampai sesi serta tajuk ceramah yang telah disampaikan.

Penyampai Sesi
Denominasi
Tajuk Ceramah
Ceramah 1
Saudara Francis Kamuntah
Roman Catholic
Definisi Dasar Bertumbuh Dalam Iman
Ceramah 2
Pastor Hillen J Richard
SIB
Faktor-faktor Penghambat Pertumbuhan Iman
Ceramah 3
Pastor Leo Simon
Betani
Latihan Pertumbuhan Iman
Ceramah 4
Penetua Navies Maisin
SIB
Prinsip-prinsip Umum Dalam Memelihara Iman
Ceramah 5
Pastor Salvinus
Calvary
Iman Yang Hidup


Saudara Francis salah seorang penceramah

Pastor Hillen salah seorang penceramah

Berdasarkan maklum balas daripada peserta dan Ahli JawatanKuasa (AJK) penganjur, program ini amat baik kerana melalui program ini, peserta dapat bertukar-tukar pendapat antara berlainan denominasi. Selain itu, peserta dapat melihat dan merasai kesatuan dalam kepelbagaian denominasi, ini kerana kesatuan seperti ini sukar untuk didapati di tempat lain.

Barisan AJK Penganjur
Perasaan bersyukur, bahagia dan gembira menyelubungi para peserta pada akhir program ini. Diharapkan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Parish Family Life Ministry establishment in the Church of Our Lady of Fatima, Beluran

By Eva Siruno


Sandakan:  “If a family is strong in their faith, then our Church will also grow stronger” His Lordship Bishop Julius Gitom stressed in his opening remark.
On 29 July 2017 marked the establishment of the Parish Family Life Ministry in the Parish of Our Lady of Fatima Beluran, the fifth parish of Sandakan Diocese.
Some 30 parishioners gathered from as far as St Paul Church Ulu Dusun, St Anthony Church Bukit Garam, Church of Emmanuel Jaya Bakti and the neighbouring chapels of Beluran.
“It is about time to have your own Family Life Ministry in order to find out the challenges faced by families in your own parish. If you do not know your enemy, how can you overcome them? Therefore, be aware and identify them then together we find solutions”, the prelate said.
A slide show presentation was then elaborated by Cesar Siruno, Chairman of Sandakan Parish Family Life Ministry. He presented the scope of the ministry in the parish, diocesan and regional level, comprising of Malaysia, Singapore, and Brunei jointly participated by the clergies and the religious. Diverse and yet having almost similar tasks : helping to prepare couples before getting sacramental marriage in the Church, Marriage Enrichment Programs, advocating Pro-life through Natural Family Planning(NFP), helping and coordinating  Senior Citizens and single parents, collaborating with other Commissions and ministries in giving talks relevant to family life, visitation and pilgrimage.
“My faith in God was developed as I journeyed together with other members in this ministry”, Floresca James, a widow and a senior citizen said, “then I am able to help others who are journeying alone, just like me, for I cannot give what I do not have”. 

Dimeh Koyopo, of St Mark’s Church, shared: “It was through our (with his wife) experience in handling couples under crises that I was attracted to serve in this ministry. You need to be faithful and committed to your service. It is important to pay attention to my own role and responsibility as a father and as a husband, first of all, before I can tell others to do so. The words “I’m sorry” for a husband is not easy to say, but knowing our “marriage vow” should become a common practice in the home if I were to lead the parish”.

“We couldn’t promise that you will not encounter difficulties and challenges, but be brave, for if we managed to overcome and launched all the activities and programs, you too would be able to do the same” Richard Atilano, ex-PFLM Chairman.

“From the presentation and sharing, we are challenged to broaden our perspective in our understanding of a family as a whole” Hendrikus OLOF Chairman

Gabriel Bali, newly elected OLOF Family Life Chairman shared “I always think of a family in small groups, but now we need to spread our wings, knowing that we have a Mission to do in our parish starting from our family”.

The recent line-up of office bearers 2017-2019 are as follows:
Chairman - Gabriel Bali, 
Asst. Chairman - Camillus Bikanis
Secretary 1 - Linda Marcus, 
Secretary 2 - Anthony Valentinus ,
Treasurer - Cristina Heresilles and Committee members.
A luncheon fellowship followed among those who came. They parted each way at 3 pm.

Thursday, August 10, 2017

华文主日学在8月6日2017年成功举办了一个庆祝圣玛莉堂成立134周年的小活动。我们八位同学在两位老师的带领下,由策划活动,准备工作至实行活动都是我们包办。 活动当天的坚振班同学於八点三十分就聚集在主日学楼准备和排椅子。其他班同学并在九点正从各自班上移步到主日学客厅。当同学们被安排坐好后,司仪Amelia和Jeremy同学就请Clement同学为大家做了个开始祈祷。祈祷后由Desmond同学带着大家进行一项简单而有意义的问答游戏,五位主日学同学答对了问题并得到礼物。过后, Edward同学带大家进行一个小游戏叫“找二十仙“。游戏非常顺利,同学们都很享受和开心。到了节目尾端,由 “活动主席” Vincent做了个结束祈祷后坚振班所有同学把所准备好的小礼物派给每位同学和老师,活动结束於上午九时三十分。


文:Desmond and Amelia
图:Desmond








Monday, August 7, 2017

FAMILY LIFE COMMISSIONING: “DO AS YOU SAY” Gen.18:5

By: Julita Kantod


The Diocesan Family Life Ministry Commission members of Sandakan Diocese held a half day recollection on 22 July 2017, at St. Dominic Lahad Datu, from 10 in the morning to 4.30 in the afternoon.
The theme of the recollection was "Do as you say”, the words spoken by the three angels to Abraham in the book of Genesis, gathered some 18 members of Family Life Ministry, each representing their Parishes. There were 5 from St. Mary’s Cathedral Sandakan, 3 from St. Martin Telupid, 2 from Our Lady of Fatimah Beluran, 4 from St. Dominic Lahad Datu and 4 from Holy Trinity Tawau to be commissioned later in the evening during the Eucharistic celebration.
Recollection began with an opening prayer led by Sr. Evelyn Tivit, FSIC, followed by self-introduction of each member.
The session continued with an inspiring input presented by Eva Siruno, the Diocesan Family Life Commission Chairlady, on the meaning and purpose of Commissioning which reminds them to be faithful to their mission and commitment.
“The Great Commission by Jesus toward His disciples ( Matt.28: 19-20)“Therefore go and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Spirit, and teaching them to obey all that I have commanded you. And surely I am with you always, to the end of the age.” is the most sacred commissioning ever done because it came directly from Jesus’ lips. Jesus’ promise “to be with us always” is the most consoling part of our mission,” she said.
 “Through commissioning, we gain affirmation from the Lord through the church, in our commitment to each other, and provide us a time where we can rejoice and give thanks together. The people’s prayer can charge us up and most importantly, we inspire others to serve in the church “she said.
Commissioning His disciples were the last instruction of Jesus to His disciples before ascending into Heaven. The Mission is to continue and the possible place, to begin with, is in the family, the Domestic Church, where they become the extension of the Church.
Followed by it was a video show about “The Nature and Mission of the Catholic Family, the Garden of Holiness”. This video addressed the need for Catholic families to stand firm by studying our faith and to live it “otherwise you wouldn’t stand the great challenges of today and the times to come”. It challenged everyone into seriousness of their spiritual life as a father, a mother and a child in the family, responsible to create an environment of holiness. The family is a pillar of society where stable families who are living the gospel values are able to transform others in the society.
The program continued with a short reflection session facilitated by Sr. Evelyn Tivit, FSIC. Members recalled and discerned on their experience serving the church and to make sense of every struggle faced. A short group sharing followed right after the session.
All members then proceeded to the chapel for personal reflection using a guided reflection from the Catechesis of Pope Francis to the family. The method that uses texts for personal reflection brought everyone to walk back on their journey, experiences and challenges that they faced along their ministry. There was a silent reflection spent with the Lord and being open to God's presence. Shortly after this, few members shared their reflection throughout their ministry in the Family Life and how God continually sustains them when they are on the verge of giving up.
Recollection ended at 4.30 pm as to prepare them for the Eucharistic celebration and the Commissioning.
The Diocesan Family Life Ministry Commission members were commissioned by Rev. Fr. Marcelinus Pongking , the Assistant Rector of St. Dominic Lahad Datu, during the Sunset Mass on 22nd July 2017.
The Family Life Ministry in Tampenau, Lahad Datu giving the Pre marriage course to 23 couples.
The next day, the Parish Family Life Ministry of St Dominic together with some members from Sandakan, joined the team in giving the Pre-Marriage course to 23 couples in Tampenau, Lahad Datu.

Serving in the Family Life Ministry indeed is a challenging ministry; they are there to help other families to sustain and protect the dignity of the family, and yet they themselves have to struggle to maintain and to sustain their own families in the midst of difficulties and disappointment.  The Lord’s reassuring voice in the gospel of Matthew echoes "do not be afraid; I am with you always; Look, I am sending you out like sheep among wolves; therefore be as shrewd as snakes and as innocent as doves.”

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent