Para Jururawat Pelatih bergambar bersama Sr Appollonia fsic sebagai tanda kenangan |
SANDAKAN, 24 Nov 2013 : Aktiviti gotong-royong yang diadakan di St. Mary’s Convent telah dihadiri oleh seramai 21 orang Jururawat Pelatih dari Kolej Kejururawatan Sandakan (KKS) termasuk seorang Jururawat Terlatih yang baru sahaja dilantik yang mana juga merupakan bekas penuntut KKS.
Kelihatan para jururawat pelatih bekerjasama membersihkan bahagian ruang tamu convent |
St. Mary’s Convent Sandakan telah berusia 30 tahun dan dihuni oleh tiga orang Sisters dari Kongregasi FSIC iaitu, Sr. Appolonia fsic, Sr.Lilian fsic dan juga Sr. Veronica fsic. Kerana kesibukan para Religious, maka suatu inisiatif yang telah lama diusulkan dalam Persatuan Pelatih Kristian RC di KKS akhirnya terlaksana, dengan objektif utama iaitu, untuk membantu para Sisters membersihkan bangunan kediaman serta kawasan convent. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti mengelap cermin, menyapu halaman convent, menyusun buku-buku dan sebagainya.
Menyusun buku-buku rohani juga merupakan salah satu aktiviti mereka |
Selain dari membantu Sisters, secara tidak langsung suatu objektif tersirat, ternyata dapat menarik perhatian para Jururawat Pelatih akan suasana kehidupan insani seorang Religious yang dicirikan dengan suasana yang tenang dan aman. Dalam ceramah singkat yang disampaikan oleh Sr. Appollonia fsic selepas sahaja aktiviti gotong-royong selesai, beliau menggambarkan kehidupan para Religious melalui renungan singkat yang bertajuk 'Iman dan Doa.'
Wajah ceria dan gembira yang diekspresikan selepas selesai melaksanakan aktiviti pembersihan |
Sememangnya tanpa kita sedari iman dan doa tidak dapat dipisahkan dan haruslah bertumbuh seiringan. Tanpa iman tiadalah doa dan tanpa doa matilah iman. Renungan singkat beserta dengan sesi soal jawab ternyata banyak membantu para pelatih menjawab banyak persoalan terutama berkaitan dengan pelbagai cabaran yang sedang dihadapi pada masa kini, lebih-lebih lagi apabila faktor geografi yang menjadi punca berjauhan dengan keluarga justeru lebih mencabar kepercayaan iman dalam menghidupi hidup seharian sebagai seorang Kristian.
Para Jururawat pelatih fokus
mendengar perkongsian yang diberikan oleh Sr Appollonia fsic.
|
Usia setahun jagung bukan menjadi penghalang bagi setiap individu untuk lebih mengenal Kristus. Justeru dengan adanya aktiviti seperti ini, secara langsung dapat membajai iman dan pengharapan setiap insan yang merindukan keluarga yang jauh dan terutama sekali terhadap Cinta Yesus sendiri.
No comments:
Post a Comment