AJP KWK (2011-2013) bersama Bapa Uskup Julius |
Misa Kudus diselebrankan oleh Bapa Uskup |
Pada 10 September 2011, doa pagi bersama Sr. Appollonia telah dimulakan. Dan seterusnya Misa Kudus yang diselebrankan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Dalam homilinya, Bapa Uskup menyentuh tentang buah yang mencerminkan seseorang itu sesuai dengan kehidupannya. Berdasarkan Injil Lukas 6:43-49 “Tidak ada pohon yang baik yang menghasilkan buah yang tidak baik, dan juga tidak ada pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang baik”. Oleh itu sebagai orang kristian kita telah diajar dan dididik untuk menjadi baik seperti Kristus. Dasar Kristian adalah dari iman yang hidup dari kehidupan. Dan Gereja Katolik seawal mulanya, sentiasa bersama dan berada dalam kehidupan manusia. Kita terus membangun dalam iman, kita sentiasa prihatin dengan keadaan semasa yang memerlukan bantuan dan doa. Di mana Bapa Suci sentiasa bersama-sama dalam setiap situasi yang terjadi di seluruh dunia. Itulah iman gereja kita yang berdasarkan Firman Tuhan yang hidup dan juga tradisi gereja.
Selesai saja Misa Kudus, sesi bergambar bersama Bapa Uskup dan seterusnya mesyuarat untuk pemilihan AJP yang baru bagi sesi 2011-2013 bagi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan. Yang Mulia Bapa Uskup memberkati mesyuarat ini dengan doa pembukaan. Dalam ucapan alu-aluan Yang Mulia Bapa Uskup melahirkan kesyukuran dan penghargaan beliau kepada komiti kerasulan wanita yang komited dengan pelayanan mereka. Beliau juga menggesa agar komiti ini akan terus menyumbangkan apa jua bentuk pelayanan yang membuahkan hasil yang baik untuk gereja.
Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh En. Francis Tan dari pejabat keuskupan. En. Francis Tan dalam sesi Overview of DCWA 2009-2011, telah memaparkan beberapa aktiviti dan program yang telah dilakukan oleh Kerasulan Wanita Keuskupan. Beberapa perkara telah dibangkitkan untuk renungan dan evaluasi bersama. Beliau juga menyentuh Artikel 4C objektif dalam garis panduan Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan dan cara baru menggereja.
Francis Tan menyampaikan 'Overview of DCWA' |
Selesai saja rumusan dari En. Francis Tan, Bapa Uskup telah melantik Sr. Appollonia untuk mempengerusikan mesyuarat ini. Dan pemilihan untuk AJP baru sesi 2011-2013 dimulakan, di mana untuk Ketua Penyelaras adalah dilantik oleh Bapa Uskup dari antara empat orang ketua penyelaras peringkat paroki.
Puan Annie Rokneh Jalani sekali lagi dilantik sebagai Ketua Penyelaras Keuskupan Kerasulan Wanita Katolik. Seterusnya, Ahli Jawatan Pelayan Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan bagi sesi 2011-2013 yang baru adalah seperti berikut:-
Puan Annie Rokneh Jalani sekali lagi dilantik sebagai Ketua Penyelaras Keuskupan Kerasulan Wanita Katolik. Seterusnya, Ahli Jawatan Pelayan Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan bagi sesi 2011-2013 yang baru adalah seperti berikut:-
Ketua Penyelaras:
01. Puan Annie Rokneh Jalani
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Penyelaras:
02. Puan Evelyn Watson
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
Setiausaha:
03. Puan Brenda De Guzman
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Setiausaha:
04. Puan Easter a/k Nyalu
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
Bendahari:
05. Puan Cecelia D’Souza
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Bendahari:
06. Puan Nora Nicholas
(Paroki St. Martin, Telupid)
AJP:
07. Puan Roslinda Maria Praser
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
08. Puan Teresita Ortiz
09. Puan Maria Kusnan (tidak hadir bersebab)
10. Puan Mary Stella Dey
(Paroki Holy Trinity, Tawau)
11. Puan Victoria Salati
12. Puan Arina Anggatis
(Paroki St. Martin, Telupid)
Puan Annie mengucapkan terima kasih kepada Bapa Uskup dan kepada semua yang hadir kerana sekali lagi mempercayakan tanggungjawab ini kepada beliau dan berharap akan terus mendapat kerjasama dari semua ahli. Yang Mulia Bapa Uskup dalam ucapan penutupnya mengucapkan tahniah kepada ahli jawatan pelayan yang baru dengan pesanan jangan jadikan kegagalan sebagai halangan untuk pelayanan Kerasulan Wanita, kerana kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan. Berpegang teguhlah kepada Tuhan kerana Tuhan sentiasa hadir. Mesyuarat diakhiri dengan doa penutup dipimpin oleh Bapa Uskup.
Brenda De Guzman
No comments:
Post a Comment