Oleh: SOCCOM Telupid
Telupid: Sejak 50
tahun Gereja Katolik bertapak di Telupid, akhirnya seorang hamba Tuhan telah
menyahut panggilan - Nya menjadi seorang paderi. Ini merupakan peristiwa yang
sungguh bersejarah bagi umat di Paroki Telupid.
Dikon Christopher
Ireneus yang berasal dari Kampung Kiabau Telupid telah ditahbiskan menjadi
paderi pada Rabu, 28 Disember 2016 di Gereja St Martin, Telupid.
Yang Mulia Bapa
Uskup Julius Dusin Gitom, telah merayakan Misa pentahbisan ini dan dibantu oleh
Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong, dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu
dan Msgr. Nicholas Ong, Rektor Paroki Tawau.
Turut serta dalam
perayaan ini adalah Rev. Fr. Erik Jerome mewakili Rektor St Peter's College
Kuching (SPC), Major Seminari Malaysia Timur dan 19 orang paderi dari Keuskupan
Melaka-Johor, Keuskupan Agung Kota kinabalu, Keuskupan Agung Kuching, Keuskupan
Keningau dan Kolej Seminari St. Peter Kuching. Hampir 1500 orang dari seluruh
Keuskupan termasuk saudara mara, Franciscan Sisters of Immaculate
Conception, Good Shepherd Sisters, dan para seminarian dari SPC menghadiri
sambutan tersebut.
Misa pada jam 4.00
petang ini telah mulakan dengan perarakan para paderi dan para Uskup dari luar
gereja yang didahului oleh pelayan misa sambil diiringi dengan paluan gong.
Dalam upacara
pentahbisan imamat ini, Rev. Fr Thomas Makajil, Paderi yang bertugas untuk Misi Paitan telah menjemput Dikon Christopher
yang telah menjalankan tanggungjawab pastoralnya di Katedral St Mary, Sandakan
sejak ditahbis menjadi diakon pada 18 Julai 2016 sebagai layak dan bersedia
untuk pentahbisan imamat.
Bishop Julius
dengan berkat Tuhan, menerima calon imamat, Dikon Christopher dan memohon
kesediaan beliau untuk melayani sepenuhnya kepada Gereja sebagai paderi yang
setia.
Nyanyian Litani
Para Kudus menjadi pendorong kepada upacara ini. Bishop Julius
kemudiannya mentahbis Dikon Christopher dengan meletakkan tangannya di atas
kepala Dikon dan berdoa senyap memohon bantuan Roh Kudus atas paderi baru.
Upacara meletakkan
tangan diikuti oleh semua paderi yang hadir menandakan bahawa mereka tergolong
dan mengambil bahagian dalam salah satu keimamatan Yesus Kristus.
Paderi yang baru,
Rev. Fr Christopher telah menerima paten dan piala daripada Bishop Julius,
selepas sahaja persembahan dibawa ke altar.
Pada akhir
perayaan Misa, Rev. Fr. Christopher telah memberkati bishop, paderi, keluarga
serta umat.
Dalam ucapan,
Bishop Julius menyampaikan penghargaan kepada Fr Jasery G. Emmanuel dan Ajk
penganjur yang telah melaksanakan tugas sehingga perayaan ini berjalan dengan
sangat teratur. Beliau mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa dankeluarga besar serta rakan-rakan
Rev. Fr Christopher yang sentiasa bersamanya semasa tahun pembentukan beliau
sebagai seminarian. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Rev. Fr
Nicholas Ong dan semua formators SPC Kuching kerana telah membimbing beliau
sehingga menyatakan komitmennya kepada Tuhan.
Pengerusi Majlis
Pastoral, Albert Paulus Andau juga mengucapkan terima kasih kepada para
penderma yang telah menghulurkan sumbangan sehingga upacara ini berjalan dengan
baik.
Rev. Fr Jasery,
Rektor Paroki St. Martin turut bergembira kerana satu sejarah yang baru kerana
selepas 50 tahun, baru ada seorang hamba Tuhan yang menyahut penggilan
Imamat-Nya.
Ketika
menyampaikan ucapan, Rev. Fr. Christopher menyatakan bahawa tema “Sebab jika aku lemah, maka aku
kuat” (2 Kor 12:9-10) telah
menjadi inspirasi untuk sampai ke tahap ini. Rev. Fr. Christopher turut
merakamkan terima kasih kepada kedua ibubapa dan Bishop Julius kerana telah
memberikan sokongan dan dorongan semasa dalam masa pembentukannya.
No comments:
Post a Comment