Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label NEWS UPDATE ~ TELUPID. Show all posts
Showing posts with label NEWS UPDATE ~ TELUPID. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Tim KBK Sandakan Bertemu Lagi!

Album kenangan ahli KBK Sandakan di St. Mary Wonod Telupid.
Telupid – St. Mary, Wonod, Telupid menjadi lokasi para ahli Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan mengadakan Rekoleksi dan Mesyuarat pada 15 hingga 17 September 2011 yang lalu.

Tema pada kali ini ialah ‘Para Rasul Yesus’ (‘Disciples of Jesus’) mengingatkan setiap ahli KBK bahawa panggilan untuk melayani haruslah selalu berpusatkan pada Yesus Kristus.

Sesi selama tiga hari dua malam ini terlalu banyak ‘berkat istimewa’ kerana bukan sahaja ahli KBK tetapi pertemuan pada kali ini juga melibatkan para belia dan beliawanis Kapela St. Mary, Wonod. Rata-rata peserta St. Mary, Wonod  menyertai acara seumpama ini buat pertama kali. Hampir 50 peserta menyertai  rekoleksi tersebut.
Anna Teresa Peter Amandus mengendalikan sesi Penyerahan dan harapan
Dalam sesi-sesi input, para penyampai yang terdiri daripada Anna Teresa (‘Penyerahan Harapan’), Francis Tan (‘God’s Call'), Bishop Julius Dusin Gitom (‘Sign of  God’s Disciple’), Bell Lawadin (‘Aku Haus!’), Sr. Lilian Unsoh, FSIC (‘Servant Leader’) dan Fr. David A. Garaman menyampaikan sesi beliau dalam acara puncak iaitu Perayaan Ekaristi.

‘Penyerahan Harapan’ – Setiap ahli Tim KBK diajak untuk merenung dan melihat dalam diri mereka apa yang mereka harapkan dalam rekoleksi pada kali ini. Sesi dimulakan dengan video klip perjalanan KBK yang telah memasuki usia dua tahun sejak mereka diutus sebagai Tim KBK pada 7 Mac 2010 yang lalu. Harapan – harapan mereka ini telah dikongsikan bersama – sama dengan belia – beliawanis Kapela St Mary, Wonod dan kemudiannya membuat penyerahan dihadapan altar dengan diiringi lagu “I Offer My Life”.

‘God’s Call’ – Tim KBK sangat bersyukur kerana dapat memperolehi banyak pengajaran dan informasi yang berguna melalui sesi Francis Tan yang mana telah mencabar tim melihat diri mereka sebagai yang melayani di gereja. Beliau juga telah mengongsikan  bahawasanya setiap orang yang melayani harus menyangkal diri sendiri dan melebihkan keperibadian Yesus dalam diri dengan itu apa sahaja cabaran yang diberikan dijadikan sebagai satu ‘opportunity and not a problem’.
Encik Francis Tan sedang menyampaikan ceramah tentang Panggilan Tuhan
“Our mission is to continue the works of Jesus Christ and to make His name known, loved and honored”. Francis Tan
Album Kenangan Francis Tan, Fr. David Garaman, Ahli-ahli DYA dan belia St. Mary Wonod.
Selain itu Francis Tan juga mengongsikan pengalaman beliau setelah dibaptis menjadi seorang Katolik pada tahun 1987. Satu pengalaman iman yang penuh cabaran. ‘Be the bearers of hope.’ Sekiranya hidup kita tidak pernah mengalami saat kegelapan, kita tidak akan pernah melihat cahaya Kristus dalam kehidupan kita.
Bapa Uskup Julius sedang menyampaikan ceramahnya
‘The Sign of God’s Disciple’ – Dalam Sesi ini Bishop Julius mengongsikan bahawa panggilan adalah satu anugerah dan setiap mereka yang dipilih adalah berdasarkan cinta kasih. Bishop menerangkan “setiap yang dipanggil dan dipilih perlu mengikuti corak hidup Tuhan Yesus, belajar dari Tuhan Yesus dan apabila kita mengikuti Yesus, kita akan ada satu identiti iaitu cinta kasih. Bishop Julius juga menerangkan tiga perkara penting iaitu:
  • a) Kita dipilih oleh Tuhan Yesus untuk
  • b) hidup bersama DIA dan
  • c) kita diutus olehNya.
Album kenangan bersama Bapa Uskup Julius, Fr. David, Sr. Lilian, Ahli DYA/KBK dan belia Wonod
Bishop Julius juga menambah bahawa apabila kita diutus kita sebenarnya menyertai misi Tuhan. Dengan itu kita harus komited dalam pelayanan dan harus setia. Kesetiaan dalam doa, pelayanan dan tugasan serta tanggungjawab adalah nilai hidup kita sebagai yang melayani.
G. Bell Lawadin membawa renungan tentang Air yang mendahagakan
‘Aku Haus’ – Saudara Bell mengajak peserta merenung beberapa pengertian yang berkaitan dengan 'kehausan' bermula dari kisah Raja Daud yang berundur dari perang dan merasa haus akan air perigi Betlehem di kawasan musuh, lalu membandingkan dengan kehausan Yesus iaitu salah satu dari tujuh sabda Yesus semasa di Kayu Salib di bukit Kalvari.  Bell juga mengaitkan sabda pengampunan Yesus kepada mereka yang tidak tahu. "Apakah Belia hari ini 'dahaga' akibat kurang pendalaman hikmat pengertian?"


Seterusnya renungan cerita tentang kehausan perempuan Samaria  yang munafik, bermasalah moral, bernafsu besar, tidak setia itu yang datang ke perigi Yusuf untuk mengambil air,  namun ia bertemu pula dengan Yesus yang menawarkan air kehidupan kekal. Pertobatan perempuan Samaria berhasil menyerahkan seluruh penduduk kota kepada Yesus.


Kini, renungan seterusnya adalah tentang kehausan belia Keuskupan Sandakan yang terukir di kad doa belia, diakhiri dengan ayat yang  menyatakan... 'ingin menjadi... seturut kehendak Tuhan'.  Teriakan kehausan dan pencarian belia tentang kebenaran' jelas kelihatan pada laporan laporan dari bengkel Konsultasi Belia 2010 amat membimbangkan.  


Apa yang harus kita buat?  Akhir sesi suatu ajakan untuk meditasi singkat bertujuan melihat diri pribadi sebagai pelayan atau rasul yang terhad dan seringkali gagal, apa lagi membawa 'air itu' ke hadapan belia yang kehausan?  Peserta diajak melihat peranan Roh Kudus dan Tuhan Kristus  yang empunya ladang.
Sr. Lilian FSIC mengkongkritkan hubungan sesama belia keuskupan dengan suatu upacara simbolik iaitu mencuci tangan rakan disamping kesempatan untuk perkongsian bakat-bakat dan memberi penghargaan serta ucapan terimkasih atas segala pelayanan.

‘Servant Leader’ – “Jesus is the perfect servant leader” begitulah antara perkongsian yang diberikan oleh Sr. Lilian Unsoh FSIC dalam sesi ini. Beliau juga melontarkan  soalan “Selama hampir dua tahun bersama dengan KBK, apakah sumbangan saya, adakah saya benar-benar menghidupi identiti sebagai seorang pelayan Tuhan?” dan “Am I a servant Leader?”  kepada setiap ahli KBK untuk dibawa dalam renungan peribadi. Sejurus selepas itu acara perdamaian dan peneguhan melalui mencuci tangan  dijalankan dikalangan  ahli KBK.
Perayaan Ekaristi  (Korban Misa Kudus) bersama-sama dengan umat St. Mary Wonod Telupid
Penghargaan dan terimakasih kepada umat Katolik St. Mary Wonod.
Perayaan Ekaristi merupakan acara kemuncak bagi rekoleksi ini dan dalam khotbah Fr. David, beliau merumuskan semua sesi-sesi rekoleksi dengan  menegaskan kepada setiap ahli KBK bahawa pelayanan dan kehidupan harus berpusat kepada Kristus agar kita tahu siapa dan apa yang kita perjuangkan.

Selesai Misa Kudus, acara diteruskan dengan sesi rekreasi antara ahli KBK dengan makan malam dan merayakan Hari Ulang Tahun KBK yang pertama.
Meskipun ahli DYA dipisahkan dengan geografi yang jauh mereka mampu meneruskan perjalanan bersama,
 dan malam ini mereka bergembira untuk merayakan aniversari pertama. Mereka semakin berkeyakinan untuk memimpin belia ke suatu arah visi yang bakal ditemui melalui proses konsultasi.
Malam sosial yang merayakan Aniversari Pertama DYA/KBK Sandakan
Fr. David menyampaikan cenderakenangan DYA kepada Fr. Jasery selaku rekor paroki St. Martin Telupid semasa majlis  ulang tahun pentahbisan kepaderian.
Di hari ketiga, selesai Doa Pagi, hidup berkomuniti diteruskan dengan mengambil sarapan pagi bersama-sama. Setelah itu  mesyuarat KBK diadakan termasuklah Sesi Evaluasi antara ahli berkenaan Rekoleksi dan Mesyuarat KBK pada kali ini. Dibawah adalah antara perkongsian singkat dari ahli KBK mengenai rekoleksi kali ini.

“Preparation in terms of spiritually, physically and materially for effective recollection” ~ Fr. David, DYA Spiritual Advisor

“The joy of being able to come together again and be enrich with the graces of the Lord” ~ Sr. Lilian FSIC, DYA Assistant Spiritual Advisor

“Never ending laughter. The reconciliation and affirmation really helps in strengthening my faith in doing God’s mission as full time youth. We celebrate the first DYA Anniversary.” ~ Anna, DYA Coordinator

“Pentingnya perdamaian di antara sesama terutama ahli dalam tim” ~ Hildy, Telupid

“Pengalaman penting yang saya perolehi daripada rekoleksi ini adalah bagaimana hubungan saya dengan Tuhan. Puji syukur kerana semua sesi yang disampaikan terutama sekali Bishop Julius amat menyentuh dan menguatkan lagi semangat saya untuk terus melayani” ~ Bertram, Telupid

“Hubungan saya dengan Tuhan + sesama + saya = happy” ~ Angeline, Telupid

“Kita dipilih untuk hidup bersama Tuhan Yesus dan diutus untuk menjadi saksi-saksi Kristus!” ~ Victoria, Lahad Datu.
Album kenangan di penginapan Jabatan Hutan Telupid.
“Being a disciple of Jesus is to live the way He was. It’s tough but I’ll do my best” ~ Rikkie, Lahad Datu.

“Ada begitu banyak panggilan dan kita perlu betul-betul mendengar untuk betul-betul menjadi alat di dalam pelayanan. Ada begitu banyak ‘kehausan’ dan kita harus mengisi begitu banyak kasih atau apa sahaja untuk memenuhi ‘kehausan’ itu.” ~ Yusvina, Lahad Datu

“Dalam rekoleksi ini, saya ada menemui ketenangan dalam diri saya dan dapat menyerahkan diri saya sepenuhnya kepada Yesus. Mungkin juga sebab sesi pertama itu ada pertanyaan “Apakah yang kita inginkan daripada rekoleksi ini?” saya minta untuk menemukan ketenangan dan syukur juga permintaan itu disampaikan. Thank You Lord!” ~ Sarah, Sandakan

“Memberi ruang kepada diri sendiri untuk menerima sesuatu. Selagi kita tidak mengenal ‘kegelapan’ selagi itu kita masih berada/tersangkut di dalam ‘terowong’” ~ Schoffal, Sandakan

“Selalu berpusatkan pada Yesus Kristus. Amen” ~ Airene, Sandakan

“Saya dapat merenung kembali panggilan dan sebab saya dipilih untuk menjadi diantara pemimpin DYA dan pemimpin belia di Paroki sendiri. Saya belajar untuk terus setia kepada Tuhan Yesus dan komited dalam pelayanan. Dapat juga ke St Mary Wonod dan berkenalan lebih ramai kawan.” ~ Felsa, Tawau

“Saya disegarkan, ditambah dan diperluaskan pemahaman lagi pasal palayanan ini. Inilah yang saya jangkakan apabila saya datang di sini. Puji Tuhan” ~ Esther, Tawau

Rekoleksi/Mesyuarat diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai bersama dengan umat dan belia St. Mary, Wonod, Telupid.
Ahli DYA akan merenung dan mencatat ispirasi sepanjang rekoleksi untuk dokumentasi
Sabda Tuhan adalah makanan rohani untuk terus setia dalam pelayanan
Mesyuarat dipengerusikan oleh Anna Teresa Peter Amandus. Kelihatan Fr. David Garaman selaku penasihat rohani belia dan sister Lilian FSIC selaku animator belia.
Mesyuarat DYA yang mampu memerahkan otak namun diselitkan sedikit dengan gerakan tarian 'kecak-kecak' yang amat melucukan.
Rekoleksi dan mesyuarat DYA membawa banyak berkat Tuhan, kenangan manis dan semoga bertemu lagi.
Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan


Thursday, August 11, 2011

Salib Belia SYD-3 kini berada di Telupid

Ketibaan rombongan Belia Katedral St. Mary, Sandakan

Menurunkan Salib Belia SYD-3

Salib Belia SYD-3 dan Ikon Bonda Maria diarak dari luar gereja

TELUPID – Salib Belia SYD-3 akhirnya tiba pada 7hb Ogos 2011 di Paroki St. Martin, Telupid sebagai destinasi terakhir dalam Keuskupan Sandakan sebelum dihantar ke St. Pius, Bundu Tuhan (Keuskupan Agung Kota Kinabalu) pada 27hb Ogos 2011.
 Belia dan umat St. Martin bersama Fr. Jasery
bersiap untuk menerima Salib Belia SYD-3

Fr. Jasery menyambut rombongan dari Sandakan

Rombongan dari Katedral St. Mary, Sandakan yang tiba seawal 8 pagi di perkarangan St. Martin, disambut oleh Tim Pelayan Belia Paroki (TPB) dan umat lebih kurang 300 orang yang turut sama-sama merayakan Misa Kudus.
Belia St. Martin mengarak Salib masuk ke dalam gereja

Salib Belia dan Ikon Bonda Maria telah diserahkan oleh Kordinator TBP Katedral St. Mary, Airene Gumanas kepada Kordinator TPB Paroki Telupid, Hildy @ Boy Albert dan disaksikan oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel.
Kumpulan Pemain Gong



Upacara penyerahan dan penerimaan Salib


Perarakan yang bermula dari luar gereja itu diiringi oleh paluan gong berentak suku kaum Labuk di luar gereja telah menyemarakkan acara sambutan penuh tradisi ini.

Belia St Martin mengarak Salib masuk ke dalam Gereja


Salib Belia SYD-3 akan berada di Paroki St Martin, Telupid
dari 7hb hingga 27hb Ogos 2011

Dalam homili, Fr. Jasery mengingatkan umat bahawa Salib ini bukan hanya ditujukan kepada para belia tetapi kepada semua orang yang mengenal Kristus.
Seminarian Milter Mario membacakan Injil

“Salib ini merupakan lambang ‘penderitaan Kristus’- yang disalibkan atas dosa manusia dan juga ‘kemenangan Kristus’- yang bangkit mengalahkan alam maut”, jelasnya.

Seterusnya Fr. Jasery mengajak umat untuk mendekati Salib dan Ikon Bonda Maria semasa berada selama 20 hari di gereja ini.
Umat berdoa di hadapan Salib

Airene Gumanas

Menurut Ariene ketika memberi sebahagian kesaksian ketika bersama dengan Salib dan Ikon Bonda Maria ini berkata, bahawa banyak mukjizat dirasai selain rintangan dihadapi para belia. Namun, berkat doa serta persediaan yang rapi dari segi rohani semua belia dapat melalui dengan hati terbuka.
Hildy Albert


Hildy juga turut berkongsi pengalaman di mana para belia paroki telah membuat persediaan rapi terutama dari segi rohani selama dua hari untuk menyambut Salib ini.


-SOCCOM SMT-

Wednesday, June 8, 2011

Gereja St Martin Telupid ditambahluas


Jemaat Katolik sedang bersembahyang
TELUPID – Keselesaan serta suasana yang menyenangkan menjadi faktor kehadiran umat ke gereja selain mencari kedamaian untuk bertemu dengan Tuhan setiap diadakan ibadat atau merayakan satu-satu upacara di Gereja.
Santuari baru
Bangunan yang didirikan 1994 dan siap pada Disember 1995 ini dengan keluasan 3,750 kaki persegi hanya memuatkan lebih kurang 300 umat dalam satu-satu masa dan menjadi sesak apabila tiba perayaan besar yakni Jumaat Agung, Paska dan Hari Natal sehingga pihak gereja perlu mendirikan khemah.

Menyedari situasi ini, pihak Diosis Sandakan telah berusaha untuk menambahluas bangunan  bagi menampung kehadiran umat pada Ulang Tahun Diosis ke-4 pada 15 – 16 Oktober ini.
Dilengkapi dengan 'down light'
Bermula awal Disember 2010, kerja-kerja menyambung bangunan gereja telah dilakukan dan mula digunakan pada minggu pertama musim pra-paskah.
Bahagian Koir
Dengan tambahan keluasan 1,500 kaki persegi dan mampu memuatkan 100 umat tambahan dan ruangan yang lebih selesa telah meningkatkan kehadiran umat pada setiap upacara gereja.
Bahagian yang ditambahluas (dilihat dari dalam)
Bangunan Gereja Santo Martin sekarang ini mempunyai keluasan 5,250 kaki persegi atau 105’ panjang x 50’ lebar.
Bahagian yang ditambahluas (dilihat dari luar)
Kerja pembaikan dan naiktaraf kepada bangunan Dewan Paroki akan bermula sedikit masa lagi.

SOCCOM Telupid

Thursday, May 26, 2011

KKD ADALAH GARAM, RAGI DAN TERANG KEPADA MASYARAKAT: BISHOP JULIUS

Selebran: Rt. Rev. Bishop Julius dan Rev. Fr. Jasery
Perayaan Ekaristi Kesyukuran Kaamatan Paroki St. Martin, Telupid
Dirayakan di Chapel St. Patrick Entilibon Zon Tongod.
TELUPID – Kapela Santo Patrick, Entilibon dalam Zon Tongod berjaya menganjurkan  Perayaan Kaamatan Peringkat Paroki pada 22 Mei 2011  bertemakan  ‘Mencari Tuhan di dalam Kebudayaan’. 


“Pada perayaan Kaamatan Paroki ini diharapkan mesej tema ini dapat disebarluaskan kepada semua umat agar benar-benar difahami dan dipraktikkan dalam hidup keluarga” demikian pesan Bapa Uskup Julius D. Gitom kepada hampir 1,000 umat sama ada umat Katolik mahupun masyarakat setempat yang turut hadir. 

+ Rt. Rev. Bishop Julius
Uskup menjelaskan bahawa Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang berpusatkan Kristus menyeru kepada umat agar menjadi ‘Garam’, ‘Ragi’ dan ‘Terang’ kepada masyarakat sekitar. 

Kehadiran umat menghadiri Misa Kudus Kaamatan menjangkau 1000 orang. Umat sedang mendengar pesan Bapa Uskup tentang budaya mengasihi Tuhan dan sesama dipraktik melalui  komuniti.
Menyentuh mengenai tema yang dipilih tahun ini, Bapa Uskup berkata, ia amat tepat dan sesuai kerana Tuhan adalah asas hidup berbudaya terarah pada kasih dan pelayanan. 

“Budaya mengasihi dan melayani merupakan dasar hidup Kristian, bila kita menghayati nilai budaya yang positif dan baik dengan sungguh-sungguh maka kita dapat menjadi ‘Tanda Kasih Allah kepada dunia’, ujar Bapa Uskup yang menjadi selebran dalam perayaan tersebut. 

Kapela St. Patrick yang terletak 15 km dari Paroki Pusat telah merayakan Kaamatan ini di peringkat Paroki buat julung kali. 

Selepas Misa Kudus. Bapa Uskup Julius merasmikan kaamatan dengan memukul gong.  Seterusnya upacara  mengetam padi dan menyerahkan simbol kepada Zon Tuan Rumah Perayaan Tahun 2012. Gambar keempat acara pemotongan kek kaamatan beramai-ramai.
Bapa Uskup turut mengumumkan tuan rumah bagi Perayaan Kaamatan 2012 adalah bertempat di Zon Nangoh dan simbolik penyerahan berupa ‘Wakid’, ‘Sirung’ dan ‘Rilibu’ disampaikan kepada Julian A. Kidap mewakili Kapela St. John, Rumidi Nangoh. 

Fr. Jasery G. Emmanuel
Paderi Paroki Santo Martin, Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel turut merakamkan penghargaan kepada umat dalam Zon Tongod terutama di Kapela Santo Patrick yang telah bertungkus lumus berusaha dengan tekun dan gigih sehingga perayaan ini menjadi realiti seperti yang telah dirancang. 

Albert Matusin. Pengerusi Majlis Pastoral Paroki.
Turut berucap ialah Pengerusi Pastoral Paroki, Albert Matusin yang mengongsikan makna ‘budaya Kaamatan adalah budaya kesyukuran’ di mana segala aktiviti yang berkaitan dengan perolehan hasil adalah kaamatan atau penuaian bagi umat beriman. 

Albert Bahari. Pengerusi Penganjur. Kaamatan St. Patrick Entilibon. Zon Tongod
Pengerusi Penganjur, Albert Bahari merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini terutama Paderi Paroki dan Bapa Uskup yang sudi bersama-sama dengan umat merayakan perayaan ini. 

“Juga kepada dermawan yang telah menghulurkan sumbangan berupa kewangan, material atau buah fikiran untuk menjayakan perayaan ini”, jelasnya. 



Selain makan bersama berasaskan masakan tradisi, pelbagai acara persembahan mewakili Zon Pekan, Zon Jalan Ranau, Zon Nangoh, Zon Jalan Sandakan dan Zon Tongod selaku tuan rumah. 



Album kenangan bapa Uskup bersama penganjur pelaksana
SOCCOM (LM)
Paroki St. Martin Telupid

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent