PENDAHULUAN
Program 3 dalam 1 ini merupakan gabungan Retret Pra Paskah, Perhimpunan Agung Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan Ke-9 dan Hari Wanita Sedunia dengan tema ‘Pemuridan Dalam Wanita’ yang menjurus kepada perjalananan wanita Katolik dalam menjadikan diri sebagai pengikut Yesus yang setia berpandukan laras yang diperbolehkan. Pengisian dalam Program ini secara langsung dapat membuka dan menyentuh hati seorang wanita yang menjadikan Bonda Maria sebagai Mentor kepada semua wanita pendoa yang setia dan kesetiaan dalam rumahtangga. Program ini dihadiri oleh 91 delegasi daripada 5 paroki; iaitu 14 delegasi dari Paroki St. Mary Sandakan, 23 delegasi dari Paroki Our Lady of Fatima, Beluran, 15 delegasi dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu, 15 delegasi dari Paroki Holy Trinity, Tawau dan 13 delegasi dari Paroki St. Martin, Telupid.
PELAKSANAAN
Tarikh : 6 hingga 8 Mac 2020
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Chapel St. John of the Cross, Retret Centre Ulu Dusun
MATLAMAT
Program ini menggariskan beberapa matlamat. Antaranya adalah :
a. menjadikan seorang individu wanita sebagai mentor dalam berkongsi iman kepada wanita
lain dan keluarganya,
b. mempelajari sifat dan sikap Bonda Maria seorang pendoa yang setia kepada Anak, suami
dan keluarganya,
c.memupuk tanggungjawab sebagai murid wanita Yesus yang menjadi cermin kepada wanita
lain yang mematuhi hukum dan perintah Allah.
HARI PERTAMA ( 6 Mac 2020, hari Jumaat jam 2.00 petang )
a. Pendaftaran Delegasi
b Jalan Salib diikuti dengan Misa Pembukaan yang di selebrankan oleh Rev. Fr. Philip Muji
c. Sesi Pertama : Bonda Maria - Mentor Wanita Pendoa yang Setia dan Harus Diteladani oleh Rev. Fr. Philip Muji, Paderi Rektor tuan rumah. Dalam sesi itu, Fr. Philip berkata ‘'bahawa program sebegini sangat baik diadakan supaya semua delegasi KWK dapat berinteraksi di kalangan wanita dari semua Diosis Sandakan. Ianya juga dapat membina hubungan rapat dan berkongsi pandangan serta masalah di kalangan wanita sendiri.
Ucapan Pembukaan Alu-aluan oleh Ketua Penyeleras Keuskupan Sandakan – Mdm. Cecelia Polo D’Souza
Beliau juga mengingatan agar semua menggunakan peluang ini untuk saling berkenalan, berkongsi pengalaman dan nasihat, serta memahami sesama sendiri. Dengan cara ini dapatlah kita menjadikan setiap pertemuan kita lebih bernilai lagi. Moga dengan perjumpaan ini juga kita dapat meneruskan perjalanan dan pelayanan rohani kita dan mendekatkan diri kepada Tuhan
d. Penyampaian cenderakenangan kepada Rev. Fr. Philip Muji, Paderi Paroki Our Ladi of Fatima, Beluran.
HARI KEDUA ( 7 Mac 2020, Sabtu)
Sesi Kedua ‘ Pemuridan dalam Wanita (Discipleship in Women) : Kesetiaan dalam Rumahtangga’ oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus, Pembimbing Rohani Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.
Dalam sesi tersebut, fakta-fakta asas penting dan maksud berkenaan Musim Pra Paska telah disampaikan kepada delegasi mengikut Doktrin dalam Gereja
1.1 Rabu Abu-memasuki musim prapaskah
1.2 Mempersiapkan diri utk kebangkitan / kedatangan Tuhan
1.3 Berdoa, berpuasa/berpantang, bertobat dan bersedekah
1.4 Minggu Daun Palma
1.5 Hari Khamis Putih
1.6 Hari Jumaat Agung
1.7 Sabtu Suci /Malam Paska
1.8 Hari Paska
2. Keluarga Kudus dan Setia
2.1 Tiada keluarga yang sempurna dan tidak sentiasa gembira/bahagia sepanjang masa. Akan ada masalah2 yang perlu ditanggung bersama.
2.2 Keluarga yg berhubung/turut serta dan bergaul dengan umat-umat lain di Gereja
2.3 Belia yang aktif di gereja tetapi iman mereka mudah goyah.
2.4 Keluarga Kudus diibaratkan seperti keluarga Yesus sendiri, di mana saling memberi, berkongsi iman, berdoa bersama
2.5 Selalu mendekatkan diri dengan Tuhan dan memberi ruang/masa untuk berdialog dengan Tuhan
2.6 Membaca Bible sebagai santapan rohani untuk menguatkan iman
2.7 Mengikuti/menerima Ekaristi kerana perayaan Ekaristi mengingatkan kita pengorbanan Yesus. Kita percaya bahawa tubuh dan darahNya diberikan kepada kita untuk penebusan dosa-dosa manusia.
2.8 Berdoa rosary bersama melalui Bonda Maria sebagai pengantara doa-doa kita.
b. Mesyuarat Agung Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan diadakan pada jam 2 petang dimana banyak isu-isu yang telah dibincang dan diluluskan
c. Majlis Makan Malam sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di kalangan delegasi KWK Keuskupan Sandakan
(i) Ucapan Pengerusi Penganjur – tuan rumah Paroki Our Lady of Fatima Beluran – Pn. Helda Joslen Marusin
(ii) Ucapan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus, Pembimbing Rohani Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.
(iii) Pemotongan Kek
(iii) Persembahan dari Delegasi juga disampaikan
Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita 2020, Pn. Rosalia Yapuan dari St. Dominic, Lahad Datu
HARI KETIGA ( 8 Mac 2020, Ahad )
Perjalanan pulang ke paroki masing-masing
Syukur dan Puji Tuhan atas kehadiranNya, maka program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diumumkan program 3 dalam 1 ini akan dianjurkan oleh KWK St. Martin, Telupid pada tahun depan. Pihak kami amat berbesar hati kerana mendapat sambutan daripada semua delegasi keuskupan malah dapat menyuburkan iman kami sebagai wanita yang menjadi tulang belakang sesebuah gereja. Harapan kami agar semua ahli KWK Keuskupan Sandakan sentiasa dikurniakan kekuatan iman dan kekudusan pimpinan untuk terus melayani tanpa jemu dan henti. Amin.