Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 11, 2016

Majlis Rumah Terbuka Krismas Keluarga Paroki Katedral St. Mary Sandakan

Susanna Cordova
Sandakan- Pada 3 Januari 2016, Katedral St.Mary Sandakan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Krismas Keluarga di Dewan Paroki selepas sahaja misa kudus gabungan Bahasa Malaysia dan Cina pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang 500 umat telah menghadiri acara ini yang dianjurkan oleh Majlis Pastoral Paroki Katedral St.Mary, Sandakan.
Acara dimulakan dengan ucapan Fr. Thomas Makajil. Beliau merasa sangat gembira dan bangga dengan kehadiran umat pada pagi itu. Suasana yang penuh dengan cinta kasih, di mana umat dapat bekerjasama dalam persiapan setiap aktiviti paroki pada musim Krismas adalah amat memberangsangkan. Beliau merakamkan penghargaan kepada Pengerusi penganjur, saudari Valeria Linggok dan AJK Sosial serta Pilgrimage Ministry yang telah bertungkus lumus menjayakan pesta ini.


"Pada masa yang sama pesta Rumah Terbuka Krismas Keluarga Paroki Katedral yang diadakan setiap tahun merupakan satu penghargaan terhadap pelayanan setiap komuniti dalam memperkembang-luaskan gereja kita,” kata Fr.Thomas. Belau memetik dari 1 Kor 12 bahawa kita ini adalah satu tubuh dengan anggota-anggota yang banyak. Maka perlu ada kordinasi rapi dan kesatuan erat agar kita dapat bergerak dengan baik."   
  
Di dalam ucapannya Fr. Thomas juga memaklumkan tentang penstrukturan baru para paderi paroki Sandakan di mana beliau akan bertugas sepenuh masa di Misi Paitan. Kini terdapat 23 komuniti di Paitan, sebuah daerah yang besar dan luas. Maka adalah amat penting dan mendesak agar seorang paderi ditempatkan sepenuh masa untuk melayani dan membimbing umat setempat. Beliau memohon agar kumpulan dan komuniti Katedral akan sentiasa bermurah hati membantu Misi Paitan. 
Tetamu Terhormat, Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom juga merasa gembira dengan kehadiran umat untuk bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Krismas Paroki Katedral St. Mary Sandakan. Prelatus itu juga memperjelaskan tentang pelayanan Fr. Thomas di Misi Paitan agar umat dapat terus memberi sokongan kepada beliau supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan. Ini adalah disebabkan umat Katolik Misi Paitan memerlukan gembala yang dapat membimbing mereka. 
Sesungguhnya, Fr. Thomas telah lama membuat pelayanan misinya  di Paitan dengan begitu intensif. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Fr. Thomas kerana sudi menerima tugas di Misi Paitan. Di akhir ucapannya, Bapa Uskup memohon agar umat akan terus mendoakan Misi Paitan agar ia akan sentiasa berkembang di bawah bimbingan dan pimpinan Fr.Thomas. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para umat kerana dapat menjayakan semua aktiviti gereja pada tahun 2015 yang lalu.




Pemotongan kek oleh Fr. Thomas, para sisters dan AJK penganjur merupakan pembuka tirai aktiviti pada hari itu. Selepas itu, persembahan koir daripada setiap KKD dan AJK komiti penganjur. 
Di samping itu, acara disusuli dengan cabutan tiket bertuah  untuk dana pembanguan Bukit Maria dengan hadiah-hadiah bulanan yang menarik. Acara yang menyeronokkan ialah apabila Bapa Uskup, paderi dan religious sister memberi hadiah Krismas bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada golongan warga emas. 
Acara pada hari itu berakhir pada jam 1.30pm dengan doa penutupan oleh Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent