Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 11, 2010

90 Pelajar Menerima Komuni Pertama



LAHAD DATU – 31hb Oktober 2010. Gereja Katolik St.Dominic. Seramai 90 pelajar Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia calon penyambutan komuni pertama tamat katekisis tentang rencana penyelamatan Allah melalui Yesus Kristus. Mereka ditemani oleh ibubapa masing-masing merayakan Ekaristi yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Jassery Gabuk.

Calon-calon adalah mereka yang sudah menerima pembaptisan. Sebelum menerima Komuni mereka akan diberi katekisis dan melakukan Sakramen Pengakuan. Dalam upacara penyambutan ini mereka akan berpakaian serba putih yang melambangkan kesucian.

Mereka diberi kefahaman tentang sabda Yesus yang mengubah roti dan anggur menjadi Tubuh dan Darah Tuhan Yesus melalui konsekrasio. Yesus sendiri mahu supaya upacara ini diinstitusikan oleh Gereja-Nya dan upacara ini dilakukan oleh para paderi.

Pada waktu Ia dikhianati dan dengan rela mati menanggung sengsara, diambil-Nya roti, diucapkan-Nya doa syukur dibahagi-bahagikan-Nya roti itu, Lalu diberikan kepada murid-murid-Nya seraya berkata: "Ambillah Dan Makanlah, Sebab Inilah Tubuh-Ku Yang Akan Dikorbankan Untuk-Mu."

Demikian pula pada akhir perjamuan, diambil-Nya piala. Sekali lagi diucapkan-Nya doa syukur diedarkan-Nya piala kepada murid-murid-Nya seraya berkata: "Ambillah Ini Dan Minumlah, Sebab Inilah Piala Darah-Ku. Darah Perjanjian Baru Dan Kekal, Yang Akan Ditumpahkan Untuk-Mu Dan Untuk Semua Orang, Demi Pengampunan Dosa, Lakukanlah Ini Sebagai Kenangan Akan Daku."



Selesai Misa Kudus, jamuan kesyukuran diadakan secara ‘potluck' - di dewan gereja yang telah siap disediakan oleh keluarga mereka. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan pentas dan berkongsi iman daripada peserta dan ibubapa. Majlis diakhiri dengan penyerahan sijil disampaikan oleh Rev. Fr. Jassery Gabuk.






SOCCOM LAHAD DATU.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent