Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 25, 2020

PERKONGSIAN “APA ITU BERPUASA DAN BERPANTANG” TELAH MEMBERI PERTUMBUHAN IMAN DI KALANGAN WARGA KKD

GAMBAR : WARGA KKD ST. BENEDICT. 
LAPORAN: PN. LUCY JAMINI FRANCIS

Sandakan – Program Lawatan Pastoral kali pertama bagi tahun 2020 telah dijalankan pada 10 Mac 2020. Bagi  KKD St. Benedict, pertemuan Komuniti Kristian Dasar (KKD) telah diadakan di kediaman Keluarga Johnny Linus Tuzan di Taman Merpati, Sandakan. Pertemuan ini telah dihadiri lebih kurang 40 ahli KKD bersama dengan Sr. Martina James, fsic.
Doa Rosari yang dipimpin oleh Chia Thomas
Perjalanan pengisian telah dimulai pada jam 6.30 petang dengan doa Rosari yang dipimpin oleh saudara Chia Thomas. Seterusnya, doa pembukaan disusuli doa makan daripada Sr. Martina.
Doa pembukaan dan doa makan oleh Sr. Martina James, fsic
Setelah selesai makan malam, sesi perkongsian yang bertopik tentang “Berpuasa dan Berpantang” telah dikongsikan oleh Sr. Martina. Para ahli KKD St. Benedict dapat mengetahui secara langsung dan terus bertanya sekiranya terdapat persoalan tentang topik tersebut. Beliau memberi perkongsian tentang bermulanya puasa dan berpantang pada hari Rabu Abu yang membawa maksud tanda pertobatan. Perkongsian telah dihuraikan dengan jelas sekali sehinggalah pada Hari Kebangkitan Yesus.
Makan malam bersama
Hasil perkongsian tersebut telah menambahkan pengalaman  setiap ahli yang hadir secara tidak langsung dapat memberi pertumbuhan iman kepada setiap individu yang hidup berkomuniti dalam KKD. Puji Tuhan.
Sesi perkongsian  oleh Sr. Martina James
Pertemuan malam itu, selain telah dapat menambahkan pengalaman juga telah mengeratkan lagi hubungan antara ahli kkd. Syukur dan terima kasih kepada Sr. Martina kerana dapat membawa satu perkongsian yang berkaitan hidup iman kristian Katolik yang mencabar serta pentingnya hidup berkomuniti dalam KKD.
Pada malam itu juga turut diraihkan hari ulang tahun kelahiran dua orang ahli KKD St. Benedict. Diakhir pertemuan, Pengerusi KKD St. Benedict, Pn. Paulina Francis sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kedatangan Sr. Martina ke KKD St. Benedict. Begitu juga semua ahli KKD yang hadir serta tuan rumah iaitu saudara Johnny Linus Tuzan yang telah memberi ruang untuk berkumpul pada malam pertemuan lawatan pastoral. Sesi bergambar dan berkomunikasi antara ahli KKD diteruskan sehingga selesai pada jam 10 malam. Tuhan memberkati.
Sumbangan Kasih kepada Sr. Martina James
Sr. Martina James bersama keluarga Johnny Linus Tuzan

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent