Sandakan - Pada 17 Januari 2020, lebih kurang 10 keluarga telah berkumpul untuk pertemuan KKD (Keluarga Kristian Dasar) Santo Petrus, Tinosan sempena dengan sambutan Krismas dan Tahun Baru 2020. Pertemuan ini telah diadakan di rumah saudara Nicholas ak Engkail dan merupakan pertemuan pertama di tahun baru 2020. Umat KKD ini kebanyakkannya adalah dari Sarawak yang bekerja sebagai anggota Polis dan Marin di Sandakan.
Pengerusi KKD St. Petrus, Saudara George John (Berbaju Oren) sedang memberi ucapan syukur |
Pertemuan ini dimulakan dengan ucapan syukur dari Pengerusi KKD iaitu Saudara George John. Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua ahli KKD kerana telah melakukan yang terbaik pada tahun 2019 dari segi membantu Gereja setempat dalam pelbagai hal dan merasa cukup puas hati dengan penglibatan semua pihak. Saudara George juga mengalakkan agar semua ahli KKD St Petrus untuk terus melakukan yang yang terbaik pada tahun 2020 dan bersama - sama melakukannya untuk kebaikan dan Kemulian Tuhan.
Selain itu salah seorang ahli KKD juga telah menyatakan rasa syukur dan mengharapkan agar pada tahun 2020 ini, KKD St Petrus dapat lebih menyelami erti sebuah komuniti yang berpusatkan Kristus melalui program - program peringkat KKD, mahupun Paroki dan Keuskupan yang akan datang seiring dengan Visi Keuskupan Sandakan dan pada masa yang sama mengimplementasikan Misi Keuskupan yang pertama iaitu "Memupuk penyertaan aktif dalam gereja dengan Ekaristi sebagai kemuncak kehidupan Kristiani."
Selesai ucapan, pertemuan diteruskan dengan doa makan dan fellowship bersama serta aktiviti pertukaran hadiah bagi kanak - kanak dan orang dewasa.
Selamat Tahun baharu 2020 dari kami KKD St. Petrus Tinosan! |
No comments:
Post a Comment