Sandakan – Berita gembira untuk semua pemimpin belia di keuskupan
Sandakan. Youth Leader’s Camp (YLC) kini kembali dengan bertemakan petikan
Injil “kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku
dan namaNya adalah kudus.” Lukas 1:49. Tema ini merupakan tema bagi Hari
Belia Sedunia pada tahun ini yang telah diumumkan oleh Bapa Suci Fransiskus.
Ini merupakan penganjuran kali ke - 5 sejak keuskupan Sandakan ditubuhkan. YLC ke - 4 telah diadakan di St Martin, Telupid pada tahun 2015 yang lalu menandakan bahawa penganjuran ini sudah lengkap pusingannya. Pada 2016 program ini direhatkan untuk memebri laluan kepada Sabah Youth Day yang ke - 4. Namun ia kembali ke Paroki St. Mary, Sandakan dan akan berlangsung pada 8-12 March 2017.
Ini merupakan penganjuran kali ke - 5 sejak keuskupan Sandakan ditubuhkan. YLC ke - 4 telah diadakan di St Martin, Telupid pada tahun 2015 yang lalu menandakan bahawa penganjuran ini sudah lengkap pusingannya. Pada 2016 program ini direhatkan untuk memebri laluan kepada Sabah Youth Day yang ke - 4. Namun ia kembali ke Paroki St. Mary, Sandakan dan akan berlangsung pada 8-12 March 2017.
Komisi Kerasulan Belia Keuskupan
(KKBK) dengan bekerjasama Kerasulan Belia Paroki (KBP) Sandakan akan menganjurkan program YLC. BAgi persiapan tim penganjuran satu sesi KOMUNIKASI bersama Sr. Maria Dipal, rgs telah diadakan pada 17
Januari 2017 yang telah dihadiri seramai 16 orang penganjur YLC-5.
Meskipun kami masih muda namun keterbukaan untuk belajar itu tinggi |
Sesi dimulakan dengan doa pembukaan dan kemudian “Salam
perkenalan” iaitu “Namaste” yang bermaksud “My soul honor your soul”. Setiap
penganjur perlu saling berjumpa dan memberikan “salam Namaste” ini. Selepas itu Sr. Maria mengajak tim penganjur untuk untuk merenung soalan “apa kebolehan yang saya ada? Bagaimana
karekter saya? Apa tugas saya dalam penganjuran ini.
Salam Namaste |
Dalam sesi ini juga, Sr. Maria menekankan “... komunikasi itu amat penting setiap penganjuran sesebuah program. Namun untuk mendapatkan komunikasi yang baik, kita perlu mengenali terlebih dahulu diri kita sendiri.
Apabila kita mengenali diri sendiri dan mempunyai kesedaran diri, maka kita akan mempunyai
komunikasi yang baik dan komunikasi yang baik itu akan sedikit sebanyak membantu
kita untuk menjadi seorang ketua yang baik dan berjaya.”
Antara paparan slide semasa sesi |
Selain itu, sesi ini juga dapat membantu penganjur untuk
saling memahami. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. Salah satu
pendapat yang berbeza itu adalah kerana mereka melihat dari sudut yang berbeza
dan ini dapat menimbulkan salah faham antara sesama. Tetapi salah faham ini
dapat diselesaikan dengan cara “bercakap, mendengar, fikir bersama, saling
menerima dan bertukar pendapat dan paling akhir ialah sama-sama bersetuju dengan
penyelesaian tersebut.”.
Seterusnya Sr. Maria mengajak tim penganjur dalam satu aktiviti “My Relationship Map”. Dalam aktiviti ini, penganjur dibawa untuk melihat sejauh mana komunikasi mereka apabila berada di dalam tim. Setiap tim penganjur akan berjumpa dengan setiap ahli dalam tim sambil menunjukkan corak komunikasi mereka. Melalui corak komunikasi tersebut setiap ahli akan mengetahui cara komunikasi antara sesama dan mencuba untuk memperbaikinya.
Sr. Maria Dipal,rgs sedang memberikan penerangan mengenai "My Relationship Map" |
Sebelum sesi
berakhir, Sr. Maria menegaskan sekali lagi bahawa komunikasi amat penting tidak
kira dalam penganjuran program atau dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu,
sentiasa mengenali diri sendiri dan peka terhadap sekeliling. Sesi berakhir
pada jam 10.45 malam dan disusuli dengan doa penutup dan sesi bergambar.