Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 10, 2011

Lawatan KBP St Dominic Lahad Datu ke Outstasi Sandau



Lahad Datu    -    Seramai 12 orang ahli Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic, Lahad Datu telah mengadakan lawatan ke salah satu outstasi iaitu Chapel St Petrus, Ladang Sandau pada 16 Oktober 2011. Lawatan ini bertujuan untuk mengenali belia-belia dan tim belia bagi oustasi ini. Ladang Sandau terletak di jalan Sandakan-Lahad Datu dan  perjalanan mengambil masa hampir sejam.
Nyanyian Lagu Pujian
Perkumpulan
Lawatan ini dimulakan dengan Ibadat Sabda yang di pimpin oleh Sr Slyvia fsic, dan disusuli dengan jamuan makan, nyanyian lagu-lagu pujian dan sesi perkongsian. Semasa perkongsian, para belia di outstasi ini dapat berinteraksi dengan lebih intim dan aktiviti belia yang telah dijalankan juga dapat merapatkan hubungan belia setempat. Selain itu, mereka juga berpeluang membincangkan kaedah kerjasama antara KBP dan Tim Belia setempat demi kemajuan dan kebaikan bersama.

Sesi Perkongsian



Tim belia outstasi Sandau berharap agar pada masa akan datang, TKBP akan lebih kerap mengadakan lawatan ke chapel mereka sekaligus membantu dan membimbing mereka dalam penganjuran aktiviti belia bagi pertumbuhan iman dan kesatuan di kalangan belia outstasi ini.

SOCCOM
Lahad Datu

SANDAKAN MINI DELEGATES' ASSEMBLY

Sandakan St Mary's Cathedral Parish responded to the call by Bishop Julius Dusin Gitom through his pastoral letter issued  early last year to work out the process in formulating the vision and mission statement for the diocese. The prelate said that the task be given due attention for 'without a vision, the people die' (Proverbs 29 : 18).

The Task Force for the Delegates' Assembly had worked out a schedule to cover all sub-parishes, involving as many people as possible. There will be 12 assemblies spread over a period of two months, beginning 5th November 2011 till 8th January 2012.
The Church ~ our concern
The first mini Parish Delegates' Assembly (PDA) on Saturday 5th November 2011 was held simultaneously at St Mary's Cathedral with some 50 participants and at the sub-parish of St Mark with 30 participants, involving all CCR groups and  BECs. The Chinese community also conducted their mini assembly the following day, 6th November 2011 with some 60 participants attending.
Presenting 'the realities of the Church'
The purpose is to get feed back from the participants regarding their views on their understanding of being Church, the realities of the local Church, their desired image of the Church and the way forward to achieving their intended goal. The opinions, views and feedback collected from them will be evaluated and documented to be presented at the main Parish Delegate Assembly, expected to be conducted in March 2011.
Facilitators : (Top-down) : Pilis, Terrence and Michael
The mini assemblies at St Mary and St Mark were facilitated by Michael Lai, Pilis Malim (PPC) and Terrence Ngui of the Diocesan Soccom whereas the mini assembly for the Chinese community was facilitated by Monica Loh and Paul Chin. 
Our dream Church
The PPC Chairman, Patrick Seah was present at the assemblies lending support to the groups.


DaliusLL

SUNDAY SCHOOL (English Section) 2011 YEAR-END CLOSING

The Opening hymn
Fr Thomas the rector (front row 5th from left) with the animators
Sandakan : This year the closing of St Mary's Cathedral Sunday School Session of the  English section  was held on the 7th November 2011. Being a public holiday, parents took the opportunity to particpate in the event. Children started arriving as early as 8.00 am in preparation for the day's event. Including the students, close to about 500 attended the event.
Sr. Liliana in her opening address
Sr. Liliana fsic the Co-ordinator of the Sunday School in her opening speech expressed her deep appreciation to the animators for their enthusiastic service and support. In additon she also took the opportunity to thank the parents of the students for their dedication in ensuring that their kids are brought up in the faith. However, she reminded that though the Sunday School session is closed, faith building does not end. The closing actually means a pause only.
Level One Students kicking off the presentation
                 Level 3 students presenting a summary of their assignment on the 7 Sacraments  
The year one and two students kicked off the presentation with their rendition of popular songs. This was followed by 4 students of the senior level who gave testimonies of their understanding of the sacraments of the Church. All gave a good insight into the introduction of the seven Sacraments.
        Picture gallery of Sunday School activities. 
Rosemary Neubronner Ngui the English section coordinator in her speech stressed on the need of closer and more active particpation of parents. She expressed her appreciation to the parents for their kind and understanding support. In addition she was also grateful to the team of her fellow animators for their voluntary service. She also took the opportuniy of thanking Sr. Liliana fsic for her service and guidance. Sr. Liliana fsic will be on transfer to the Diocese of Keningau next year.
Outside the Parish Hall, Level Six students
terrencengui diocesan soccom

Wednesday, November 9, 2011

Rekoleksi Core Group Memproses Buku Perancangan Pastoral Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan - Hari Kedua

Kiri-Kanan: Alexander Aban, Sr Lilian Unsoh, fsic, Crispus Mosinoh,
Bell Lawadin, George Augustine, Cristopher Aban dan Shirley Joseph
Pada hari kedua, 23hb Oktober 2011, berikut merupakan perkongsian beberapa ahli selepas berjaya menyiapkan salib itu:-

“Proses pembuatan salib tu, melambangkan langkah-langkah yang akan dihadapi oleh kita semua semasa membuat buku perancangan pastoral. Secara ringkasnya, proses itu menampakkan laluan-laluan dan juga cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Ianya membuatkan kita lebih bersedia utk menghadapi proses-proses tersebut dan tidak syak lagi, kita hanya perlu membuat atau mempraktikkan - '1MT, 1MT.’ (1 More Thing, More Time) 'Slowly but surely..'” -- Cristopher Aban

“Seperti yang Alex kata hari itu, permulaan membuat salib itu memang sukar, Sister kata, perhatikan, jangan hilang fokus, dengar baik-baik, dan saya tambah, buat banyak kajian. Inilah yang harus ada pada semua ahli TRANSFORMERS. Biarpun berbeza pendapat namun hala tujunya adalah ke arah yang satu iaitu BUKU PASTORAL. Sama seperti kita berjaya membuat salib dari manik-manik itu dan merasa bangga, demikianlah juga dengan buku pastoral belia ini. Bukan saja kita berbangga sebab dapat menyiapkannya tapi kandungan buku ini adalah yang terbaik kita hasilkan.” -- George Augustine


"Aktiviti membuat salib manik-manik itu menyedarkan saya dan semua serta memberi simbol tentang sifat realiti individu (sebelum mula membuat, berasa agak sukar), namun dengan keinginan yang kuat dan pemikiran yang positif, tanpa kita sedari kita mampu buat juga. Ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita ada keinginan serta minat untuk mencapai sesuatu. Walaubagaimanapun, selepas salib tersebut siap, perjalanan tidak terhenti di situ sahaja kerana ia perlu dijaga dengan baik, sama seperti misi Core Group.
--Alexander Aban

“Aktiviti pembikinan salib itu pada mulanya agak membingungkan dan nampak susah dibuat. Walaupun formula pembikinannya terpampang di papan hijau pada waktu itu, saya masih perlu bimbingan dari Sr. Lilian dan rakan-rakan yang lain untuk membentuk salib tesebut. Aktiviti ini serba sedikit mengajar saya untuk bersabar, bertahan dan jangan putus asa dan semua ini ada kaitan degan proses pembikinan buku pastoral! The first time is the hardest but eventually it will fall into places accordingly! Amen!” -- Crispus Mosinoh

“Proses membuat salib tu memang mencabar tapi menarik. Perlu teliti dan sabar, tapi bila dapat hasilnya saya berasa sangat gembira di samping teruja kerana dapat menyiapkan salib buatan sendiri. Proses tersebut memang bersangkut paut dengan proses pembikinan buku walaupun mungkin perjalanan proses pembikinan buku tu mengambil masa yang agak lama.
--Felanie Felex


"Sdra. Bell Lawadin ada mengatakan, akhirnya nanti kamu akan sedar bahawa perkara yang terpenting bukanlah menyiapkan buku itu tetapi hubungan erat sesama ahli yang terjalin selepas melalui proses yang agak lama dan banyak cabaran. Selepas selesai membikin salib ini, saya sudah pun merasai apa yang beliau katakan. Saya terasa sukar untuk melepaskan salib tersebut ke tangan orang lain kerana terkenang akan bertapa payah menyiapkannya. Walau mungkin terdapat ketidaksempurnaan namun ia tetap berharga di mata saya. Mengenali belia termasuk diri sendiri dengan lebih mendalam sewaktu menjalani proses menyiapkan buku pastoral, itulah yang paling bermakna nanti. Maka, saya berasa ternanti-nanti dan tidak sabar untuk melalui proses tersebut." --Shirley Joseph

Sr Lilian mengatakan bahawa semua aktiviti yang berjalan pada 2 hari tersebut akan dikongsikan kepada para ahli TRANSFORMERS yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aktiviti ‘Guardian Angel’ akan diteruskan bersama ahli lain dan berakhir sebelum hari minggu pertama Adven. 
Selesai program rekoleksi, mesyuarat keempat TRANSFORMERS dijalankan bagi membincangkan perkembangan perjalanan core group serta memberi fokus akan tindakan susulan yang harus diambil selepas itu.

Cristopher Aban, Kordinator TRANSFORMERS
Salah satu agenda mesyuarat, Cristopher mengongsikan sebuah persembahan powerpoint berkenaan klip-klip video yang memberikan inspirasi yang mana menekankan tentang perjalanan yang pasti biarpun mengambil masa agak lama sedikit ('Slowly but Surely'),   berani mengambil satu langkah ke hadapan demi mencapai sesuatu kejayaan '(1 More Thing, 1 More Time') dan belajar dari kesilapan, itu yang membuat hidup lebih bererti ('If you Never Fail, you Never Live').

Selepas mesyuarat, semua menghadiri Misa Kudus di Gereja St. Paul, Ulu Dusun dan kembali ke Pusat Retret Keuskupan untuk makan tengahari sebelum semuanya berangkat balik ke destinasi masing-masing.


-DSsj-

Rekoleksi Core Group Memproses Buku Perancangan Pastoral Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan - Hari Pertama

Dari depan: Felanie Felex, George Augustine, Crispus Mosinoh, Alexander Aban, Cristopher Aban, Shirley Joseph dan Sr Lilian Unsoh, fsic

SANDAKAN: Rekoleksi Core Group Memproses Buku Perancangan Pastoral Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan yang dinamakan 'TRANSFORMERS' telah berjalan pada 22hb – 23hb Oktober 2011 di Pusat Retret Keuskupan Sandakan, Batu 28, Ulu Dusun. Seramai 8 daripada 15 orang ahli core group dapat hadir ke rekoleksi pertama itu.

Fasilitator utama adalah Sr Lilian Unsoh, fsic menjelaskan maksud rekoleksi adalah memberi masa untuk bersendirian, berehat bersama Tuhan, mencari penyelesaian masalah, membuat keputusan yang bererti atau bermakna, memperbaharui azam, menguatkan iman, merenung/mengimbas kembali apa yang telah berlaku dan sebagainya.

Sr Lilian Unsoh, fsic
Rekoleksi bermula dengan aktiviti ‘Guardian Angel’. Ini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan di kalangan para peserta rekoleksi supaya membawa rakan tersebut di dalam doa.

Sesi pertama:  ‘Saya dan Saya’ adalah mengongsikan tentang diri sendiri, peserta dapat mengetahui banyak perkara baru tentang diri orang lain juga.

Sesi kedua: bertajuk, ‘Saya dengan Dia’ oleh sr lilian, membawa renungan tentang perhubungan dan kerjasama antara sesama rakan-rakan belia. Seterusnya disambung oleh sdr Bell Lawadin dengan memulakan perkongsian tentang cerita ilustrasi dan penerangan tentang beberapa Peringkat Keterbukaan Hati akan dilalui oleh seseorang individu di dalam proses membina sesebuah tim.
Sdra. Bell Lawadin mengkongsikan tentang perhubungan dalam tim
Sesi ketiga: bertajuk, ‘Saya dengan Tuhan’ mengajukan beberapa soalan untuk renungan. Sesi ini membantu peserta melihat perhubungan pribadi dengan Tuhan.
Makan bersama - satu cara erat hubungan sesama ahli.
Sesi terakhir bertajuk ‘TRANSFORMERS, put Your Faith into Action!’.  Sesi ini penuh simbolik dan amat menghiburkan semua peserta. Setiap peserta harus menyiapkan sebuah salib yang dibuat daripada tali tangsi (simbol ikatan, kesatuan, …) dan manik-manik yang berwarna-warni (para belia yang mempunyai pelbagai identiti). Perjalanan proses menyiapkan salib tersebut umpama perjalanan core group dalam menyiapkan buku perancangan itu. Para ahli harus bersedia menghadapi kesukaran, jatuh bangun dan pelbagai cabaran lain.

Kerjasama - Alexander Aban, Felanie Felex dan Crispus Mosinoh
Sesi tersebut berakhir kira-kira 12.00 tengah malam apabila para peserta berjaya menyiapkan salib itu. Perkongsian bagi sesi itu berlangsung pada hari kedua. Sr Lilian menutup program hari pertama dengan doa.



-DSsj-

Saturday, November 5, 2011

CLOSING OF THE MONTH OF THE ROSARY


Tawau : The month of October is dedicated to the Holy Rosary. Each day for the whole month of October and without fail, members of the BECs, Church groups and communities gathered to pray the Holy Rosary, rotating from house to house. The beautiful prayer of the Rosary enables the faithful to be drawn closer and more intimate to Jesus and Mary, Mother of God as well as to one another.

More than 200 parishioners of Holy Trinity Parish attended the Prayer of the Rosary in front of the Grotto on 31st October 2011 as a mark of the close of the Rosary month. The recitation of the mysteries of the Rosary were led by Erlinda Mu and members of the Legion of Mary from the various language groups,

Fr. David A. Garaman and all religious sisters were present with the people in the recitation of the mysteries of the Holy Rosary.
The recitation of the Holy Rosary is a wonderful devotion to our Mother of Perpetual Help for Her wonderful intercession of all prayers and petitions from individual, as a community or as a parish at large.

Soccom HTC Tawau




Devotion to Mother Mary ~ BEC of Taman Indah 
Sandakan : The Basic Ecclesial Community of Taman Indah Jaya, some 6.5 km from town and with 38 registered families held the month-long block rosary in the whole month of October, the month of the Holy Rosary. This special devotion to Mother Mary was held each night, rotating from house to house. There were nights where members had to be split into two groups to ensure that all families could be visited.
The gathering would begin with the opening hymn, setting a prayerful atmosphere. This is then followed by the  proclamation of the word and reflection. The Word of God, which is living and active, calls for our attentive listening and our response in silent reflection. 

The recitation of the Holy Rosary, considered a perfect prayer for within it lies the story of our salvation, draws us closer to God and among one another in the community.
After the recitation of the Holy Rosary, members hold hands wishing each other the sign of peace filled with meaning, graciousness and Christian inspiration.

Fellowship ~ savouring home-cooked meals
Dexter Soccom Indah Jaya

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent