Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 28, 2020

SMK KONVEN ST. CECILIA KALI KE - 4 MEWAKILI PERTANDINGAN KUIZ BIBLE KNOWLEDGE PERINGKAT KEBANGSAAN

Gambar: Team Guru BK dan Laporan: Jamini Francis

Sandakan: Dua pasukan daripada SMK Konven St. Cecilia, Sandakan telah mewakili Sabah dalam Pertandingan Kuiz Bible Knowledge SPM. Berbeza dengan tahun sebelumnya, kuiz kali ini telah dijalankan melalui atas talian(online). Di peringkat negeri Sabah, dua pasukan ini telah mendapat tempat pertama dan kedua. Penglibatan SMK Konven St. Cecilia ke peringkat kebangsaan merupakan kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2017.
Kuiz melalui talian pada 1 Ogos 2020 lalu
Program Kuiz Bible Knowledge SPM merupakan anjuran Malayan Christian Schools’ Council. Program melalui atas talian ini telah bermula sejak 27 Jun dan berakhir pada 1 Ogos 2020 (Peringkat Kebangsaan). Difahamkan bahawa seramai 2,322 peserta di seluruh negara telah menyertai kuiz melalui atas talian susulan pandemik virus Covid-19. 
Hasil keputusan di peringkat Kebangsaan, dua pasukan tersebut telah meraih tempat ke-4 dan tempat ke-6 daripada 13 pasukan di seluruh negara. Ini merupakan satu pencapaian terbaik sejak tahun 2017. Pasukan yang mendapat tempat ke-4 diwakili oleh Evelyn Aguinaldo dan Yvonne Isabel Chong. Manakala pasukan yang mendapat tempat ke-6 diwakili oleh Starr Hiew dan Crissy Albert Liow. 
2 pasukan mendapat tempat ke-4 dan ke-6
2 Pasukan bersama Pengetua dan Barisan Penolong Kanan serta 2  guru penasihat kuiz
Dalam pada itu, di peringkat Sandakan, para pelajar yang menduduki kuiz Bible Knowledge sejak 27 Jun lalu dan mencapai prestasi terbaik telah mendapat insentif penghargaan daripada Ketua Bahagian UPKO Libaran juga Majlis Tertinggi UPKO Malaysia Dr. Peter Jr. Naintain. Menurut beliau, penghargaan ini adalah sebagai penyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar terutamanya yang mengambil subjek Bible Knowledge dalam SPM. Selain kedua-dua pasukan peringkat akhir mendapat insentif, Dr. Peter turut memberi penghargaan kepada seramai 21 pelajar lain yang mewakili 4 sekolah Misi di Sandakan iaitu SM St. Mary, SM St. Cecilia, SM Sung Siew, dan SM St. Michael. Seorang daripada peserta tersebut ialah dari Gereja Anglican Indah, Sandakan. Majlis penghargaan telah disampaikan pada 12 Ogos 2020 di SM St. Mary, Sandakan.
10 pelajar St. Cecilia mendapat penghargaan insentif daripada Dr. Peter Jr. Naintain
21 pelajar daerah Sandakan mendapat penghargaan insentif daripada Dr. Peter Jr. Naintain

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent