Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 21, 2016

Bapa Uskup Julius Menyempurnakan Upacara Pengutusan AJK KKD Induk Paroki Katedral St Mary

Artikel oleh DS dan
Gambar oleh Helda
Sandakan : Komuniti Kristian Dasar merupakan teras pastoral Keuskupan Sandakan. Sejak wujudnya Keuskupan Sandakan pada 2007, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membangunkan keuskupan dengan proses pembinaan komuniti melalui KKD.
Kini terdapat 157 buah KKD di seluruh keuskupan. Paroki Katedral St Mary mempunyai 33 buah KKD, meliputi sub paroki OLOF Beluran, St Paul Ulu Dusun, St Anthony, Bukit Garam dan St Mark, Batu 12 Sandakan.
KKD memainkan peranan penting dalam proses memperbaharui paroki. Umat awam akan lebih berpartisipasi dalam komuniti yang kecil yang akan membawa mereka terus melibatkan diri dalam kegiatan serta menyertai pelayanan-pelayanan dalam gereja. 
 
Landskap komuniti di dasar akan perlahan-lahan berubah; kita lebih mengenali jiran kita, saling bantu membantu, saling mengambil tahu, mempedulikan dan mengasihi. Kita perlukan sesama dalam kehidupan kita.
AJK KKD Induk dibentuk untuk menyelaraskan dan membantu kesemua KKD yang berada di Paroki Katedral St Mary. Mereka akan berusaha mempromosikan dan bantu membentuk KKD yang baru agar lebih ramai akan mengambil bahagian dalam misi Kristus. Ini merupakan cara baru menggereja, membangun dan menghidupkan Tubuh Kristus dalam setiap komuniti.
 
Pada Ahad, 19hb Jun 2016, upacara pengutusan 12 AJK KKD Induk Paroki bagi sesi 2016 - 2018 telah disempurnakan oleh Bapa Uskup Julius dalam Misa Bahasa Malaysia Hari Minggu Biasa Ke-12. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent