Teks dan gambar oleh:
Tim Publisiti dan Dokumentasi dan Urusetia MOT
SANDAKAN: “Aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku
menurut perkataanMu” - Lukas 1: 38 merupakan tema bagi program Temasya Belia
Keuskupan (TBK) Sandakan yang pertama kali diadakan pada 12 hingga 16 Ogos
2019. Program selama lima hari ini telah
berlangsung di Katedral St. Mary, Sandakan.
Terdahulu, pada 10 Ogos 2019 bertempat di Bilik Persidangan Paroki, TBK dimulakan dengan Taklimat Penyediaan Makanan yang dihadiri lebih kurang 50 peserta telah disampaikan oleh En. Mohd Yahaya Muslim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan diiringi oleh Dr. Vijay Govindan Denis Eswar, Ketua Unit Kesihatan Awam, Hospital Duchess of Kent, Sandakan serta dibantu oleh Wesmar Joseph, ‘Associate Member’ Persatuan Jururawat Katolik.
Taklimat tersebut diadakan bagi memastikan penyediaan dan kualiti makanan sepanjang TBK berlangsung terjamin. Sesi tersebut sangat bermanfaat kepada semua yang terlibat dalam penyediaan makanan khusus untuk para peserta TBK termasuklah jemputan pengusaha kantin di Katedral St. Mary, Sandakan, Gereja St. Mark, Batu 12 dan Kapela St. Petrus, Sg. Manila.
Kelihatan Cris Aban, Pembantu Kordinator 1 PYA merangkap Pembantu
Kordinator LOT TBK menyampaikan Sijil Penghargaan kepada En. Mohd Yahaya
Muslim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Duchess of Kent,
Sandakan
Cris Aban menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Dr. Vijay Govindan
Denis Eswar, Ketua Unit Kesihatan Awam, Hospital Duchess of Kent
Hari pertama TBK dimulakan dengan pendaftaran para peserta
dari seluruh Keuskupan Sandakan, juga jemputan daripada Keuskupan Kota Kinabalu
dan Tanjung Selor. Walk in registration bagi peserta dan juga kedatangan
pelawat yang ingin mengikuti sesi dalam TBK ini juga diterima, mengikut syarat
yang telah ditetapkan. Oleh itu, jumlah peserta telah mencapai 314 peserta
termasuk pelawat, dan penganjur pula seramai 111 orang. Kontingen yang telah
selesai membuat pendaftaran dan diberi taklimat, mengambil peluang untuk
mendaki Bukit Maria dan berdoa Rosari di sana.
Sesi Pendaftaran Peserta
Doa rosari di bukit maria
Seterusnya, merupakan Pre-Welcoming TBK dengan lagu-lagu pujian dan penyembahan serta sesi ice-breaking melalui pelbagai games yang menggalakkan peserta untuk saling mengenali antara sesama.
Peserta menari dan menyanyi lagu pujian
Peserta bermain Games belon
Tepat pada pukul 7.30 petang, semua peserta dan umat pelbagai kaum bersama merayakan iman Katolik dalam Misa Kudus Pembukaan oleh Rev. Fr Dafrinn Diwol dan bersama-sama dalam Welcoming Concert TBK. Dalam acara Welcoming Concert TBK ini, gimik pembuka tirai TBK dilancarkan melalui Larian Obor Temasya secara bergilir oleh para Paderi. Larian Obor Temasya ini dimulakan oleh Fr Dafrinn Diwol, Fr Sunny Chung, Fr Christopher Ireneus dan berakhir dengan nyalaan Api TBK oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Setelah nyalaan Api TBK ini, maka bermulalah TBK dengan rasminya. Acara diteruskan dengan pelbagai persembahan berunsurkan etnik dan moden, persembahan pengenalan daripada setiap kontingen dan konsert lagu-lagu rohani khususnya lagu tema TBK.
Misa kudus pembukaan
Bapa Uskup Julius
menyalakan kawah obor TBK
Para belia dibentuk dan diinspirasikan oleh Bonda
Maria melalui lima Sesi Katekesis serta pelbagai program bermula hari kedua
sehingga hari kelima. Bagi sesi
katekesis, belia dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut peringkat umur dan
kumpulan belia cina. Antara sesi katekesis yang dikongsikan, termasuklah;
1. Bonda Maria-Saya
2. Bonda Maria-Misi dalam Keluarga
3. Bonda Maria dan Misinya membawa Kristus ke
Dunia
4. Ekaristi Kemuncak Hidup Kristiani
5. Hidup Adalah Misi
Antara input
secara menyeluruh daripada sesi ini, ialah para belia dapat mengenali Bonda
Maria dengan lebih mendalam, diinspirasikan oleh Bonda Maria yang berani
menyahut panggilan dan setia dalam pengorbanan untuk menjalankan misinya
membawa Kristus ke dunia sampai ke akhirnya. Meneladani Bonda Maria untuk
membawa Kristus kepada dunia melalui kehidupan peribadi yang memancarkan
Kristus kepada orang lain. Perayaan
Ekaristi membentuk peribadi seseorang semakin menjadi seperti Kristus yang
memberikan diriNya dipecah-pecahkan dan hidupNya diberikan kepada semua orang,
agar memperoleh hidup. We are taken,
blessed, broken to be share to all. Hidup
adalah satu misi, “Kita adalah Alkitab
yang hidup, iaitu yang boleh dilihat dan didengar oleh orang lain.”
Gambar semasa sesi – sesi berlangsung