Oleh Mathew Kiun
Beluran : Pada 10 Januari 2016, Majlis Pastoral Umat
Katolik (MPUK) Gereja Our Lady of Fatima, telah mengelolakan Rumah Terbuka
Krismas 2015, bertempat di Dewan Gerejanya.
Sebelum itu, Rev. Fr. Thomas telah merayakan Misa
Kudus Pesta Pembaptisan Tuhan di Gereja OLOF Beluran. Perayaan ini mengakhiri lingkaran Natal dalam Kalendar Liturgi. Selepas Misa selesai, beliau dijemput hadir
sebagai tetamu kehormat sekaligus mewakili Bapa Uskup. Turut hadir ialah
Fr. Philip Muji.
Umat Katolik dari kawasan pekan Beluran, Nativity Chapel Kg. Pelantong, Kg. Ranpek, Kg. Jaya Bakti dan estet Gedau juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Umat Katolik dari kawasan pekan Beluran, Nativity Chapel Kg. Pelantong, Kg. Ranpek, Kg. Jaya Bakti dan estet Gedau juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Antara pengisian acara ialah persembahan
nyanyian dari kanak-kanak PMG, persembahan tarian sumazau dari Kerasulan Wanita
Katolik Gereja OLOF, persembahan koir dan tarian dari Kerasulan Belia Katolik
Gereja OLOF Beluran, persembahan koir dari PMG Kg. Ranpek, persembahan rampai
tari dari Nativity Chapel Kg. Pelantong, persembahan lagu-lagu Krismas dari
MPUK Beluran, acara menyumpit kategori lelaki dan wanita serta cabutan nama
pengunjung bertuah.
Acara selesai pada jam 6.00 petang.
No comments:
Post a Comment