Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 27, 2020

Welcoming Junior Gathering (CSF-UMS SANDAKAN) - Oktober 2020


Pada 24 Oktober 2020 yang lalu, Catholic Student Family (CSF) UMS Sandakan telah mengadakan program 'Welcoming Junior Gathering' dengan bertemakan 
“Young man, I say to you arise!” Lukas 7:14. Program ini bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar Katolik yang baharu sahaja masuk ke Universiti Malaysia Sabah, cawangan Sandakan,  untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah. Program ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 29 orang pelajar telah mengikuti program ini termasuk beberapa jemputan khas iaitu dari wakil DYA (Diocese Youth Apostolate) iaitu Sr.Rusiah Garuk fsic, Fettwinda Sipaan, Herry Kamuntah dan Corey Felino Henry. Christopher Aban selaku wakil PYA (Parish Youth Apostolate) Sandakan dan Janarius Majin selaku wakil dari Gereja St. Petrus, Sungai Manila juga turut serta dalam program ini. Seramai 5 orang pelajar baru yang mengikuti pertemuan ini dan selebihnya merupakan pelajar yang masih menuntut di kampus. Turut serta dalam WJG adalah alumni UMS.

Program dimulakan pada jam 8.00 malam dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Bellericter dan di susuli dengan ucapan alu - aluan dan pengenalan ahli CSF sesi 2019/2020. Acara diteruskan dengan pengenalan dan sejarah penubuhan CSF UMS Sandakan oleh Presiden CSF iaitu Macarius Sading kemudian ucapan dari jemputan khas iaitu wakil DYA, Sr Rusiah Garuk fsic, Wakil PYA, Christopher Aban dan wakil Gereja St. Petrus iaitu Janarius Majin. 

Seterusnya aktiviti 'Ice breaking' yang difasilitasikan Voney Sinton dan Elvian Edmund. Ini adalah bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan pelajar baru dan para jemputan. Program dilanjutkan lagi dengsn sesi perkongsian daripada pelajar kampus UMS dan alumni UMS dan seterusnya sesi soal jawab bagi pelajar - pelajar baru.

Di akhir program, Presiden CSF, Macarius Sading memberikan ucapan, galakan dan kata-kata semangat kepada pelajar baru. Beliau menyeru agar pelajar - pelajar yang baru dapat menyerlahkan dan meneroka petensi serta bakat dalam diri mereka agar bakat - bakat ini dapat digunakan untuk melayani Tuhan.  Program WJG berakhir pada jam 10.15 malam dengan doa penutup yang dipimpin oleh Ferudelin Lanus. 

Semoga melalui program ini, pelajar - pelajar kampus khususnya di UMS cawangan Sandakan akan dapat meneruskan pertemuan - pertemuan seumpama ini agar semangat dan kesatuan komuniti pelajar kampus khususnya Katolik dapat terus disegarkan dan mereka saling menyokong antara dengan satu dengan yang lain.

Laporan disediakan oleh Corey Felino Henry

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent