Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 14, 2011

Promosi Sabah Youth Day - 3 di Paitan


Promosi SABAH YOUTH DAY (SYD) – 3 telah dijalankan di St Francis dari Asisi, Sukang dan St Clare, Dalamas pada 4 sehingga 7 Julai 2011 yang lalu. Kedua – dua tempat ini terletak di Paitan sejauh 191km dari Sandakan.

Local Organizing Team (LOT) SYD 3 St Mary, Sandakan merasakan sudah tiba masanya perayaan SYD-3 ini dirayakan bersama belia-belia serta umat di Paitan.


Promosi SYD -3 dimulakan di St Francis dari Asisi, Sukang selama dua hari iaitu 4 dan 5 Julai 2011. Pada hari pertama promosi dimulakan dengan Pengenalan kepada SYD dan konsep SYD. Pada hari kedua, belia-belia yang hadir dijemput untuk menyuarakan harapan yang mereka ingin lihat semasa dan selepas penyambutan salib belia dan ikon Bonda Maria. Kebanyakan belia menyatakan bahawa mereka ingin menjadi belia yang berani dengan iman yang kukuh. Saudara Peter Saimin, Katekis di Paitan juga menyuarakan harapan beliau agar imannya diperbaharui. Sejurus selepas itu tim pelaksana SYD – 3 Kapel St Francis dari Asisi, Sukang ditubuhkan.



Promosi diteruskan di Kapel St Clare, Dalamas pada 6 Julai 2011. Aktiviti serupa dijalankan ditempat itu kecuali penubuhan tim pelaksana. Ini adalah kerana penyambutan salib akan diadakan di Kapel St Francis dari Asisi, Sukang.


Perjalanan ini amat mencabar sekali buat tim LOT SYD-3 namun hati untuk mengongsikan ‘keajaiban’ dan keagungan Salib Belia serta Ikon Bonda Maria bersama dengan mereka menjadi motivasi untuk meneruskan misi ini.


Berkebun merupakan aktiviti sampingan bersama belia-belia St Francis dari Asisi, Sukang Paitan
 Salib merupakan tanda penyelamatan kerana “begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal” Yohanes 3:16.

Harapan - harapan belia-belia St Francis dari Asisi, Sukang Paitan

Tim LOT SYD-3 akan bersama-sama dengan belia-belia dari Kapel St Francis dari Asisi, Sukang pada 18 sehingga 21 Julai 2011 dalam persiapan rohani dan persediaan untuk menyambut salib belia dan ikon Bonda Maria pada * 5 Ogos 2011 nanti.

* Pembetulan 5 Julai 2011 (sebelum)

Belia-belia bergambar selepas aktiviti permainan 'DIE'
 ds/aa

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent