Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 24, 2019

LAWATAN PASTORAL REV. FR. DAVID A. GARAMAN KE KKD ST. BENEDICT

(Photo : Team KKD St. Benedict , Laporan : Lucy Francis)

Sandakan, 16 Julai 2019 - Lawatan Pastoral Komuniti Kristian Dasar (KKD) akan diadakan dalam dua bulan sekali. Pada kali ini, KKD St. Benedict telah mengadakan pertemuan di kediaman sdra. Primus Rajatin, Taman Sejati Ujana. Pertemuan ini telah dihadiri lebih kurang 50 ahli KKD bersama dengan Paderi Paroki, Rev. Fr. David Garaman.
Ucapan daripada Rev. Fr. David
Ucapan Pengerusi KKD St. Benedict. Pn. Paulina Francis
Acara dimulakan dengan doa pembukaan daripada Rev. Fr. David dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KKD St. Benedict, Pn. Paulina Francis. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran Rev. Fr. David di KKD St. Benedict dan berterima kasih kepada semua warga KKD yang menaruh kepercayaan dan sokongan terhadap program yang dilaksanakan. Di samping itu, Pn Paulina turut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah saudara Primus Rajatin yang telah memberi ruang untuk berkumpul dalam lawatan ini.

 Umat  membaca doa Salam Maria semasa Pemberkatan rumah
Selesai sahaja ucapan dari Pn. Paulina, “Sesi 7 langkah Perkongsian Alkitab” dimulakan dan dipimpin oleh Encik Matius Sodomon. Bacaan Firman Tuhan yang dipetik adalah daripada Bacaan Injil (Mat. 11 : 20–24). Beberapa ahli KKD telah mengongsikan Firman Tuhan yang telah menyentuh hati masing-masing, Selanjutnya, Rev. Fr. David telah memberi satu rumusan tentang perkongsian yang diberikan. Diakhir sesi, Fr. David A. Garaman telah menyampaikan kata-kata semangat kepada semua ahli KKD yang hadir bahawa Tuhan tetap hadir di setiap peribadi masing-masing. “Roh Kudus sentiasa memberi inspirasi secara peribadi dan biasanya Tuhan mahu berbicara melalui renungan kita masing-masing”. Perkongsian sesama dan rumusan daripada Rev. Fr. David telah memberi pengajaran dan iktibar dalam diri masing-masing. 
Pemberkatan barang Kudus
Sambutan Harijadi Rev. Fr. David A Garaman
Setelah itu, Rev. Fr. David memberkati barangan kudus serta rumah saudara Primus Rajatin disusuli dengan acara bergambar bersama warga KKD St. Benedict. Acara kejutan pada malam itu ialah merayakan ulang tahun kelahiran Rev. Fr. David. Acara santai dengan berinteraksi sesama umat dan Rev. Fr. David diteruskan sambil menikmati makan malam yang disediakan.

Lawatan diakhiri dengan memberi sumbangan kasih kepada Rev. Fr. David A. Garaman. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pn. Paulina Francis dengan diiringi Timbalan Pengerusi KKD St. Benedict, Encik Matius Sodomon. Acara selesai sekitar jam 10.00 malam.
Rev. Fr. David dan AJK KKD St. Benedict bersama ahli keluarga Encik Primus Rajatin
 Sumbangan kasih disampaikan kepada Rev. Fr. David oleh Pn. Paulina Francis diiringi Encik Matius Sodomon

Friday, July 19, 2019

Seminar Sukacita Dalam Kasih Keluarga

Disediakan oleh: JOEVIAN SHAWN ARDEN & JOVINIA JUSTIN
Jurugambar: Keylock

St Mark, Sandakan – Seminar Keluarga yang bertemakan Sukacita Dalam Kasih Keluarga telah diadakan pada 29 – 30 Jun 2019 bertempat di Dewan Gereja St Mark, Sandakan.  Program ini selaras dengan Visi dan Misi Keuskupan Sandakan iaitu memupuk nilai-nilai kekeluargaan.  Program ini adalah anjuran daripada Komisi Pelayanan Hidup Keluarga Keuskupan Sandakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Pengguna.
Objektif program ini adalah memberi kesedaran kepada ibubapa serta anak-anak mengenai peranan masing-masing untuk saling menghargai dan mengeratkan hubungan dalam keluarga, menyemai sikap saling menyayangi dan menghormati nilai-nilai murni keluarga serta memupuk sikap berkomunikasi dengan lebih terbuka dan sikap percaya di dalam keluarga.
Pada hari pertama, seawal jam 6.30 pagi pendaftaran peserta telah dibuka.  Seramai 150 orang termasuk AJK telah hadir ke program ini.  Program dimulakan dengan Pentakhtaan Alkitab dan suaikenal. 
Sesi 1 disampaikan oleh Seminarian Stephen dengan tajuk Kesan Media Sosial dan Penggunaan Bahan Berbahaya Dalam Keluarga
Pn. Helena Salati menyampaikan ceramah yang bertajuk Komunikasi dan Peranannya Dalam Keluarga di sesi yang kedua.
Selesai sesi 1 dan 2, sesi bengkel dan pembentangan dikendalikan oleh Encik Lawrence Matusin di mana aktiviti berkumpulan ini dibahagikan kepada 6 kategori iaitu kumpulan ibu, bapa, belia 18 tahun ke atas, remaja 16 – 17 tahun, 12 – 15 tahun dan 11 tahun ke bawah.
Aktiviti berkumpulan dan sesi pembentangan
 Sesi 4 diteruskan dengan tajuk Cabaran Keluargaku Dalam dan Luar Negeri yang disampaikan oleh En Gabriel Bali.
Ceramah sesi ke 5 yang bertajuk Keibubapaan Cemerlang disampaikan oleh pasangan suami isteri iaitu En Cesar Siruno, Pengerusi Komiti Keluarga Katedral St. Mary’s Sandakan dan Pn. Eva Siruno, Penyelaras Komisi Keluarga Keuskupan Sandakan.
Pada hari kedua, program dimulakan dengan doa pagi dan sesi perdamaian di mana semua ahli keluarga saling bermaafan dengan membawa lilin sebagai tanda cahaya dan harapan.
Semua peserta program mengikuti Misa Kudus yang diselebrankan oleh Fr Christopher Ireneus pada jam 9.00 pagi.  Dalam homili, beliau turut berkongsi sedikit sebanyak berkenaan keluarga, ekaristi dan perjamuan syurgawi.  Setelah selesai Misa, program diteruskan dengan mengisi borang penilaian, jamuan tengahari dan sesi perkongsian daripada peserta.  Program berakhir lebih kurang jam 3.00 petang dengan doa penutup oleh En. Dimeh Koyopo dan gotong royong membersihkan tempat.
Penyampaian cenderahati kepada semua Penceramah

Tuesday, July 2, 2019

Lawatan Amal KKD St. Teresa Indah Jaya ke Kapela St. Thomas Koiboton, Paitan

oleh Romeo Francis Barintang


Sandakan: Pada 30 Mei 2019, Komuniti Kristian Dasar St. Teresa Indah Jaya telah melaksanakan satu lawatan amal ke Kapela St. Thomas, Kg Koiboton, Paitan. Seramai 12 ahli bersama dengan pengerusi  KKD St. Teresa, Saudara John Tan serta beberapa ajk yang lain menyertai lawatan ini.
Persiapan sebelum bertolak
Berkumpul di rumah Sdra. John Tan
Doa sebelum bertolak
Sempena pelaksanaan tahun Misi Luar Biasa yang diumumkan oleh Paus Fransiskus, KKD St. Teresa Indah Jaya telah mengambil inisiatif semasa cuti sekolah dan Pesta kaamatan untuk melakukan kerja di ladang Tuhan dengan menjangkau umat di St. Thomas Koiboton. 
Ahli KKD tiba di Kg. Koiboton dan menurunkan barang-barang
Membina sebuah tandas untuk Kapela St. Thomas
Sebuah Tandas telah siap dibina
Antara aktiviti yang dilakukan ialah penambahbaikan infrastrucktur seperti membina sebuah tandas untuk kapela St Thomas, berdoa rosari bersama umat dan pengagihan barangan sumbangan kepada umat di sana. 
Rev. Fr. Thomas menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada umat Kg. Koiboton 
Makan malam bersama
Sebagai kepala angkat komuniti, St. Teresa memilih tema Tahun Misi Luar Biasa dalam lawatan ini, seperti dalam mesej Paus "Pertemuan peribadi dengan Yesus Kristus, yang tinggal di Gereja-Nya: dalam Ekaristi, dalam Firman Tuhan, dan dalam doa peribadi dan komunal".
Misa Kudus bersama umat Kg. Koiboton
Kanak-kanak membuat persembahan
Sdra. John Tan menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak
Untuk menemui semula nilai para kudus dan martir mubaligh sebagai ungkapan Gereja, yang tersebar di seluruh dunia, untuk memperdalam pengetahuan iman melalui pembentukan Mubaligh: alkitabiah, katekisis, rohani, dan teologi.

Penyampaian Sumbangan Untuk Bazaar FSIC 2019

Catholic Teachers' Guild (CTG) Paroki Sandakan telah menyampaikan sumbangan kepada Fransican Sisters of Immaculate Conception (FSIC) sempena Bazaar FSIC 2019. Sumbangan telah disampaikan oleh Yg Mulia Uskup Julius Dusin Gitom selepas Misa senja pada 29 June 2019. Bazaar FSIC 2019 dijadualkan berlangsung pada 8hb September 2019 (Ahad) dari jam 7 pagi sehingga 3 petang bertempat di Dewan Serbaguna Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu, Sabah. Bazaar ini diadakan untuk mengumpul dana bagi Rumah Persaraan dan penambahbaikan bangunan Konven serta Pembentukan para Sister. 
Disediakan oleh 
Martha Chia

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent